Friday, July 5, 2013

ANWAR DIMALUKAN LAGI OLEH JUSSUF KALA!!!

Jika Israk Mikraj Nabi saw, baginda menaiki kenderaan bernama "Buraq", perjalanan Israk & Mikraj ciptaan Anwar Al Liwati ke Putrajaya pula menggunakan "Bas Merdeka Rakyat".

Nabi saw diperjalankan 3/4 malam oleh Allah swt hingga bertemu Allah swt di Sidrat Al Muntaha setelah baginda begitu berduka-cita di atas kematian bapa saudara baginda Abu Talib yang selama ini telah melindungi dakwah baginda di Mekah dari gangguan kafir Quraisy. Baginda semakin berdukacita apabila percubaan baginda untuk berhijrah dan berdakwah di Taif juga telah ditolak dan ditentang oleh pemerintah dan rakyat Taif. Baginda telah dihalau dengan begitu hina.

Bagi menambah keyakinan dan keimanan Nabi saw, maka sebagai mengubati hati kekasihNya yang begitu dukacita, Allah telah memerintahkan Jibrail untuk memperjalankan Nabi saw di 3/4 malam dari Mekah dan singgah di Masjidil Aqsa sebelum dibawa bertemu dengan wajah Allah di Sidrat Al Muntaha.

Keseluruhan peristiwa Israk Mikraj dan segala peristiwa yang dipertontonkan kepada Nabi saw adalah semata-mata di atas maksud keimanan iaitu untuk mempertingkatkan pegangan kepercayaan, pengakuan dan keyakinan baginda kepada Allah yang maha kuasa. Tiada maksud selain dari itu.

Setelah begitu berdukacita akibat dari kegagalan beliau memenangi PRU13 yang lalu, Anwar Al Liwati pantas mencari jalan mengubati hatinya dan meyakinkan para pengikutnya bahawa memang dia sudah benar-benar berjaya menuju ke Putrajaya dan duduk di Sri Perdana, tetapi semua mandat yang telah diberikan oleh majoriti rakyat kepadanya telah dirampas oleh Barisan Nasional.

Beliau telah menceritakan melalui roadshow ke seluruh negara bagaimana beliau telah diperlihat dan dipertontonkan seluruh penipuan Barisan Nasional dan SPR di sepanjang malam perjalanan beliau menuju ke bangunan Sri Perdana bersebelahan dengan Masjidil Putrajaya.

Beliau bercerita di seluruh negara bagaimana dia telah dipertontonkan dengan peristiwa bagaimana pusat pengiraan undi telah "diblackoutkan" oleh SPR untuk memenangkan Barisan Nasional.

Beliau juga turut dipertontonkan bagaimana 100 penerbangan jet jumbo telah membawa 40 ribu warga Bangladesh.

Beliau juga memberitahu bagaimana beliau telah dibawa ke suatu tempat di mana 45 ribu pendatang haram Filipina di Sabah telah dikumpulkan setelah diterbangkan dari Sabah dengan menggunakan 105 jet jumbo. 

Beliau juga telah diperlihatkan bagaimana pengundi-pengundi hantu ini mengundi di pusat-pusat tertentu di seluruh negara kecuali bagi negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Penang dan Kelantan.

Beliau turut dibawa melawat ke Pusat Daerah Mengundi yang telah dimanipulasi oleh BN. Jin Ifrit yang telah ditugaskan untuk mengiringi beliau di sepanjang malam menuju ke Putrajaya, telah mempertontonkan kepada beliau bagaimana pengundi-pengundi BN yang sama telah berulang-alik masuk ke PDM untuk mengundi setelah dakwat dihilangkan dari jari hantu mereka. Beliau bercerita lagi bagaimana cecair dari neraka jahanam telah digunakan oleh BN untuk menghilangkan calitan dakwat tersebut dengan sekelip mata.

Anwar Al Liwati hanya menurut sahaja ke mana-mana tempat yang dibawa oleh Jin Ifrit untuk melihat pelbagai peristiwa penipuan yang dilakukan oleh BN dengan kerjasama SPR.

Hanya satu tempat saja yang Anwar Al Liwati agak keberatan untuk pergi, tetapi akhirnya di atas desakan Jin Ifrit beliau akhirnya akur juga. Tempat yang dia dibawa melawat itu, beliau telah dipertontonkan dengan seorang lelaki yang menggunting lidahnya sendiri tanpa henti. Lagi digunting lidah lelaki tersebut lagi panjang. Lelaki tersebut terus-terusan menggunting setiap kali lidahnya terjulur.

Anwar begitu ngeri melihat kejadian tersebut, lantas bertanya kepada Jin Ifrit, "kenapa dengan lelaki ini?"

Inilah lelaki yang mana di sepanjang hidupnya hanya tahu membohong, membuat fitnah dan melakukan pendustaan terhadap orang lain.

Anwar cepat-cepat berlalu dari situ sambil memberi ingatan kepada Jin Ifrit, "kalau u bawak lagi kat sini, i saman u"..  

3 comments:

  1. Salam

    Kalau tak kerana pak anwar kita rakyat masih lagi jadi mace lembu yang sering di perbodohkan dan akhirnya disembelih hidup. Bodoh tahap gampang lah seseorang yang menganggap anwar tidak menyumbang apa apa atau membohong semata2.

    ReplyDelete
  2. HAHAHA...

    TERBAIK, MASYALLAH!!! KEEP IT UP!

    ReplyDelete
  3. Anwar hanyalah budak Sastera yg lulus general degree.

    Satu-satunya kejayaan/sumbangan Anwar ialah MELIWAT minda awekaste dan pengikut totok PAS/PKR.

    Orang seperti awekaste sama seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan ramai lagi pencacai PAS/PKR termasuk KPP di Kementerian Pendidikan dan lain-lain jabatan kerajaan.

    Kalian sama sekali TIDAK akan percaya bahawa Anwar seorang PELIWAT waima anak gadis mahupun isteri kalian diliwat Anwar.

    Barangkali kalian hanya akan percaya bila diliwat Anwar suatu hari nanti.

    Kasihan sungguh orang-orang besar politik dan pegawai-pegawai kerajaan yg begitu taksub dengan Anwar ini. Termasuklah Najib yg pandai-pandai buat perjanjian sulit bawah Tanah dengan peliwat ini!

    ReplyDelete