Monday, July 22, 2013

KAUM CINA TIADA MASALAH SAMADA MCA/GERAKAN/SUPP GABUNG ATAU TIDAK!!

Apakah implikasi penggabungan MCA/GERAKAN/SUPP terhadap BN keseluruhannya? Apa pula respons kaum cina? Apakah kesan sinergi kepada ketiga-tiga parti tersebut?

Apa yang jelas ke tiga2 parti ini kelihatan begitu mudah mengenepikan perbezaan ideologi dan matlamat serta pantas mencari titik persamaan.

Gerakan hanya meminta parti gabungan baru yang bakal diwujudkan itu nanti berasaskan pelbagai kaum.

Gabungan baru tersebut bakal mempunyai 9 wakil di dewan rakyat, dan masih gagal menempatkan perti tersebut menjadi parti ke dua terbesar dalam BN. Selepas PRU13, PBB dengan 14 wakil parlimen mengambil tempat MCA sebagai parti komponen terbesar selepas UMNO.

Jika dalam amalan korporat, gabungan ini tidak memberi apa-apa kesan sinergi yang baik kerana ketiga-tiganya mengalami kelemahan yang sama, iaitu "diluted" sokongan kaum cina. "Market share" dari gabungan tersebut tetap kekal 3% sokongan kaum cina. Masing-masing tiada kelebihan untuk memberi sinergi kepada gabungan baru yang bakal diwujudkan.

Parti baru yang wujud selepas penggabungan nanti sangat bergantung kepada "produk" baru yang bakal ditawarkan kepada kaum cina. Apakah kaum cina akan kembali kepada mereka selepas produk baru ini dilancarkan?

Sektor kilang pengeluaran leadership baru di bawah parti gabungan baru juga amat penting untuk dilihat oleh kaum cina.

Apakah parti baru ini mampu menguasai pasaran golongan muda cina? Mampukah parti baru ini meyakinkan kaum cina "bahawa sangat penting untuk kaum cina kembali menyokong BN"? Mampukah para pemimpin gabungan parti baru ini meyakinkan kaum cina bahawa parti yang baru di "rebranding via merger" ini lebih baik dari DAP?

Apakah parti baru ini mampu memperluaskan jaringan pemasaran produknya ke seluruh market share kaum cina dalam persaingannya memecahkan monopoli DAP yang hampir memonopoli keseluruhan target pasaran yang ada?

Atau apakah gabungan ini diwujudkan bertujuan hanya untuk memperkuatkan kembali pengaruh dan kuasa tawar-menawar mereka sebagai komponen parti dengan bertindak sebagai pressure group dalam BN bagi kepentingan masyarakat cina?

Letaklah di atas perjuangan apa pun samada parti berbilang kaum atau parti liberal dsbnya, hakikatnya parti gabungan baru yang mereka ingin wujudkan Ini tetap bakal mewakili kepentingan masyarakat cina di dalam BN.

KNKB secara peribadi melihat cadangan gabungan ini mungkin di antara pilihan terbaik dalam usaha mengembalikan keyakinan kaum cina terhadao BN. 

Secara umumnya, kaum cina dari pelbagai segmen mungkin sudah mengakui kesilapan mereka yang melakukan perjudian memberikan hampir seluruh undi cina kepada pembangkang dengan keyakinan bahawa BN ini kali akan tumbang. 

Apa yang mereka jangka tidak berlaku. Mereka benar-benar kalah judi kali ini. Tetapi untuk mereka kembali memberikan sokongan kepada MCA, Gerakan mahupun SUPP mungkin lebih sukar berbanding dengan sebuah parti yang baru dijenama semula.

Melalui penggabungan ini mungkin ia suatu entry point yang baik untuk kaum cina kembali menyokong BN dan pada masa yang sama parti baru ini boleh menjadi "device" untuk menjaga air muka kaum cina dari rasa "termalu sangat" dan dilihat terhegeh-hegeh kembali memberikan sokongan kepada BN. 

Maklumlah, dah ter "X" lebih sangat dalam PRU13 hari tu.

2 comments:

  1. ini adalah langkah permulaan cinabeng untuk menguasai tanah melayu setelah gagal dengan tsunami cina . dengan alasan parti pebagai kaum mereka nantiakan mendesak umno untuk membuka pintunya untuk semua kaum

    ReplyDelete
  2. Hanya pemimpin UMNO yg MEDIOCRE sahaja akan termakan jerat bak JIGSAW PUZZLE remeh ini.

    Simple maths bro!

    Gerakan yg menyalak kononnya parti berbilang kaum itu sebenarnya dikuasai lebih 95% Cinabeng dalam jawatankuasa pusatnya. LANCHOW!

    Pengakuan terang-terangan ini jelas memaparkan imej sebenar mereka. Kalau sudah memang parti Cina mengaku sajalah...

    Kalau tak pandai kira kasi tanya itu Tokong Lim GuAn jEng. Dia kan olang cina walau kristian ma.. olang cina kan pandai matematik..

    Opps! sorry aa... gua lupalah itu Tokong kira undi CEC DAPigs pun salah!

    aiya...

    ReplyDelete