Wednesday, April 10, 2013

MARI BERDOA MOGA ALLAH SELAMATKAN NIK AZIZ

Ramai orang yang berpengetahuan agama dan bertaraf ulamak, tetapi disebabkan dia bukan Nik Aziz, maka kata-kata atau fatwanya tidak dipedulikan orang.

Ramai yang boleh berhujah dengan nas dan hadis, tetapi disebabkan dia bukan Nik Aziz, maka hujah, fatwa ataupun nasihat mereka ibarat melukut ditepi gantang saja.

Kelebihan Nik Aziz ini berbanding dengan lain-lain ulamak ialah Nik Aziz mempunyai pengikut atau murid yang taksub dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau. 

Taksub bukan bermaksud taat. Taksub dan taat dua perkara yang berbeza. Taat, bermaksud beramal dengan penuh yakin, ikhlas dan jujur dengan setiap ajaran yang dituntut dari seorang yang dianggap sebagai guru oleh seseorang pengikut.

Seorang yang taksub kepada seseorang tidak semestinya mereka akan mengamalkan ilmu yang dipelajari dari seseorang guru itu dengan penuh yakin, ikhlas dan jujur. Taksub merujuk kepada seseorang, manakala taat merujuk kepada sesuatu amalan yang dipelajari.

Persoalan yang timbul dibenak kita ialah adakah pengikut Nik Aziz ini adalah pengikut yang taat dengan ajaran atau ilmu yang dipelajari melalui Nik Aziz atau mereka ini sebenarnya taksub dengan makhluk yang bernama Nik Aziz?

Jika pengikut ini taat dengan ajaran dan ilmu yang dipelajari melalui Nik Aziz dengan mengamalkannya dengan penuh yakin, ikhlas dan jujur, alhamdulillah dan insyaallah ia berada di landasan yang betul.

Tetapi, jika mereka ini hanya taksub kepada manusia yang bernama Nik Aziz, ia jelas bertentangan dengan agama. Elemen taksub begini selalunya wujud di kalangan Penganut Syiah.

Teringat penulis akan kata-kata Saidina Ali yang merujuk kepada pengikutnya.

"Ada dua golongan, yang mana satu golongan terlalu bencikan aku dan satu lagi terlalu sayangkan aku. Ke dua-dua golongan ini adalah sesat"

Golongan yang terlalu bendikan Saidina Ali ini sentiasa mencati jalan untuk membunuh dan menghapuskan keturunan Saidina Ali. Golongan yang terlalu sayangkan Saidina Ali pula terlalu taksub dengan Ali sehingga mengatakan Ali lebih layak jadi Nabi. Ada yang menyatakan Jibrail tersilap orang. Sepatutnya wahyu diturunkan kepada Ali dan bukan kepada Muhammad saw. 

Lihatlah kalangan pencinta Ali r.a yang telah melahirkan fahaman Syiah yang ada hari ini. Lihatlah bagaimana mereka meraikan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein. Sambutan yang dilakukan jelas sesat.

Semua ini berpunca dari "ketaksuban" dan bukan disebabkan ketaatan kepada ajaran yang diajar oleh Ali r.a.

Jika ilmu yang dibawa oleh Nik Aziz itu ilmu yang benar yang datang dari Al Quran dan sunnah rasul, sudah pasti amalan para pengikut juga akan sealiran dengan "ajaran-ajaran benar" selain dari ajaran yang dibawa melalui PAS.

Ajaran agama yang benar bukan bersifat konfrontasi sebaliknya "berkasih-sayang". Bukan memutuskan silaturrahim, sebaliknya meletakkan hubungan silaturrahim sesama muslim sebagai amalan yang tertinggi mengatasi segala-galanya. 

Sifat kasih sayang dan bersilaturrahmi di antara sesama muslim ini lahir dari "ketaatan" terhadap ajaran agama yang dipelajari  dari ulamak yang benar dan muktabar.

Sebaliknya, sifat konfrontasi, pertelagahan dan permusuhan yang lahir dari kalangan pengikut pula membayangkan bahawa ada "sesuatu yang tidak kena" dan bertentangan dengan maksud agama yang sebenar dari ajaran yang dibawa sehingga membawa kepada perpecahan di kalangan sesama umat.

Ketaatan kepada "ajaran yang dipelajari" telah bertukar kepada ketaksuban kepada makhluk yang mengajar agama. Di sinilah berlakunya kekeliruan besar di kalangan pengikut kerana si pengajar membiarkan si pengikut menjadi seorang pentaksub kepada guru dan bukan seorang murid yang taat kepada ajaran guru.

Nik Aziz membiarkan "budaya taksub" di kalangan pengikutnya disebabkan maksud yang selain dari maksud agama, iaitu bermaksud dan bermatlamatkan politik dan kuasa.

Sesuatu amalan yang benar adalah bertentangan dengan kehendak nafsu. Jika kita berasa berat, malas dan tidak bersemangat untuk mengamalkannya, itu tanda ilmu dan amalan itu adalah benar. Tetapi jika kita bersemangat hingga menjadi taksub, itu memberi tanda "berkemungkinan besar" ilmu dan amalan itu ada yang tidak kena kerana ia selari dengan kemahuan dan kehendak nafsu. 

Nafsulah yang cintakan kuasa dan politik. Bukan iman.
Nafsulah yang sukakan perpecahan sesama muslim. Bukan iman.
Nafsulah yang suka mendabik dada mengatakan diri lebih mulia dari orang lain. Bukan iman.
Nafsulah yang suka berbangga dan memuliakan kelompok sendiri dan suka menghina dan memandang serong kelompok lain. Bukan iman.

Jadi di mana yang dikatakan PAS ini jemaah yang benar dan disukai oleh Allah swt? Semua ciri-ciri dan budaya menurut nafsu ini berkembang biak di dalam PAS.

No comments:

Post a Comment