Sunday, July 7, 2013

ZAHID SEMAKIN MEYAKINKAN!!


Kegelinciran dari cara kehidupan lazim rakyat negara ini sudah semakin membimbangkan. 

Amalan sosio politik dan budaya masyarakat Malaysia yang selama ini telah terbukti berupaya membuahkan hasil berupa keharmonian dalam beragama, berintegrasi dan berkongsi kemakmuran ekonomi melalui amalan toleransi "cara Malaysia" sudah beransur tergelincir dari landasan kelaziman yang dilalui.

Gerabak toleransi yang telah dipersetujui dan dinaiki bersama oleh semua kaum untuk memacu kejayaan bersama seluruh rakyat dan negara sudah beransur disisihkan dan diganti dengan pelbagai gerabak yang direkacipta khusus menurut citarasa, kepentingan dan kehendak masing-masing.

Masing-masing kaum dan agama sedang berlumba-lumba untuk siapa dapat sampai atau siapa sampai dulu ke destinasi.

Kaum cina majoritinya sudah tidak mahu lagi menggunakan gerabak dan landasan kelaziman ini dan sedang bergerak menuju destinasi dengan menggunakan landasan dan gerabak "ubah" yang di luar kelaziman.

Mereka hanya memikirkan bagaimana kaum mereka boleh sampai ke destinasi atas alasan bumi yang dilalui dan destinasi yang ditujui, juga adalah juga menjadi hak mereka sebagai sebahagian dari warganegara. 

Tetapi masalahnya, "gerabak ubah" ini mempunyai kefahaman yang salah dan "selfish". Bagi mereka siapa dulu sampai dialah yang dapat dan dialah paling berhak dan deserve. Sesiapa yang ketinggalan di belakang itu dia punya pasal. Siapa suruh lambat.

Kaum cina mahu negara ini keluar daripada cara dan landasan lama walaupun cara dan landasan lama ini sudah terbukti telah menyebabkan mereka berjaya menjadi lebih maju dan berjaya dari kaum lain.

Jika kerajaan dan pimpinan "beralah" @ sedia berkompromi dengan cara dan perubahan yang cuba mereka bawa di atas alasan mengikut peredaran dan tuntutan masa, sehingga dikorban dan dirungkai asas-asas penting yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan, maka "sahihlah" pemimpin yang memimpin kerajaan hari ini sangat lemah dan tidak layak sama sekali diberikan amanah menjaga negara ini lagi sebagaimana yang digariskan perlembagaan.

Lihatlah suntingan akhbar di bawah. Nilaikan di antara 3 pemimpin ini. Hanya Dato Zahid sahaja nampaknya yang masih faham alif ba ta...

""Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program pembangunan belia di negara ini "perlu berubah" seiring peredaran masa dengan kemunculan generasi baru yang mempunyai pandangan berbeza daripada pelbagai aspek termasuk politik.

Justeru, beliau berkata pelbagai pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan terutamanya melibatkan golongan belia perlu memastikan pembangunan itu "bersesuaian dengan cita rasa" generasi berkenaan""

""Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan komited untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya bahawa Akta tersebut perlu kekal kerana pemansuhannya mungkin membawa kepada pertikaian terhadap aspek-aspek teras tertentu dalam Persekutuan Perlembagaan""

Ketidak-seragaman atau tiadanya uniformity dalam merealisasikan idealisma@ideologi dan agenda asas "sebagai sebuah kerajaan" dan anggota kabinet memperlihatkan kepada kita betapa kerajaan hari ini seolah-olah cuba menggerakkan gerabak keretapi di atas highway dan tidak lagi mahu menggunakan landasan berkembar.

Jalan boleh punah, gerabak boleh terbabas, penumpang boleh maut dan rakyat di sekitar tidak pasal-pasal boleh mendapat bahaya musibah kemalangan.

4 comments:

  1. ISA mansuh. Lihat apa dah jadi sekarang?
    Akta Hasutan mansuh? Rakyat jelata akan susah.
    Orang politik apa susah? Duit dah terkumpul cukup utk 7 generasi ........

    ReplyDelete
  2. Kalau nazri aziz sendiri boleh menerima namawee di parlimen dengan melanggar peraturan berpakaian parlimen di depan biji mata nazri sendiri, sudah cukup menjadi bukti sikap dan perangai jelek nazri aziz. Ini contoh pemimpin UMNO yg sangat kurang ajar kepada bangsa Melayu.

    ketika menjadi menteri di jpm dahulu, nazri menujukkan keangkuhannya dengan gemar berdebat dan menjawab soalan pembangkang dalam parlimen meleret-leret hingga mengenepikan isu dan soalan yg dibangkitkan oleh wakil rakyat BN. Apakah tidak ada individu lain dalam BN yg boleh najib lantik sebagai menteri pelancongan???

    ReplyDelete
  3. Nazri Aziz has no balls

    KJ has no balls.

    Najib also has no balls.

    ReplyDelete
  4. Pembesar seperti Nazri Aziz yg asyik menjadi jurucakap DAPigs bagi menjayakan impian kesumat Evangelista Bintang 3 adalah jenis yg teloqnya telah dipegangcengkam oleh puak-puak Cinabeng.

    Apa punya malang UMNO ini bermenterikan orang seperti ini?

    Justeru di PAU ini sila cuci pekung dan tokak bernama Nazri Aziz dan KJ itu!

    ReplyDelete