"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara."
"Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."
"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia,"
....Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Jika ada pihak yang cuba menghina titah SPBYDPA ini dengan menuduh baginda telah diperalatkan oleh PM DS Mohd Najib dengan menuduh baginda membaca teks ucapan yang disediakan oleh Perdana Menteri, KDN diminta bertindak segera menahan dan menangkap mereka kerana menghina Yan DiPertuan Agong.
"Janganlah apabila memerlukan undi, Ahli-ahli Yang Berhormat menjanjikan bulan dan bintang serta sanggup melawat mereka hingga ke dapur rumah mereka, tetapi apabila telah mendapat undi dan kemenangan, kelibat YB sekelian pun tidak kelihatan"
ReplyDeleteTitah Sultan Selangor, amik kaw pakatan..