Monday, August 12, 2013

APAKAH ARTIKEL INI BERNIAT JAHAT??

Keputusan PRU13 telah memberi mesej dan petanda-petanda yang sangat penting, iaitu kepimpinan UMNO sediada masih gagal memecahkan "mental block" majoriti pengundi yang beralih pendirian dan membuat keputusan untuk tidak lagi memberi mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional. 52% pengundi telah tidak mengundi BN pada PRU13 yang lalu. 

Hanya 48% sahaja kalangan pengundi yang masih meletakkan kepercayaan kepada BN/UMNO untuk terus memimpin negara. Jika sistem pilihanraya di negara ini menggunapakai sistem undi popular, nescaya UMNO/BN sudah menjadi pembangkang di zaman UMNO dipimpin oleh kepimpinan yang ada hari ini. UMNO/BN bernasib baik kerana kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah kawasan yang dimenangi.

Keputusan PRU13 menunjukkan dengan jelas manifestasi kegagalan kepimpinan DS Najib. Tak usahlah kita mencari-cari lagi alasan yang selain dari itu semata-mata untuk meyakinkan diri sendiri bahawa DS Najib masih relevan dan masih boleh diharapkan untuk menarik semula majoriti rakyat kembali menyokong BN.

Dulu kita harapkan Pak Lah, tapi akhirnya kita "terbobok". Lepas "terbobok" terok, kita buat keputusan menurunkan Pak Lah dan menaikkan DS Najib semata-mata untuk menebus kembali maruah UMNO/BN yang sudah tercalar terok di zaman Pak Lah. 

Tetapi, apa yang terjadi maruah parti dan bangsa serta agama kita semakin tercabar, malah sedang dan terus dijadikan "bahan perleceh" orang lain.

Paling menggerunkan, baik ahli mahupun pemimpin UMNO hanya buat macam biasa. Complacent. Business as usual. Tak takut, tak bimbang dan tak terfikir pun untuk buat sesuatu. Masing-masing menjadikan cinabeng kambing hitam. Gerangan cinabeng yang tak mengenang budi la yang menyebabkan BN jadi macam ni. Kita UMNO makin kuat. 

Itu sahaja la "excuse" yang mereka gunakan. Excuse untuk "menghalalkan seruan" supaya para pemimpin ini terus diberi peluang memimpin parti dan jangan ditandingi. Katanya, pasangan pemimpin ini cukup cocok, tiada cacat cela dan gandingan mantap untuk terus diberi kepercayaan.

Kepada sesiapa yang mahu menawarkan diri, dari MKT hingga ke jawatan Presiden parti, pastikan apa matlamat dan agenda serta di atas asas apa anda mahu menawarkan diri, khususnya bagi jawatan Presiden.

Jika Tengku Razaleigh mahu menawarkan diri, berikut adalah di antara isu dan matlamat yang harus difikirkan;

1. Paling penting, carilah pendekatan bagaimana ahli dan para pemimpin pertengahan dan akar umbi UMNO boleh mengenali "siapa Tengku Razaleigh yang sebenar".

Persoalan ini penting kerana hampir semua pemimpin pertengahan dan grassroot UMNO yang ada hari ini adalah barisan kepimpinan pasca 1987. Mereka berada dalam UMNO atau menjadi pemimpin UMNO di pelbagai peringkat selepas Tengku Razaleigh tiada lagi di dalam hairaki kepimpinan parti mahupun kerajaan.

Mereka hanya kenal orang yang dikenali dengan nama "Ku Li" ini menurut versi yang diperolehi melalui lawan atau pun musuh politik  Ku Li. Sudah pastilah mereka-mereka ini mengenali Ku Li melalui persepsi yang sudah diselewengkan atau pun sudah tidak lagi tepat.

Pendek kata hampir seluruh ahli dan pemimpin UMNO yang ada kini tidak mengetahui latar belakang Ku Li yang sebenar. Mereka tidak tahu track record dan peranan-peranan serta kejayaan-kejayaan yang telah dibuktikan oleh Ku Li sepanjang beliau berada di dalam mainstream parti dan kerajaan.

Malah, mungkin hanya beberapa kerat sahaja yang tahu bahawa Pegawai Khas Tengku Razaleigh sewaktu menjadi Pengerusi Petronas adalah anak muda yang bernama Mohamad Najib bin Abdul Razak. Tiada siapa mungkin tahu Ku Li diminta oleh Tun Razak untuk membimbing dan memberi pendedahan kepada anakandanya ini.

2. Ku Li juga harus menggambarkan perancangan besarnya bagaimana mahu diperbetulkan semula prinsip atau ideologi, pendekatan perjuangandan seterusnya meletakkan kembali asas-asas serta halatuju UMNO ini dilandasannya yang sebenar agar UMNO ini kembali secocok dengan roh, jiwa, aspirasi dan naluri sebenar bangsa yang dinamakan melayu dan pribumi.

Hanya dengan cara meletakkan apa yang diperjuangkan oleh UMNO itu "secocok" dengan naluri bangsa melayu saja yang akan mampu mengembalikan hampir seluruh orang melayu membulatkan sokongan mereka terhadap UMNO.

Melayu hari ini sudah keliru dengan perjuangan UMNO. Manakan tidak keliru. Kulitnya cempedak, tapi bila dibelah isinya "bangkong".

3. Ku Li juga harus menggariskan perancangannya bagaimana UMNO berupaya untuk kembali dihormati dan diakui kepimpinannya oleh semua kaum. UMNO harus meletakkan kembali kedudukkannya sebagai parti yang boleh dipercayai oleh semua parti komponen Barisan Nasional.

Selain dari itu, Ku Li juga harus mencari jalan membuktikan kepada rakyat dan ahli UMNO "beberapa testimony penting" yang telah berjaya diperjuangkan sepanjang beliau berada di dalam mainstream politik dan kerajaan sejak dari penglibatannya merangka pelbagai dasar dan melaksanakan pelbagai perancangan besar untuk negara sejak dari Zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak hinggalah ke era Tun Hussein. Bukan bermaksud untuk angkat bakul sendiri, tetapi hanya disebabkan track record beliau sudah terlalu lama terbenam dalam lumpur.

Rakyat tidak tahu. Ahli UMNO tidak tahu. Pemimpin UMNO tidak tahu, dan sebahagiannya buat-buat tidak tahu, malah ada yang membuat gerakan "blackout" segala legasi peninggalan Ku Li hingga Ku Li digambarkan tidak lagi relevan dan berpemikiran outdated, cita-cita untuk menjadi PM yang tak pernah padam, egois dan pelbagai lagi label negatif yang cuba digambarkan.

5 comments:

  1. Harap sangat Ku Li akan mencabar najib sbg Presiden UMNO.Jika kita buat perbandingan secara jujur antara najib dgn ku li dari segala segi,maka ku li jauh lebih baik dan layak. pas dan pkr pun sukar menyerang ku li. malangnya mahathir tidak mahu membawa ku li kembali ke dalam kerajaan wp rais yatim berpeluang.

    kejujuran dan keikhlasan perjuangan najib kini diuji. Apakah najib akan walk the talk atau sekali lagi terbukti yg najib cuma tahu bercakap sahaja. UMNO lebih penting dari najib. Pada saya najib patut berundur segera supaya UMNO dapat mencari kepimpinan baru dari peringkat MKT hingga ke Presiden.Najib dah diberikan peluang dan dia gagal. berkorbanlah najib demi UMNO dan bangsa melayu. Najib, jadilah lelaki seperti pak lah yg najib pun ada peranan dlm meminta pak lah turun.

    ReplyDelete
  2. Welcome back Ku Li. Asalkan bukan Najib. Its proven that dia bukan pembela Melayu.

    ReplyDelete
  3. Ku Li is another bangsawan same as Ah Jib Gor.

    Say No More to bangsawan !!!

    ReplyDelete