Thursday, May 9, 2013

ANWAR PERTIKAI TAKDIR TUHAN...MOHON PBB CAMPURTANGAN!!

Malam tadi sekali lagi telah berlangsung perhimpunan besar-besaran puak yang tidak beriman dengan Qada dan Qadar Allah di Stadium Kelana Jaya.

Peserta perhimpunan ini dihadiri penyokong pembangkang yang secara puratanya sangat bodoh dan bebal. Perhimpunan orang-orang bodoh dan tidak berakal ini cuba mengajar dan membuka minda rakyat yang bijaksana dan berakal waras supaya terpengaruh dan  menjadi bodoh serta bebal sepertimana mereka.

Perhimpunan ini dianjurkan bagi tujuan untuk "tidak mengiktiraf" mana-mana keputusan pilihanraya yang dimenangi BN dan pada masa yang sama "mengiktiraf" keputusan yang dimenangi oleh pakatan pembangkang.

Bukti yang menunjukkan peserta perhimpunan ini sangat bodoh dan bermentaliti bebal ialah mereka sangat percaya temberang Anwar yang mengatakan BN telah mengimpot 40,000 Bangla untuk menjadi pengundi hantu memenangkan BN.

Bukti ke-2 yang menambah yakin majoriti rakyat Malaysia bahawa mereka ini memang bodoh dan bebal ialah bila mereka begitu mudah percaya temberang Anwar, BN sudah menerbangkan 45,000 pengundi hantu dari Sabah yang telah diberi Kad Pengenalan palsu ke semenanjung Malaysia untuk memenangkan BN.

Bukti ke-3 menunjukkan kebodohan dan kebebalan mereka ialah mereka mati-mati percaya temberang Anwar bahawa pakatan sudah menang dan sudah layak mengambil-alih putrajaya tetapi disebabkan SPR membantu BN menipu undi, pakatan gagal mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

Bukti ke-4 yang benar-benar mengesahkan mereka ini memang terlalu bodoh dan terlalu bebal ialah mereka terlalu mudah diperbodoh dan dibengapkan pemikirannya oleh Anwar bila Anwar menggunakan fakta peratusan undi popular yang diperolehi pakatan lebih tinggi dari undi popular BN sebagai bukti yang menunjukkan Pakatan sebenarnya telah menang tetapi dinafikan oleh SPR melalui penipuan.

Penyokong pakatan yang memiliki tahap kebodohan dan kebebalan yang tiada tandingan ini tidak tahu membezakan antara undi popular dengan jumlah kawasan yang dimenangi. Putrajaya yang dimenangi BN dengan majoriti lebih 5000 undi dari pengundi seramai 16,000, sebaliknya pengundi berdaftar parlimen Puchong yang dimenangi DAP mempunyai taburan pengundi lebih dari 120,000. Gobind Singh memperolehi majoriti lebih 32,000 undi.

Jika berdasarkan undi popular untuk sampling 2 kawasan ini, pakatan mengatasi BN sebanyak 600%! Tetapi hakikatnya dari segi jumlah kawasan yang dimenangi ke dua-dua pihak tetap 1-1.

Walau bagaimana pun, di sebalik perhimpunan golongan bodoh dan bebal malam tadi, tersembunyi suatu fakta yang tidak boleh disangkal, iaitu;

"Perhimpunan tersebut majoritinya adalah anak-anak muda cina. Mereka tidak bebal dan tidak bodoh. Mereka adalah golongan yang paling bijak apabila berjaya menjadikan tajuk "himpunan rakyat" sebagai perisai untuk mereka memperjuangkan agenda kaum cina dengan memperkudakan pemimpin dan orang melayu untuk melemahkan kuasa melayu." 

Paling tragis, perhimpunan cina yang bertopengkan himpunan rakyat ini berjaya memperkudakan melayu bebal dan bodoh sebagai "batu" untuk membaling dan memecahkan tingkap dan cerminan saki baki kekuasaan melayu yang masih dipimpin oleh UMNO melalui Barisan Nasional.

Berapa tahun lagi dan berapa banyak lagi himpunan yang mereka akan hadiri akibat dari kegagalan akal dan hati mereka untuk berfungsi hingga terus-terusan menjadi mangsa pembohongan Anwar?

"Tertipu dengan Anwar adalah manifestasi kegagalan fungsi minda!"

No comments:

Post a Comment