Wednesday, June 26, 2013

ANWAR FITNAH AGONG...TITAH DITUDUH SBG ARAHAN!!

Tuanku Abdul Halim dilaporkan Mstar dalam titahnya menggesa semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta bekerjasama untuk membolehkan matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 tercapai.

Baginda juga mengingatkan wakil rakyat supaya sentiasa memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan serta tidak melakukan perbuatan yang boleh merosakkan negara.

“Beta ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Dewan yang mulia ini agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Janganlah berbuat sesuatu perkara yang boleh memusnahkan negara.

“Beta menyeru semua Ahli Yang Berhormat supaya merapatkan saf, berganding bahu membangun dan memajukan negara,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersoalkan kedudukan serta menyelewengkan agama Islam untuk kepentingan mana-mana pihak.

“Beta menyeru agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan,” titah baginda.


Itu sebahagian dari sedutan titah DPB Yang DiPertuan Agong pada sesi pembukaan Parlimen.

Adakah titah yang berbunyi seperti di atas yang dipertikaikan oleh Anwar dengan dakwaan disediakan oleh pejabat Perdana Menteri? 

Apakah seorang yang bertaraf Yang Dipertuan Agong tidak pandai atau tidak terfikir untuk menitahkan kenyataan seperti di atas?

Di mana salahnya dan di mana "biasnya" titah Yang Dipertuan Agong ini? 

Adakah mana-mana bahagian dari titah baginda ini yang menunjukkan kecenderungan baginda untuk "bias" terhadap Barisan Nasional? 

Jika benar pun pejabat PM yang menyediakan titah seperti di atas, apakah titah ini condong kearah Barisan Nasional?

Apakah Titah baginda yang begini boleh merudumkan pembangkang? Kalau betul, memang sahlah pembangkang bersalah hingga nasihat yang cukup berguna dari YDPA ini menyebabkan mereka panas punggung.

Siapa kata titah YDP dalam perasmian parlimen sebagai suatu arahan? Memang bukan arahan pun. Namanya pun memang perbahasan titah ucapan Yang DiPertuan Agong.

Kenapa Anwar cipta isu, "titah baginda suatu arahan"? Kenapa cipta persepsi "arahan" sedangkan selamanya titah baginda itu kita tahu ia suatu nasihat dari seorang ketua negara?

Anwar yang merekacipta isu, dia yang menjadikan polimik dan dia balik yang buat isu dan tuduhan serta mempolitikkan isu yang tiada isu hingga menjadi isu.

Tak ke sial negara kalau ada orang macam ni?

2 comments:

  1. ape yang bias nyer titah Agong tu?aku baca okay aje.
    tapi, kalau ada yang terasa, ingat lah pepatah 'sape makan cili, terase lah pedasnye'
    senang je, kalau kau terase, maknenye kau yang buat.

    ReplyDelete
  2. Anwar hanya BUDAK SASTERA LULUS GENERAL DEGREE sahaja!

    Lupakan siPELIWAT ini.

    Bukan sahaja demokrasi diliwatnya malahan keyakinan diri anak lelakinya pun diliwat sama. Bukankah Ikhwan terus bawa diri ke US tak berani balik Malaysia?

    Anwar memang SAH PELIWAT! Hanya yg otak DILIWAT Anwar sahaja yg masih puja mamat ni.

    Lihat di bawah ini (Mathematical Reasoning/Penaakulan Mantiq Tingkatan 5 aje):

    Premis 1: If p then q
    Premis 2: Not q
    Conclusion: Not p

    Kes I: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar BERSUMPAH

    Kes II: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar menjalani ujian DNA

    Kes III: p = Anwar bukan PELAKON DALAM VIDEO, q = Anwar MENYAMAN DATUK ESKAY

    Nota:

    1. Kes II sangat mudah difahami. Ibarat memulakan perlawanan bolasepak atau badminton di mana wang syiling dilambung. Keputusan lambungan syiling ialah Head (Kepala) atau Tail (Ekor). Maknanya kebarangkalian P(Head) = 1/2 = 0.5. Begitu juga P(Tail) = 1/2 = 0.5. Maknanya setiap kesudahan (outcome) mempunyai kemungkinan/kebarangkalian berlaku sebanyak 50%.

    2. Begitu juga jika Jabatan Narkotik membuat ujian urine/kencing ke atas sesiapa yg disyaki terlibat dadah. Keputusannya adalah sama ada positif ataupun negatif. Kebarangkalian seseorang itu didapati positif atau negatif masing-masing ialah 1/2 = 0.5 @ 50%.

    3. Justeru tidakkah Anwar punya peluang 50% yakni kebarangkalian untuk membuktikan dirinya bukan PELIWAT Saiful adalah 1/2 = 0.5. Beliau MENYALAK yg dia tidak bersalah meliwat Saiful TETAPI ironinya peluang untuk membuktikan dirinya betul TIDAK digunakan! Sampai sekarang Anwar tidak berani menjalani ujian DNA. Keputusan ujian DNA itu adalah sama ada SEPADAN atau TIDAK SEPADAN. Jika benar dakwaan Anwar bahawa beliau tidak melakukannya sudah pasti keputusan DNA kelak tidak sepadan dengan sampel yg ditemui di dubur Saiful!

    4. Untuk fahamkan Kes I, II dan III sila teliti betul-betul:

    TIDAK TIDAK = YA

    BUKAN BUKAN = YA

    5. Ironinya ramai Profesor Matematik Melayu/Islam termasuklah Prof Shaharir Mohamad Zain yg terbilang dengan istilah molek-molek seperti PeMelayuan Matematik, PemPribumian Matematik, PengIslaman Matematik tetapi akhirnya telah melakukan PengKebumian Matematik dalam isu LIWAT Anwar ini. Sejak 1998 lagi. 15 tahun berdiam diri! Mangalahkan Pak Lah Si Flip-Flop itu.

    ReplyDelete