Saturday, July 20, 2013

DOSA BESAR BAKAL BERPINDAH DARI WAKIL G13 KE WAKIL CAWANGAN JIKA SALAH PILIH!!

Ini cadangan KNKB dari "warm up" pemilihan UMNO yang dibuat oleh Blog MIK...

Presiden : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden : Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden ;
1. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir
2. Dato Seri Anifah Aman
3. DS Ali Rustam/TS Mohd Isa Abd Samad (2 personaliti pengganti kpd Tun Ghafar yang mengurus hal-ehwal dalaman UMNO dan BN)

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ; 

Bagi tujuan memberi mandat kepada pemimpin yang layak untuk menjaga "perjuangan" UMNO, para perwakilan harus mempunyai kefahaman bahawa MKT tidak semestinya pemegang jawatan dalam kerajaan. Jawatan menteri/Timbalan Menteri/Menteri Besar bukan tiket wajib yang mesti diletakkan mereka menjadi ahli MKT.

Perwakilan perlu menetapkan sendiri kriteria-kriteria yang perlu ada bagi seseorang ahli MKT UMNO. Asas paling penting yang perlu dipastikan ialah seseorang ahli MKT, mestilah terdiri dari "orang yang berfikiran dan berjiwa melayu". Mendahulukan perjuangan alif ba ta. 

Ahli UMNO mesti tolak pemimpin yang mempunyai jiwa dan "pemikiran 1Malaysia ala-Malaysian Malaysia" yang tidak lagi menunjukkan komitmen tegas mereka di atas perjuangan alif, ba, ta. 

Sudah terbukti, barangsiapa di kalangan pemimpin UMNO yang dilihat berjiwa 1Malaysia, memang itulah "jenis pemimpin UMNO" yang sangat disukai oleh orang cina. Sayangnya mereka hanya sekadar suka tapi tidak mahu memberi undi. Mereka berlakon saja. 

Mereka sangat suka pemimpin melayu UMNO yang berfikiran 1Malaysia kerana tiket 1Malaysia ini akan memudahkan ruang untuk mereka meraih keuntungan dan pada masa yang sama orang melayu pula akan berada dalam dilema untuk memilih di antara "cara perjuangan alif ba ta" atau "cara 1Malaysia" ala-Malaysian Msia.

Antara lain, tanggungjawab ahli UMNO ialah, "mencampak dan menendang ke baroh" sesiapa saja yang tak bertelor, pondan dan enggeh bila berhadapan dengan gelagat kaum chauvinis cinabeng. 

Maka, ahli UMNO perlu "ramaikan" kalangan ahli MKT dari kalangan chauvinis melayu/bumiputera.

Antara nama-nama yang wajib dipertimbangkan;

1. Dato Idris Harun
2. Dato Fuad Zakarshi
3. Dato Husni Hanadzlah
4. Dato Seri Idris Jusoh
5. Dato Seri Mustapha Mohammad
6. Cuba Dato Johari Ghani MP Titiwangsa
7. Dato Shahrir Samad
8. Cuba Dato Wahid Omar menteri JPM korporat yang baru.
9. Cuba Dato Fauzi Zahari MP Setiawangsa.
10. Cuba MP Tangga Batu Dato Dr tak berapa ingat nama.
11. Cuba Dato Ikmal Hisham MP Tanah Merah. 

Lain-lain pemimpin, fikirkanlah mana yang layak dan patut. Tapi ahli UMNO perlu cari betul-betul pemimpin-pemimpin baru yang benar2 "passionate"  terhadap nasib alif ba ta. Cabaran PRU14 pasti lebih getir. Sebahagian besar dari MKT yang ada, sudah terbukti tiada kelayakan duduk MKT. Jiwa alif ba ta mereka terlalu nipis dan bila-bila masa boleh "koyak rabak" bila di depan mata terlambak kuasa, pangkat, tawaran ataupun kemewahan. 

Tiada siapa pun di kalangan MKT yang ada hari ini yang boleh menimbulkan kegerunan dan hormat kalangan kaum chauvinis cinabeng. Jauh sekali untuk menyamai muka-muka Allahyarham Dato Harun Idris atau Syed Jaafar Albar.

Sebahagian besar mereka hanya bernilai "at par" atau "nominal value" saja jika dinilai di dalam bentuk nilai saham. Ada tak menambah, tiada pun tidak dirasai kehilangan mereka. 

Bawa Dato Dr Hassan Ali masuk MKT. Bawa Ust Nasharudin Mat Isa masuk MKT. Bawa pemimpin-pemimpin melayu dari lain-lain badan NGO yang mempunyai wibawa, berprinsip dan keras pegangan mereka dalam menjaga alif ba ta dan menjiwai prinsip-prinsip yang terkandung di dalam perlembagaan.

UMNO ditubuhkan dan begitu kuat penerimaannya di kalangan orang melayu pada tahun 1946 bukan disebabkan namanya UMNO, tapi adalah disebabkan kesepakatan pemimpin-pemimpin NGO dan badan-badan melayu "menyatukan perjuangan" mereka di bawah "satu maksud" sehingga lahirnya UMNO.

UMNO sebenarnya tertubuh secara natural dan organik. Bahan asli dan organik yang ada dalam jiwa melayu yang mewakili badan2 NGO ketika itulah yang membangunkan UMNO hingga UMNO menjadi platform terkuat bangsa melayu.

"Pengwartaan" organisasi bernama UMNO itu berlaku kemudian, iaitu setelah pemimpin dan orang melayu "menyatukan perjuangan" mereka yang pelbagai 'menjadi satu maksud terlebih dahulu". Apabila perjuangan mereka sudah bulat menjadi satu, barulah mereka mengambil inisiatif menubuhkan satu platform bersama. Dari situlah baru timbulnya ilham untuk menubuhkan UMNO.

Itu sebab UMNO sentiasa disokong oleh hampir seluruh orang melayu. "Jiwa melayu" dan "apa yang diperjuangkan oleh UMNO" ketika itu hakikatnya adalah "perkara" yang sama, ibarat "telor dadar dan omelette". 

Selama mana UMNO dan para pemimpinnya memperjuangkan "perkara" yang sama seperti yang ada dijiwa orang melayu ini, maka selama itulah UMNO secara natural dan organik akan terus disokong oleh orang melayu.

Sebaliknya, apabila UMNO dan para pemimpinnya tidak lagi membawa "perkara" yang sama ini di dalam perjuangannya, maka bermulalah saat di mana orang melayu tidak lagi mengenali UMNO dan orang melayu akan mula mencari alternatif selain dari UMNO.

Inilah antara penyebab disebalik tumbuhnya pelbagai platform parti dan NGO berasaskan melayu di 5 tahun kebelakangan ini. Sebenarnya orang melayu sedang "mencari sesuatu yang sudah hilang", kerana "perkara" yang dibawa oleh UMNO tidak lagi "bersamaan" dengan apa yang ada dijiwa seorang yang bernama melayu.

Itu sebab pentingnya ahli dan perwakilan cawangan UMNO kali ini bertindak dan membuat inisiatif sendiri bagi memastikan pemimpin yang diletakkan di peringkat 5 jawatan tertinggi dan MKT adalah peminpin yang membawa "perkara" yang "bersamaan" dengan jiwa dan aspirasi perjuangan seorang melayu yang cintakan alif ba ta secara natural dan organik.

Jika berlaku "matching concept" yang betul di antara "kehendak dan jiwa melayu" dengan "apa yang diperjuangkan oleh UMNO", UMNO pasti akan menemui sentuhannya kembali. 

Di bahu ahli UMNOlah terbebannya tanggungjawab untuk melahirkan pemimpin-pemimpin UMNO yang berupaya mengembalikan "kebersamaan" perjuangan UMNO dengan jiwa umat melayu. 

Jika ahli UMNO memilih pemimpin yang "tepat dan betul" pada pemilihan UMNO kali ini, tidak mustahil UMNO akan lebih kuat dari sebelum-sebelumnya.

Ushh..!! Panjang sangat daa..

9 comments:

  1. Dr Hassan Ali dan Ust Nasha bukan ahli umno. Kebanyakan pemimpin umno sekarang jarang bercakap tentang masa depan melayu. Ekonomi dikuasa bangsa lain, melayu setakat jadi kerani je lah. Bank2 perdagangan juga dikuasai org bukan melayu. Pihak pengurusan boleh dikira dgn jari dipegang org melayu. Bodoh sgtkah melayu? Tak layak kah melayu menjadi kakitangan pengurusan? Sampai bila melayu cuma jadi kerani dan budak pejabat di bank2 dan konglamorat besar lain? Sekarang bangsa lain sibuk pertikai kurangnya bangsa mereka di sektor awam, masalahnya mereka hanya nak jadi ketua jabatan je. Pastu cakap melayu pun tak tau camana nak kerja. So kerajaan tengok lah nasib melayu yg bekerja di bank2 dan syarikat2 besar lain di Malaysia ni. Tak da siapa nak bela nasib mereka yg selalu tertindas

    ReplyDelete
  2. SEBARKAN ARTIKAL INI SECARA MENYELURUH TERUTAMANYA KEPADA AHLI2 UMNO. AKU PUN DAH MELUAT DENGAN PERANGAI NAJIB DAN BEBERAPA ORANG KANANNYA

    ReplyDelete
  3. Setuju 1000%.....

    ReplyDelete
  4. Kali ni lah sei kurang bosotuju dengan KNKB, namo Datuk Ibrahim Ali dah tercicir pulak aa...

    ReplyDelete
  5. Syabas Sdr KNKB! Kita mesti zahirkan cabaran sebenar yg dihadapi Melayu/Bumiputera hari ini. Hujah berterus terang. Kita tidak sekali2 rela membiarkan slogan lompong 1Malaysia hijack asas perjuangan UMNO.

    Najib ternyata telah jauh kesasar dan silap langkah. Lain yg luka lain pula yg dibebat. Percaturan silap beliau jelas menghakis hak Melayu/Bumiputera. Jangan biarkan kudis menjadi tokak.

    Kesemua ahli UMNO yg masih punya telur dan jati diri perlu bertindak bijak lagi berani. Tindakan anda hari ini bakal menentukan polar kepimpinan masa depan demi survival bangsa.

    Cukup2 sudah menjadi Pak Turut dan Pak Angguk yg Mediocre hanya sebok bicara periuk nasi sendiri. Ingatlah PRU14 umpama menentu hidup dan mati. Jangan kelak tahun 2020 Malaysia maju Melayu diBALACI.

    ReplyDelete
  6. MP Tangga Batu...Datuk Dr. Abu Bakar Md. Diah...kuat kemelayuannya bro.

    ReplyDelete
  7. Soalnya bernaikah nama nama besar yang disebutkan bertanding ? jika benar satu undi untuk setiap mereka dari kami ? Ayhu kita kumpulkan sebanyak mana boleh ahli yang akan mengundi untuk merka yang dicadangkan.

    ReplyDelete
  8. Kali ini kita pertandingkan martabat dan maruah. Tidak lagi bastardization.Semangat parti UMNO hanya tinggal nama. Roh dan jiwa nya sudah di gadai melayu liberal walaupun mereka akui 100% melayu. Itu cuma "facevalue".

    Pengundian secara grassroot boleh mengembalikan maruah UMNO. Cara ini amat berkesan kerana ia menyamai pilihanraya. Jadi suara majoriti untuk setiap pemilihan jawatan akan lebih adil. Maka yang di lantik akan memikul tanggungjawab yang lebih berat, beramanah dan berkarisma. Jika terjadi satu perkara, hanya seruan perlu di gerakkan kepada ahli-ahli untuk berhimpun lebih ramai dan kuat. Bukan sekadar memprotes 10 atau 20 ahli sahaja.

    Semoga UMNO hidup semula. Hidup penuh pengertian.

    ReplyDelete
  9. SOKONG 100 %. Mari kita mulai hari ini TOLAK 1 MALAYSIA. Kita BINA dan KUATKAN 1 MELAYU. Hidup UMNO & Hidup PERKASA.

    ReplyDelete