Wednesday, August 14, 2013

PAK LAH-KJ-ANWAR SEDANG MERANCANG SESUATU??

"Awakening, The Abdullah Ahmad Badawi Years in Malaysia”.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal. 

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri. 

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut. 

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan. 


Komen Kepal Nasi;
1. Wawancara ibi dikatakan dibuat pada 2011. Kenapa sekarang baru diterbitkan.

2. Khairy Jamaludin kata buku tersebut sepatutnya diterbitkan sebeluj PRU13, tapi memandangkan faktor PRU, maka ia telah ditangguhkan hingga selepas PRU.

3. Tak semena-mena budak Lokman Nor Adam tu pun tampil mempertahankan Pak Lah dengan mendahului Pak Lah membuat kenyataan. Kenyataan yang dibuat pun sama seperti kenyataan Pak Lah.

4. Prinsip keterbukaan yang dipegang oleh Pak Lah inilah yang telah menyebabkan kerajaan BN mula terlondeh sejak zaman pentadbirannya. Kain dan seluar BN yang terlondeh ini bukan saja gagal ditutup oleh penggantinya DS Najib, malah ditutup bawah atas terlondeh, dijahit tepi ditengah pula koyak-rabak hingga kain BN hampir reput pada PRU13 yang lalu.

5. Demi mengamalkan perdebatan yang seimbang inilah yang telah menyebabkan pentadbiran Pak Lah yang tak tahu berdebat bagaimana untuk mempertahankan segala prinsip dan dasar serta idealisma UMNO telah menjadikan kedudukan persepsi umum menjadi begitu menjurang, di mana tindakan ini secara umumnya telah memberi persepsi yang baik kepada pembangkang dan mengundang persepsi yang cukup buruk terhadap pentadbiran BN dan UMNO. 

Tak tahu boxing tapi membuka gelanggang boxing dan mencabar pula orang berboxing. Akhirnya BN hampir kalah boxing pada PRU12 hingga perlawanan terpaksa dihentikan dan Pak Lah diusung keluar gelanggang. Muncul pula DS Najib untuk menyahut cabaran keterbukaan yang kononnya seimbang. Akhirnya DS Najib pun hampir terpelanting keluar gelanggang "dijab dan ditumbuk ceduk" oleh pakar boxing secara terbuka.

6. Pak Lah kata dia tidak menaja atau meminta buku tersebut supaya diterbitkan. "Saya tidak menulis buku tersebut. Saya hanya diwawancara. Saya bukan penerbit mahupun pengarang. Jika mereka melancarkan buku tersebut, itu adalah keputusan penerbit."

Keterbukaan Pak Lah mungkin mengatasi keterbukaan yang diamalkan oleh para pengasas demokrasi itu sendiri, hingga membiarkan diri dan kerajaan BN semasa di bawah pentadbirannya diratah, dimamah, difitnah, diperlekehkan dan hampir ditumpaskan hanya kerana mahu berpegang kepada demokrasi dan prinsip keterbukaan yang menjadi anutan dan kepercayaannya. Beliau lupa dia adalah Perdana Menteri Malaysia, Presiden parti nasionalis UMNO dan memimpin sebuah negara yang unik dan kompleks dengan pelbagai etnik, kepercayaan dan budaya.

Akhirnya, UMNO dan BN sakit tenat dan begitu sukar untuk dipulihkan.

Ditambah pula dengan pengganti yang 2x5 lembik dan 2x5 terbuka serta 2x5 ellegance silent dalam banyak "hal-hal penting dan terasas", maka hari ini, inilah hasilnya apa yang sedang dihadapi oleh negara.

Mungkin para pemimpin utama negara selepas Dr Mahathir ini hanya mengharapkan untuk "mati dalam iman" sambil "memegang bendela Maliysia". 

4 comments:

  1. YANG CERDIK TETAP CERDIK..........THE AWAKENING "BRAINPOWER"..........yang kaki tidur.......tidurlah.

    ReplyDelete
  2. Najib sendiri sedang merintis jalan sebagai musuh kepada umno, yang akan menghancurkan umno dari dalam - apa yang nak dihairankan dengan musuh tradisi atau mantan-mantan yang kecewa.

    ReplyDelete
  3. PEROALANNYA APAKAH PENERBITAN BUKU "MIMPI2 INDAH PAK LAH BODOHWI" ADALAH DIRANCANG OLEH KJ?
    APAKAH MODUS OPERANDIS YANG DIGUNAKAN OLEH KJ?

    PADA AKU PERLANTIKAN REGINE LE PUTERI DAP OLE KJ SEBAGAI SETIA USAHA AKHBAR ADALAH SUATU PERANCANGAN YANG PENUH MUSLIHAT. MELALUI REGINE LEE INILAH KJ AKAN ARAHKAN KEPADA PENULIS BUKU POLITIK YANG BERADA DILUAR UMNO ATAU TIDAK BERPIHAK KEPADA UMNO UNTUK MENULIS BUKU "MIMPI2 INDAH PAK LAH BODOHWI".

    PUTERI DAP INILAH YANG AKAN MEMAINKAN PERANAN YANG AKTIF MENGENALPASTI PENULIS YANG SESUAI DAN MENGHUBUNGI PENULIS BERKENAAN. SELEPAS ITU USAHA MENDAPATKAN BAHAN UNTUK DITULIS AKAN DILAKUKAN OLEH PENULIS DAN DIBANTU OLEH PUTERI DARI DAP INI. URUSAN MENEMUBUAL ANTARA PENGARANG DAN PAK LAH BODOHWI DIPERMUDAHKAN OLEH KJ. KELICIKAN PENULISAN KITA BOLEH LIHAT IANYA HANYALAH MERUPAKAN PETIKAN BAHAN2 TERDAHULU DI ZAMAN PAK LAH BODOHWI MENJADI PM DAN DIOLAH DAN DIULAS SESUAI DENGAN KEHENDAK KJ - IAITU MEMBANTAI TEAM TUN M.

    KJ TERSELAMAT DARI DILIHAT SEBAGAI ORANG YANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DI DALAM PENERBITAN BUKU "MIMP[I2 INDAH PAK LAH BODOHWI".

    SEBELUM INI KJ MEMANG MEMPUNYAI HUBUNGAN CINTA DUSTA DENGAN IJAH ANAK PAK BRAHIM. ADAKAH IJAH KINI DIGUNAKAN OLEH KJ UNTUK MELANCARKAN BUKU TERSEBUT. KENAPA IJAH YANG BERIA-IA MELANCARKAN BUKU TERSEBUT? SEDANGKAN UMUN MENGETAHUI KISAH CINTA DUSTA ANTARA KJ DAN IJAH DAN KJ DAN NOR, ANAK PAK LAH. UMUN JUGA MENGETAHU JASA KJ MELEPASKAN PAK BERAHIM DARI KURUNGAN DAN MENGHANTAR PASS PORT MILIK PAK BERAHIM UNTUK URUSAN KE LUAR NEGARA. MUNGKIN DIA TAK MENGHANTAR SENDIRI ... AMATLAH BODOH UNTUK MENDEDAHKAN DIRI DENGAN MENGHANTAR SENDIRI PASSPORT KEPADA PAK BERAHIM. ORANG KEDUA BOLEH DIGUNAKAN.

    BERDASARKAN SITUASI SEUMPAMA ITU ... AKU AMAT YAKIN DISEBALIK PENERBITAN BUKU "MIMPI2 INDAH PAK LAH BODOHWI" INI KJ ADALAH ORANG DIBELAKANGNYA.

    APA MAHU HERAN ... DIA PERNAH MENCADANGKAN KEPADA PAK LAH BODOHWI ORANG2NYA MENJADI CALUN SEMASA PAK LAH BODOHWI MENJADI PM DAN INI MENYEBABKAN BERLAKU PERGOLAKAN DALAM UMNO DAN TIKAM MENIKAM SEMASA PRU TERSEBUT YANG MANA SEBELUM CAMPUR TANGAN KJ DALAM MENGATUR CALUN PRU PAK LAH BODOHWI TELAH MEMPEROLEHI KEMENANGAN YANG LUARBIASA.

    ReplyDelete
  4. Sepandai-pandai tupai melompat
    akhirnya JATUH jua ke tanah.

    Dollah, KJ, Peh Lee Wat Anwar apalah sangat... budak pengajian Islam, Sastera ...

    Ingatkan pakar nanotech ke..

    ReplyDelete