Tuesday, June 25, 2013
IBRAHIM LIBYA DAN PENGIKUT SAMA2 MATI KATAK... TAPI ANWAR BAIK SIKIT!!
Kekuatan pengaruh Anwar hanya bergantung kepada baki ataupun sisa-sisa kepercayaan yang masih ada pada penyokong taksubnya.
Baki kepercayaan para penyokong yang ada ini pun diperolehi dari jalan penipuan, fitnah dan putar-belit fakta. Kebetulan pula penyokong Anwar ini ramai yang tidak tahu menggunakan akal dan kewarasan yang dikurniakan tuhan.
Jadi Anwar tidak perlu memerah otak "kuat-kuat" bagaimana untuk memastikan para penyokongnya terus percaya kepada dia.
Jika penyokong Anwar ini mampu "reactivate" kembali akal mereka pada tahap 10% pun, nescaya mereka akan berhenti menyokong Anwar. Jika mereka mampu reactivate akal mereka hingga tahap 20%, mungkin nyawa Anwar akan berada dalam kedudukan bahaya diancam oleh penyokong sendiri.
Tapi disebabkan para penyokong Anwar ini sudah tidak boleh lagi mempertimbangkan sesuatu perkara dengan menggunakan akal yang dianugerahkan tuhan, maka Anwar masih boleh cakap apa saja, dan penyokong Anwar akan terus percaya, walaupun dia buat fitnah;
"Najib telah perangkap saya untuk duduk makan semeja di parlimen hingga saya tidak ada pilihan, melainkan terpaksa juga duduk sama walaupun hati saya cukup benc dan jijik dengan amalan keji rasuah dan kerakusan membolot harta rakyat yang telah dilakukan oleh Najib dan menteri-menteri UMNO".
Walaupun terlalu banyak "kerja buat" Anwar ini sangat keji, tapi kita harus hormat dan beri kredit terhadap kebolehan yang dimilikinya. Tiada siapa yang mampu berbuat sepertimana Anwar walaupun pun oleh seorang yahudi yang genius.
Sebenarnya, Anwar tidak perlu pun untuk jadi genius bagi membolehkan dia mencari helah menipu dan memastikan para penyokongnya untuk terus taksub kepadanya.
Sebab apa? Sebab para penyokong Anwar ini, akalnya sudah tidak lagi berfungi dan hati mereka sudah mati.
Apa bukti hati dan akal penyokong Anwar sudah mati?
1. Anwar bercakap di depan para penyokong akan memulaukan sesi angkat sumpah ahli parlimen. Bila akhirnya semua MP pembangkang angkat sumpah, rupanya penyokong Anwar lagi "terlebih keras" pendirian desak supaya MP pembangkang jangan sesekali angkat sumpah.
2. Anwar dan para MPnya sendiri sudah tidak percaya dengan tuduhan yang dibuatnya sendiri. Buktinya mereka hadir dan akur dengan mengangkat sumpah sebagai menandakan mereka percaya dengan keputusan PRU13. Tapi para penyokong Anwar pula yang "lebih-lebih" dan masih terus percaya dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin mereka, sedangkan "tukang buat tuduhan" sendiri pun sudah tidak percaya dengan tuduhan yang dibuatnya.
Bukan saja pemimpin dan para penyokong pro-kerajaan yang hairan kenapa pengikut Anwar boleh jadi sampai macam ni, malah Anwar sendiri pun boleh terkejut dan hairan apa yang menyebabkan penipuan dan pembohongan yang dilakukannya "terlebih menjadi".
Ibrahim Libya dulu, walaupun mampu mendidik para pengikutnya menjadi terlebih taksub, tapi dia sama-sama berjuang di medan hingga turut terkorban bersama para penyokongnya. Anwar lain. Para pengikut taksubnya saja yang berjuang guling-guling atas jalanraya dan atas padang panas berhari-hari, sedangkan Anwar bersuka-ria makan-minum dan mengangkat sumpah bersama dengan pihak musuh yang dituduhnya menipu.
Pendek kata, Anwar terkejut pasal hasil kerja fitnahnya "terlebih menjadi", yahudi pun terkejut kerana didikannya terhadap Anwar turut "terlebih menjadi".
Cuma yang masih tak jadi-jadi, nak jadi Perdana Menteri. Lain-lain yang berkaitan dengan "kerosakan serta kemusnahan" rakyat dan negara semua terlebih jadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan,
ReplyDeleteayat mati katak tu tak berapa sedap la. Sebabnya, tuan tau ka Ibrahim Libya ni mati katak ? atau tuan ni sahabat dia dan dah pergi ziarah kubur dia ?
Ulasan dan sindiran terbaik!! Mmg betullah kenapalah penyokong Anwar tak boleh berfikir dgn akal yg waras ? Agaknya mereka ini telah di manderem atau diberi lebih pil kuda kot sebelum hadir berdemonstrasi...??.!!
ReplyDeleteSalam hormat,
ReplyDeleteSyabas atas kupasan yg sangat menjadi lagi bijaklaksana.
Tetapi percayalah reverse psychology ini masih tak upaya membuka mata mencelik minda pengikut TOTOK Anwar yg bagai diKASI otak mereka.
Malah setiap isu yg saudara bangkitkan meskipun sangat bernas, disertai dengan kritikan bersahaja lagi bergaya dan melangkaui lontaran minda A. Kadir Jasin, Rockybru, KudaKepang, ZAM dan lain-lain socio-bloggers MASIH tidak disahut oleh para pembaca.
Saya merasa amat terkilan di mana walaupun saudara berupaya melantunkan pemikiran strategies dengan sudut pandangan berlainan cara/warna di luar batas kebanyakan pembesar mediocre di luar sana namun ramai yang kurang hargai.
Amat menarik sekiranya pembahas dapat berkongsi sama pandangan dan melontarkan kritikan membina.
Ada kalanya saya agak ragu apakah apa yg kita hujahkan di sini penuh jiwa raga akan didengari denyut nadinya oleh PM Najib dan pembesar UMNO lainnya sedangkan khalayak yg menyahut bicara pun terbatas bilangannya.
Bagaimana pun saya ucapkan syabas kepada saudara atas komitmen dan idea yg digarapkan demi kelangsungan bangsa dan tanahair tercinta ini.
Teruskanlah sentuhan kalbu yg suatu ketika pasti akhirnya bisa ditembus dinding-dinding peribadi khalayak yg cintakan kebenaran.
Moga ALLAH memberkati saudara dan membuka hati nubari para pembesar UMNO dan PM Najib yg masih dibuaileka terkasima yg UMNO semakin kuat kononnya.
Saya percaya yg saudara bukannya pemikir sebarangan. Punya isi, kental jatidiri.