Wednesday, April 10, 2013

JIKA DIBERI HIDAYAH, NIK AZIZ PASTI AKAN BERTAUBAT!!

Semakin banyak kesilapan dan kealpaan yang terkeluar dari mulut Nik Aziz.

Kesilapan dan kealpaan terbesar dari kata-kata yang keluar dari mulutnya telah menyebabkan munculnya fitnah besar di kalangan rakyat akibat dari kenyataannya yang pelik-pelik, tidak jelas, mengelirukan dan lebih bermotif politik dari bermotifkan agama.

Maksud Nik Aziz mengeluarkan kata-kata adalah bertujuan untuk meraih sokongan mendapatkan kuasa, dan bukan bertujuan agar umat Muhammad saw kembali berpegang kepada tali Allah, rasul dan Ulil-amri di kalangan umat.

Seorang yang jahil agama tidak mungkin berupaya mendatangkan fitnah dalam agama, sebaliknya, munculnya fitnah dalam agama lebih banyak disumbangkan oleh golongan ilmuan agama. Dengan "kemewahan" ilmu yang dimiliki, akan menyebabkan rakyat marhaen menjadikan golongan ilmuan ini sebagai sumber rujukan utama.

Itu sebab bebanan dan tanggungjawab agama adalah terletak dibahu para ulamak. Malah, Allah dan rasulNya turut memperingatkan tentang bahaya munculnya ulamak suuk atau jahat di akhir zaman yang akan menyesatkan umat dengan ilmu yang dimilikinya.

Allah dan rasulNya juga mengingatkan umatnya di akhir zaman agar berwaspada dan berhati-hati dengan ulamak yang mulutnya membaitkan ayat-ayat Allah tetapi hatinya seperti serigala yang ganas.

Malah untuk memberitahu betapa bahayanya ulamak-ulamak jahat yang muncul di akhir zaman, Nabi saw pernah menyuruh Ali r.a supaya pergi ke satu penjuru dunia untuk melihat suatu peristiwa yang berlaku di akhir zaman.

Apabila Ali r.a kembali, Rasulullah bertanya apa yang telah dilihatnya. Ali menceritakan keadaan seekor burung yang sangat cantik dan bulu-bulunya membentuk dan dipenuhi dengan ayat-ayat Al Quran. Burung ini terbang tinggi dan akhirnya hinggap pada longgokan tahi. Perlakuan burung ini berlaku berulang-ulang kali. Dan Ali r.a bertanya Rasulullah apa yang dimaksudkan di sebalik apa yang telah dilihatnya itu.

Nabi saw bersabda, "itulah gambaran ulamak di akhir zaman nanti. Dada mereka penuh dengan ilmu agama, mulut mereka tidak lekang dari menyebut ayat-ayat Allah, tetapi amal perbuatan mereka sangat hina dan kotor."

Jadi apakah kehinaan dan kekotoran yang lebih kotor dan hina dari kemunculan fitnah dalam agama sehingga umat Muhammad berpecah-belah dan bercerai-berai disebabkan oleh mulut celupar para ulamak yang tidak berhati-hati dengan percakapan yang keluar dafi mulutnya?

Percakapan manusia jahil seperti kita hanya memberi kesan, mungkin kepada keluarga dan orang di sekeliling kita, tetapi percakapan yang keluar dari mulut ilmuan yang dikatakan warisatul anbiya berupaya menghancur dan memecah-belahkan umat Muhammad saw seluruh alam.

Muhammad saw pernah diberi pilihan, di antara kuasa dan perjuangan suci agama Allah, tetapi Nabi Muhammad saw memilih perjuangan suci untuk terus memperjuangan agama yang hak ini agar dianuti oleh seluruh umat manusia tanpa sesiapa pun yang terkecuali.

Sudah pasti baginda saw akan "lebih bersedih" melihat umat baginda berpecah-belah daripada "kegagalan umatnya" mendirikan sebuah negara Islam yang tidak pernah disebut secara khusus sepanjang baginda menyebarkan agama Allah. Tetapi sebaliknya, Baginda tidak henti-henti memperingatkan kepada umatnya tentang bahaya perpecahan di kalangan umatnya. 

Malah, di akhir kalamnya, baginda masih memperingatkan umatnya supaya berpegang teguhlah kepada agama yang ditinggalkannya. Pada haji widak juga, baginda masih mengungkapkan peringatan yang sama.

Keresahan Nabi Muhammad saw hingga tidak dapat tidur malam bukan disebabkan kebimbangannya mengenangkan kemungkinan umat baginda di akhir zaman "gagal mendirikan sebuah daulah Islamiah", tetapi baginda resah gelisah kerana mengenangkan umat baginda di akhir zaman "umpama buih di lautan", "berpecah-belah" dan "bertelagah" kerana perkara-perkara dunia dan diratah-ratah serta dihina oleh musuh akibat dari lemah kerana berpecah-belah.

Jika Nik Aziz diberi petunjuk yang benar oleh Allah swt mengenai "perkara-perkara pokok yang lebih dibimbangkan" oleh Muhammad saw ini, sudah pasti Nik Aziz akan bertaubat dan akan berhenti dari terus mengeluarkan kata-kata yang sering dianggap fatwa oleh para pengikut taksubnya, sedangkan pada hakikatnya setiap kata-kata yang keluar dari mulut Nik Aziz ini lebih banyak mendatangkan fitnah dalam agama daripada terbitnya sebesar zarah kebaikan.

No comments:

Post a Comment