Sunday, May 19, 2013

KJ: KENYATAAN SAYA BOLEH TAWAN SEMULA HATI RAKYAT!!

Tahniah Dato Zahid Hamidi. Kenyataan tegas beliau adalah kenyataan beliau selaku Menteri KDN. Ketegasan yang ditunjukkannya sudah menampakkan kesan. PAS dan DAP sudah mula "kendur" dan bersikap "non-committal" terhadap Road show Menentang Ketentuan Allah tajaan Anwar Ibrahim.

Kenyataan Zahid supaya mereka yang berpendirian untuk menerima prinsip undi popular supaya berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem berdasarkan undi popular telah diserang hebat hingga Anwar sampai guna ayat "kepala bapak dia", walhal dialah yang cuba menjadikan negara ini seperti negara kepala bapak dia. Dialah yang cuba meracun dan menghasut rakyat negara ini supaya mengikut kepala otak bapak dia supaya bangkit menggulingkan kerajaan yang sah melalui jalan yang haram.

Momentum asakan yang dibuat oleh Menteri KDN baru ini sudah mendatangkan kesan dan tekanan kepada pembangkang.

Gerakan dan asakan ini mesti digembeling sepenuhnya. Menteri kabinet yang baru dilantik mesti menunjukkan satu nada dan satu gerakerja "ketegasan tanpa kompromi" yang sudah dimulakan oleh DS Zahid bagi menamatkan segala putar alam yang mengharu-birukan pemikiran rakyat tajaan Anwar.

Tapi, Khairy Jamaludin ni apa hal? KJ ni ada kelebihan yang taada pada orang lain ke? KJ ni nampak apa yang semua pemimpin BN lain tak nampak ke?

Apa hal KJ ni nak potong stim Zahid? Apa yang KJ cuba buat bila kenyataan Zahid selaku Menteri KDN dikatakan kenyataan bersifat peribadi? Nak kata menyokong tidak. Nak kata menentang pun tidak. Nak kata macam nak jadi orang tengah kepada semua pihak pun ada. 

Janganlah menteri lain pulak yang cuba pandai-pandai klasifikasikan mana kenyataan Zahid selaku Menteri dan  mana kenyataannya yang bersifat peribadi.

KJ jangan cuba positioning diri dan cuba menjadikan diri dan kenyataan peribadinya sebagai "Point of reference" rakyat. Jangan berniat mahu menjadikan pelbagai kenyataan yang dibuatnya sebagai "the most receptive and acceptable opinion" dari sekelian pemimpin BN yang ada termasuk Perdana Menteri.  

Hanya PM sahaja yang layak dan patut untuk membuat positioning begitu.

KJ jangnlah cuba bertindak dan positioning diri seperti "pemimpin pengaman bangsa-bangsa bersatu" di Malaysia. PM sahaja yang boleh dan sepatutnya buat positioning macam tu. Gaya KJ macam nak jadi politikus populis di kalangan pemimpin BN.

Hari tu macam tu jugak. Sepatutnya PM selaku ketua kerajaan Barisan Nasional yang membuat kenyataan "menjadikan kerajaan dan kabinet yang dibentuk ini sebagai kerajaan rakyat yang bersedia mendengar segala rintihan dan masalah rakyat."

KJ pulak hanya melepaskan tengkuk dan rebranding Kementeriannya sendiri sahaja dengan menyatakan "mahu menjadikan KBS sebagai kementerian rakyat dan golongan muda bersedia mendengar segala kehendak dan masalah rakyat dan golongan muda". Habis, kementerian lain mahu dibiar menjadi kementerian sumpah seranah rakyat?

KJ belajarlah bekerja secara "pertanggungjawaban bersama sebagai satu pasukan. Jangan giler glamour yang menjurus kepada mileage peribadi.

Apakah KJ nak beritahu dan cuba wujudkan persepsi umum bahawa dalam BN itu hanya tinggal KJ saja seorang lagi yang berpotensi besar dan boleh diharap untuk menarik semua segmen rakyat untuk kembali bersama BN?

Akhbar-akhbar arus perdana pun nampaknya sudah mula mempromosi kembali KJ seperti di zaman keagungan pemerintahan Tun Abdullah Badawi dulu.

13 comments:

  1. Baru dilantik Menteri,KJ dah mula tunjuk belang dia yang kurang ajar sama macam masa Baba dia jadi PM dulu.Najib patut letak dia jadi Menteri Pembangunan Wanita saja.

    ReplyDelete
  2. Menteri-menteri seniors tolong sound2 si KJ aka kitol jadian. Kena belajar jaga mulut dan work as a team. Jangan nak cuba jadi hero wayang pek-gi (opera cina lah!). Tak sampai seminggu angkat sumpah jadi menteri dah nak jadi "cockerel". PM tu bukan pak mertua hang tau...ingat sikit. Dan, jangan nak promo diri over2...ini semua style si Nuar semasa dalam UMNO....mempromo diri untuk tikam orang lain nak jadi PM.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib telah bertindak sangat bingung utk melantik KJ menjadi Menteri!
      Tak ingatkah, dialah orang yg telah berlari ke lapangan terbang utk memberi paspot antarabangsa kpd Anwar dulu. Dia ni pengkhianat negara no 1.
      Melayu mudah lupa ????????????

      Delete
  3. Jelas sekali semasa dalam ucapan pada masa mesyuarat Kabinet yang pertama PM menyatakan kebertangungjawaban anggota Kabinetnya. Seeloknya rakan Kabinet tidak membuat komen terhadapa rakan kabinet yang lain. Seperti yang ZAMKATA, bila masa pulak Kj ni dilantik bercakap bagi pihak DS AZH. Lainlah Datuk Hisham yang dilantik sebagai jurucakap Kementerian Pengankutan buat masa ini.

    ReplyDelete
  4. kj jaga kementerian hang dulu...jangan campur hal org lain...belia sukan bukan untuk main sukan je...tetapi belia..beragama...belia berakhlak...belia patriotik...banyak lagi...bukan belia bola sepak je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar dia jadi menteri cabinet pertama kena baling dengan telor kemurok....kalau nak merasa KJ... buat lah selalu...

      Delete
  5. ngok btol la kj. sibuk kementerian org lain tu watpe?

    ReplyDelete
  6. Button lah KJ ...

    ReplyDelete
  7. kj jgn sibuk nak masuk campur hal kementerian orang lain. kementerian hang pun bnyk hantu. mulut jgn smpi kena cili dgn pengundi kang dgn kerusi2 hang terbang kat muka ataupun kerusi rembau hilang. ingat, rakyat memerhati mulut dan tingkah laku

    ReplyDelete
  8. Bila si Kitol berperangai musibat
    Sudah dapat apa yang dihajat
    Rumah tangga orang habis dipanjat
    Jaga la pondok sendiri yang penuh pijat
    Berperi seolah tinggi sangat darjat

    ReplyDelete
  9. Masalah Aljuburi tak habis lagi datang pulak musibat Kj melanda malaysia. Dulu dia dah pernah perintah Malaysia buat apa bagi dia perintah sekali lagi. Nak kasi dia turun bukan senang oi.

    ReplyDelete
  10. KJ akan membawa masaalah besar kepada DS Najib. Percayalah. Dia banyak bersifat menonjol diri. Sebagai contoh. Debat yang dianjurkannya. Apa faedahnya pada party? Aku tak nampak yang ia membawa kebaikan pada UMNO, tapi pada dirinya ada.

    ReplyDelete
  11. KJ ni lain macam jelah.Sudah lama rasa frust dengan KJ ni. Macam x de semangat kemelayuan je. Apa dah jadi? Harap2 Ketua Pemuda UMNO tukar dengan orang lain. Buat habiskan boreh je.... Sokong Dato' Zahid....

    ReplyDelete