Wednesday, May 22, 2013

SUDAH GILAKAH PARA PEMIMPIN PAS INI??

Sampai bila agaknya PAS sanggup menutup mata terhadap budaya, amalan songsang dan kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin dan para penyokong pakatan hanya disebabkan terpaksa bersubahat demi menjamin kerjasama antara pakatan terus ampuh bagi menentang musuh utamanya UMNO.

Semangat patriotisma dan bangga menjadi rakyat Malaysia di kalangan anak muda terutama anak muda kaum cina yang menyokong pembangkang seperti sudah tiada nilai. 
Lihatlah bagaimana mereka menterbalikkan bendera Malaysia di luar negara hanya disebabkan kejahilan mereka untuk membezakan di antara ketaatan kepada parti yang disokong dengan ketaatan kepada negara.

Lihat juga laman web seorang anak muda cina Malaysia yang tinggal di Australia. Salah persepsi dan rasa kebenciannya kepada Mahathir dan DS Najib begitu jelas bila dia berkata "alangkah baiknya jika ke dua-dua pemimpin ini dibom saja agar dia boleh pulang dengan aman ke Malaysia".

Inilah antara gambaran anak muda yang "tidak tau apa-apa" yang sudah diresapi pemikirannya oleh hasutan pembangkang. 

Anak muda yang jahil tentang sejarah negara dan sejarah datuk nenek mereka serta tidak ada sekelumit pun rasa ketaatan kepada negara inilah yang sedang digerakkan dan diberi maklumat berunsur hasutan oleh Anwar untuk menggulingkan kerajaan yang sah melalui keganasan dan demonstrasi.

Anwar begitu tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan dan memanipulasi sepenuhnya kejahilan anak-anak muda ini supaya bangkit, kononnya di atas nama "suara rakyat" untuk memperlekeh dan menimbulkan rasa benci anak muda terhadap pemerintah yang sah.

Jika sudah timbul perasaan hingga ke tahap "mahu mengebom" pemimpin, bolehkah kita bayangkan apa yang sudah merasuk jiwa dan pemikirannya hingga sampai ke tahap itu?

Apakah yang telah merasuk pemikiran dan jiwa mereka hingga secara beramai-ramai sanggup bergambar dengan penuh bangga menterbalikkan bendera negara secara sengaja?

Inilah antara nilai-nilai merbahaya dan sungguh menakutkan yang sedang dibaja oleh Anwar dan pemimpin DAP di pemikiran dan jiwa anak-muda yang masih mentah dan tidak mengerti apa-apa.

Jika inilah rupabentuk golongan masyarakat masa depan yang dididik secara salah oleh pemimpin yang amat tidak bertanggungjawab ini, maka kita boleh membilang hari  dan menanti sahaja kemusnahan dan malapetaka buat negara sedikit masa lagi.

Apakah pemimpin PAS dan para pemikirnya yang bertaraf ulamak tidak bimbang dan tidak terfikir langsung kesan buruk yang bakal terjadi buat negara? Apakah pemimpin PAS tidak merasa bersalah mengkompromi dan bertolak-ansur dengan semua nilai kemusnahan masyarakat dan negara yang sedang dipupuk oleh rakan pakatannya?

Sudah beralihkah kiblat dan pedoman para pemimpin PAS ini hingga membiarkan saja semua nilai-nilai yang bakal membawa malapetaka buat masa depan rakyat dan negara ini berkembang subur?

4 comments:

  1. PAS matlamatnya sekarang hanyalah utk kerusi dan kuasa, pegangannya pulak ikut suka mereka aje. Quran , Hadis, ijmak, qiasnya dah entah ke mane.

    ReplyDelete
  2. Budak2 yg berperangai tak senonoh mak bapak dia yg kena tegur. Apa lak disabitkan dgn org lain pulak. Yg nak dispinkan isu budak2 kurang akal tu apasal. Umno ni memang cari sakit. Penyakit yg dah ada pun tak terubat. Nak cari pasal dgn geng muda yg baru belajar kenal dunia. Memang umno ni semakin hampir dgn ajal gamak ye.

    ReplyDelete
  3. Tengoklah komen anon 11.19 tu...
    Umno jugak yg sabitkan budak2... Yg jelas sabit dan spin pemikiran budak2 ni Anwar dan DAP..pasal tu kita komen "itu tak betul".. Tp umno jugak yg dikata cari penyakit..

    ReplyDelete
  4. tak yah tunggu report polis. kalau nampak je BELASAH. siapa kurang ajar depan kita, kita balum. nak tunggu mak bapak ajar? sorry! api yg membara sedang dihidupkan orang orang cina sial dan juga melayu yg kena main buntut. halau sahaja yg tak suka tinggal di negara ini. kalau mereka tak ada, pasti Malaysia aman

    ReplyDelete