Roadshow Menentang Ketentuan Allah 505 yang sedang digerakkan adalah antara usaha terakhir Anwar untuk melakukan gelombang ke-2 dalam memastikan pakatan pembangkang terus dilihat kewujudannya.
RMKA505 ini juga bertujuan untuk membolehkan Anwar dapat bernafas lagi 5 tahun dengan bantuan "oksigen sokongan rakyat".
Jika Anwar memilih untuk akur dengan kekalahan dan mengucapkan tahniah kepada DS Najib di atas kemenangan seperti yang dilakukan oleh mana-mana parti yang kalah secara demokrasi di dunia ini kepada pihak yang menang, maka kesan yang akan berlaku ialah seluruh penyokong dan pendokong pakatan akan menjadi rasional pemikiran mereka.
Anwar tidak akan membenarkan pengikut taksub pembangkang menjadi rasional pemikiran mereka. Ini sangat merbahaya. Semakin ramai rakyat yang rasional, maka akan semakin terancamlah kedudukan Anwar di pentas politik negara. Apatah lagi Abwar sudah menyatakan akan meninggalkan politik dan menerima tawaran mengajar di universiti luar negara jika pakatan kalah selepas PRU13.
Bayangkan jika Anwar akur dan mengucapkan tahniah kepada DS Najib dan seterusnya mengotakan janjinya untuk bersara dari politik!
Sudah pasti para penyokong taksub mereka akan patah semangat untuk terus bertahan.
Jaminan yang diberi untuk bersara jika kalah bukanlah satu perkara yang benar, tetapi ia merupakan sebahagian dari pakej dan siri pembohongan Anwar untuk santapan rakyat. Anwar hanya cuba memainkan perasaan dan pemikiran rakyat bagi tujuan mendapatkan undi. Anwar cuba memasung pemikiran rakyat agar rakyat ramai-ramai memberikan sokongan dan kemenangan kepada pakatan pembangkang bagi memastikan Anwar tidak bersara.
Tapi apa boleh buat. Penyokong pembangkang sudah "dipasung" pemikiran mereka dengan pelbagai "harapan baru" yang keluar dari mulut orang yang sedang mengigau-ngigau untuk menjadi Perdana Menteri.
Kita nak tolong macam mana lagi jenis pengikut taksub macam ni. Cakap "orang jaga" ditolak mentah-mentah. Cakap melalut orang yang sedang mengigau dijadikan panduan dan dipercayai bulat-bulat. Lantak kau lah.
Penyokong taksub pembangkang tidak sedar apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Anwar di sebalik kisah dongengan pengundi hantu dan penipuan SPR yang "diceritera dan dilipur-larakan oleh Anwar" dalam siri jelajah RMKA505.
Anwar menjangka bakal "kehabisan oksigen sokongan hayat politik" akibat dari kekalahan kali ke-4 berturut-turut pakatan pembangkang sejak dia mengetuai pakatan.
Oksigen hayat politik ini hanya masih ada pada para penyokong taksub dan penyokong buta-tuli puak-puak pembangkang. Anwar perlukan baki oksigen yang ada pada mereka untuk membolehkan Anwar terus bernafas dan menyambung hayat politik. Oleh itu, suatu usaha wajib dibuat agar oksigen hayat ini dapat digembeling dan dimenafaatkan sepenuhnya sebelum oksigen hayat tersebut lenyap begitu saja diitelan arus semput akibat kekalahan menyakitkan yang menimpa pakatan.
Anwar dan pembangkang tidak mampu bertahan untuk 5 tahun lagi berhadapan dengan Barisan Nasional yang pasti akan menunaikan segala Akujanji yang telah diikrarkan kepada rakyat.
Mahu tidak mahu usaha awal harus dilakukan. SPR mesti dijejaskan kredibilitinya. Rakyat harus difahamkan bahawa pakatan sebenarnya menang tapi kemenangan mereka telah dirampas oleh SPR dan memberikannya semula kepada BN.
Anwar dan gerombolannya sedang mencerai-beraikan akidah dan keimanan dari hati para penganut agama Islam yang menyokong mereka dengan membuat seruan menolak sebarang ketentuan dan takdir Allah yang tidak menyebelahi mereka.
Ratusan ribu penyokong yang terlibat dalam RMKA505 di seluruh negara dan penyokong taksub Anwar dan pembangkang dari kalangan penganut Islam sedang berhadapan dengan bahaya besar, iaitu gugur keimanan kerana enggan beriman dengan rukun Islam yang ke-6, percaya kepada Qada dan Qadar Allah.
Haji Hadi dan majlis syura PAS wajib bersuara dan memperbetulkan situasi merbahaya "gugur akidah" yang sedang disebar-luaskan oleh Anwar Ibrahim di seluruh pelosok negara sekarang ini.
Jika PAS bertindak berdiam diri, pendirian ini sangat melampaui batasan di sisi Allah. Wajar dicabut nyawa dari halkum mereka-mereka yang menyerupai syaitan bisu seperti ini.
Assalam bro
ReplyDeleteJawapan nya Mana ISA... lembut sangat... Orang buat huru-hara pada negara takan nak diam... Mereka semua tahu undang-undang dan kesalahan mereka... Tapi dek kerana kelemahan dan kelembutan dari pihak kerajaan membuatkan mereka jadi hantu yang lebih dari hantu dan setan yang lebih dari setan... yang jadi setan bisu berlambak tu...
Salam,
ReplyDeleteSaya cadangkan DS Najib melantik TS Rahim Nor sbb Senator dan diangkat sbg Menteri Dalam Negeri. Mesti ANUar tak berani panggung kepala. Kalau panggung, lebam bijik mata sebelah lagi...hehehe..
Anwar dan LKS dah banyak memporak poranda keamanan negara dengan menghasut rakyat. Negara kita sebenarnya adalah diantara tumpuan pilihan pelabur didalam perniagaan. Tetapi akibat daripada perbuatan dorang yg desperate loser ni, kita semua terpaksa berusaha membaiki imej negara. Berita2 kumpulan pembangkang ini mendapat dana asing untuk menghalang kemakmuran Islam dipandang sepi oleh penyokong yang taksub membabi buta. Sy harap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat negara yg memburukkan nama Malaysia diluar. Kalau di Singapura, setakat 100 orang berkumpul nyanyi lagu dan bersorak2 pun dah diambil tindakan, ini bukan sahaja mencemar nama negara yang berdaulat dan mencabar keputusan majoriti pilihan rakyat malah mengganggu ketenteraman dan provokasi kepada keamanan. Majoriti rakyat mahu meneruskan kehidupan, membina keluarga yg berjaya dunia dan akhirat. Mereka ni semua org diperdaya..... Kita ada saluran yang berhemah untuk membuat bantahan sebagai bangsa yang bertamaddun. ENOUGH IS ENOUGH !!
ReplyDelete