Kawasan majoriti melayu di semenanjung sahaja ada sekurang-kurangnya 120 kerusi. Manakala kerusi melayu/bumiputera di Sabah dan Sarawak ada 49 kerusi. Dicampur akan berjumlah 169.
Kerajaan melayu/bumiputera masih boleh dibentuk dengan majoriti 2/3. Cuma masalahnya PAS ni.. Nak kata berpegang atas dasar Islam entah. Nak kata assabiyah pun bukan.
Susah nak berunding kalau pegangan politik suku, agama suku macam PAS ni. Dia kata UMNO buat semua tak betul. Macam mana nak bincang dengan Kuali yang kata buntut belanga hitam.
PAS kata nak kuatkan Islam. Kenyataan itu pun sudah dikira salah. Islam memang dah kuat dan suci serta terjaga sehingga kiamat. Yang tak kuat adalah "umat Islam" yang sudah ibarat buih di lautan.
Kalau PAS berijtihad, kuasa boleh digunakan untuk kuatkan umat Islam, kenapa bila sudah ada peluang terbuka untuk umat Islam mendapat kuasa dan perkuatkan kuasa umat Islam, dengan cara bergabung dan "bersatu" kekuatan, PAS tidak pula cuba menafaatkan peluang tersebut.
Sebaliknya kuasa tak sebesar mana yang PAS ada digunakan pulak untuk bergabung dengan DAP yang jelas menentang Islam. Sanggup pulak sama-sama Islam jadi lemah asalkan "ego" perjuangan kepentingan assabiyah dan kabilah Islam PAS terbela.
Apakah PAS berfikir jika bergabung dan bersatu kekuatan dengan UMNO itu lebih pasti akan dilaknat Allah? Atau, PAS berfikir bergabung dengan DAP akan lebih membawa rahmat kepada kepentingan dan kekuatan umat Islam seluruhnya, berbanding jika PAS bergabung dengan UMNO?
Kalau benar ini yang PAS fikir, "confirm" PAS tak betul.
Kalau PAS kata prinsip gabungan PAS-DAP ini lebih afdal dan lebih dituntut disisi agama dari gabungan PAS-UMNO, "confirm" PAS telah tersasar kefahamannya. Jika PAS kata prinsip gabungan "menyusu kera dihutan" ini dibolehkan dan ada disebut dalam kitab muktabar, "confirm" kitab tersebut pasti kitab yang sudah diselewengkan.
Mana mungkin hujah bergabung dengan musuh Islam yang nyata, dibolehkan bagi tujuan menjatuhkan kerajaan yang sedang dipimpin oleh orang Islam. Kalau ada, memang sah kitab tersebut kitab sesat.
Kalau PAS sanggup bergabung demi menjaga keutuhan dan mengembalikan kekuatan umat Islam yang jelas sudah semakin tercabar selepas PRU13, kuasa politik melayu Islam akan bertambah menjadi 154 kerusi di dewan rakyat. Kekuatan penguasa Islam akan ada majoriti 2/3.
PAS berkewajiban untuk turut sama berfikir dan menyumbang bagi memperkuatkan wilayah dan kawasan umat melayu Islam di Malaysia melalui proses persempadanan semula kawasan pilihanraya yang mesti dilakukan menurut perlembagaan setiap 10-15 tahun sekali. Jika PAS bersedia mendahulukan kepentingan, kekuatan dan kuasa umat Islam di negara ini, dengan mengorbankan lain-lain kepentingan selain dari Islam, sudah pasti tiada sesiapa yang boleh mencabar kekuatan umat Islam apabila UMNO dan PAS bersedia bergabung.
Dalam senario hari ini, bergabung DEMI kekuatan sesama Islam terpelihara dan terbela, walau dalam keadaan apa sekali pun adalah lebih-lebih wajib bagi PAS, mahupun UMNO dari semua keutamaan wajib yang lain.
Bukan saja PAS, malah pengorbanan dari pihak kepimpinan UMNO lebih-lebih wajib lagi dari PAS kerana kuasa pemerintahan sedang berada di tangan UMNO, walaupun ianya tidak kuat.
UMNO jangan hanya meletakkan beban kesalahan kepada PAS semata-mata di atas perpecahan yang wujud. UMNO jangan hanya meminta PAS sahaja untuk memikirkan kepentingan Islam dan melayu dengan meminta PAS bersatu tanpa syarat dengan UMNO.
Kedua-dua pihak, UMNO dan PAS, berkewajiban untuk mengenepikan kepentingan masing-masing, DEMI kepentingan Islam, melayu dan rakyat serta negara seluruhnya.
Kalau "dengan cara pengunduran diri" kedua-dua kepimpinan tertinggi parti boleh membuka jalan dan mencapai perpaduan seluruh umat melayu Islam di negara ini, apa salahnya mengorbankan diri DEMI kepentingan Islam, umat melayu dan rakyat seluruhnya. Malah, tindakan itu sudah tentu lebih mulia dan terpuji. Ia pasti akan dikenang sepanjang sejarah.
Tun Razak dulu, kaum melayu, cina dan india yang mempunyai latar belakang, resam dan kepercayaan yang sama sekali berbeza pun boleh beliau satukan dengan formula "semua pihak tidak mungkin akan dapat semua perkara dan semua pihak harus bersedia melepaskan sebahagian dari kepentingan masing-masing".
Hari ini, langkah pertama hanya perlu satukan umat Islam melayu terlebih dahulu. Sudah seharusnya ia lebih mudah.
Pemimpin melayu Islam harus "faham dan maklum", jika kaum teras sudah bersatu, maka itu bermaksud usaha kearah mencapai perpaduan nasional sudah berada pada tahap 70%.
Kaum cina dan India tidak akan mempunyai pilihan lain, selain dari "akur" dan mereka pasti akan turut sama menyertai skim Perpaduan Nasional yang dirintis oleh kaum teras ini.
Kaum melayu/bumiputera sebagai teras adalah ibarat seekor "ibu ayam". Jika ibu ayam ini ditangkap dan dimasukkan ke dalam sangkar terlebih dahulu, maka anak-anak ayam tidak ada pilihan, melainkan akan masuk sendiri secara sukarela ke dalam sangkar tersebut tanpa perlu kita "chokau" sekor-sekor.
Tapi, jika kita melakukannya secara songsang dengan "menchokau" anak ayam sekor-sekor untuk dimasukkan ke dalam sangkar, maka ada kemungkinan kita akan terdedah kepada ancaman dipatuk atau dicatuk oleh ibu ayam yang tidak memahami maksud kita "menchokau" anaknya.
Cara yang mudah dan bijaksana ada, kenapa kita perlu cari jalan yang sukar?
Samalah macam najib tak sedar yg setiap saat dia kena tipu dengan majoriti cina kat negara kita ni. Tolonglah cakap kat najib ni ..return the favour ...macam mana cina layan dia ...macam tu jugaklah dia patut layan cina ...tak payahlah nak lebih2 sangat lagi macam dulu ...
ReplyDeletetujuqannya satu bro..tamatkan riwayat umno dulu..org melayu umno takkan mati bro mereka bole pilih msk pas ke,msk pkr ke,msk dap ke..ingatwoo dap ada semua bangsa didlmnya..Kuburkan umno dulu br yg lain bole cerita,ada pahammm
ReplyDeleteTengoklah macam mana anon 11.14 berhujah. Itulah yang penulis sering katakan "pandainya tak boleh nak diikut"... Formula kuburkan dulu ni sama taraf dgn formula budak main masak-masak ditengah halaman...-))
ReplyDelete