Thursday, August 15, 2013

PROF KHOO KAY KIM SOKONG HAPUS VERNAKULAR TAPI KERAJAAN TAKUT!!

BUKIT MERTAJAM: Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.

"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.

"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.

Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.

Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.

"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya.


Komen Kepal Nasi;
Prof Emiretus Tan Sri Khoo Kay Kim berani berkata benar kerana beliau seorang non-partisan. Tiada agenda politik dan tidak terikat dengan kepentingan politik mana-mana pihak. Agenda beliau adalah agenda bagaimana negara bangsa seharusnya dibangunkan.

Sekolah vernakular dan sistem pendidikan pelbagai aliran yang diamalkan di negara ini adalah "umpama tanah jerlus" yang akan menggagalkan pembinaan atau pembangunan sistem pendidikan tunggal yang mampu mewujudkan perpaduan sebenar di antara rakyat berbilang kaum, seterusnya berupaya menghapuskan amalan rasis secara jangka panjang.

Aliran vernakular juga adalah umpama racun tikus yang dicampur di dalam makanan. Walau bagaimana lazat pun makanan yang dihidangkan, ia akan tetap membawa mudarat jika di dalam hidangan tersebut turut dicurahkan racun tikus.

Jika dianalogikan kepada suatu tubuh badan, aliran vernakular ini bakal mendatangkan pelbagai penyakit kronik yang boleh membawa maut dan pendek umur.

Selagi wujud aliran pendidikan vernakular selagi itulah rakyat Malaysia dari kalangan kaum cina dan India yang mengikuti aliran ini akan mempunyai jati diri dan persepsi yang berbeza dengan kaum melayu dan pribumi yang dididik melalui sistem pendidikan aliran kebangsaan. Mana mungkin tuangan yang berbeza boleh menghasilkan rupa bentuk yang sama.

Jika sudah tahu dan jelas punca yang menyebabkan penyakit perkauman yang tiada kesudahan dan kegagalan integrasi kaum adalah berpunca dari sistem pendidikan pelbagai aliran, kenapa kerajaan masih cuba menafikan dan tercari-cari punca lain serta tidak mahu mengakui hakikat ini?

Kerajaan masih juga memberi jaminan pendidikan aliran vernakular akan terus dibantu dan dimajukan sepertimana pendidikan perdana.

Kerajaan jangan buat kerja sia-sia. Punca penyakit adalah pada otak yang berpenyakit kiasu dan rasis. Bodohlah kerajaan cuba nafikan punca penyakit ini dan bersusah payah membuat rawatan palsu pada perut dan keronkong.

7 comments:

  1. MEMANG BETUL.SEKOLAH VERNACULAR PENYEBAB POLAISASI KAUM.
    CINA MAKIN JADI CINA, BUKAN JADI MALAYSIAN.
    TUTUP SAHAJA, DAN GUNA SATU SALURAN DEMI PERPADUAN JANGKA PANJANG.

    ReplyDelete
  2. Good One! Tapi Jangan Pulak Nanti Prof Pusing Kenyataan Bila Ada Pihak Yang Tegar Vernakular Melenting Dan Melambung Amarah Mereka!

    ReplyDelete
  3. Kalau ada pemimpin UMNO di peringkat tertinggi tidak berani buat perubahan dalam parkara ini, amat lah lebih baik letak jawatan dan beri kepada mereka yang mempunyai keberanian untuk membuat perubahan. Tidak kira lah, DS Najib ker, TS Muhyidin ker, orang melayu dah bosan dengan kebiadapan kaum cina yang tak mengenang budi dan masih menekan jurus perjuangkan sekolah cina mereka yang dah tak relevan. Sudah "long overdue" Negara mempunyai HANYA SATU system pendidikan...ia itu sekolah kebangsaan. Walaubagaimanapun tahap pendidikan nasional perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan setanding dengan tahap Negara maju.

    ReplyDelete
  4. Hipokrit dan bodoh apabila kita melalak ke seluruh dunia tentang punca konflik timur tengah adalah berpunca dari ketidakadilan yang berlaku di palestin. Kita beria ia minta dunia selesaikan masalah di palestin kerana itulah puncanya. Di malaysia kita tahu punca perkauman yang tidak berkesudahan adalah berpunca dari sekolah2 vernakular dan desakan dari dhong zhong tapi kerajaan pekakkan telinga dan butakan mata.

    Tidak akan wujud satu bangsa malaysia selagi kerajaan tidak menghapuskan sekolah2 vernakular. Lagi lama dibiarkan lagi parah ia menjadi.

    ReplyDelete
  5. 1 MALAYSIA, 1 SEKOLAH.. amacam.. kasi settle.. ada berani laksanakan..

    ReplyDelete
  6. 1 MALAYSIA, 1 SEKOLAH.. amacam.. kasi settle.. ada berani laksanakan..

    ReplyDelete
  7. WAKTU YANG SESUAI UNTUK HAPUS VERNAKULAR

    ReplyDelete