Sunday, August 4, 2013

TERHARU MELIHAT COMRADESHIP PARA PEMIMPIN UMNO!!

Hari ini Shahrizat Jalil pula menyeru jangan dipertandingkan 2 jawatan tertinggi parti demi perpaduan, dan pelbagai demi dan demi lagi.

3 Naib Presiden juga sudah sarankan Presiden dan Timbalan Presiden jangan dilawan. Ketua Pemuda juga sarankan Presiden dan Timbalan jangan ada pertandingan. 

Naib Ketua Pemuda dan barisan Exco pula sarankan jawatan Ketua Pemuda jangan dilawan dan beri peluang kepada Khairy meneruskan kepimpinannya. Tiada cacat celanya kepimpinan Khairy.

Exco wanita pula sarankan jangan lawan Shahrizat sebagai Ketua wanita. Tiada siapa yang lebih baik dari Shahrizat.

Pendek kata semua pemegang-pemegang jawatan ini saling bantu-membantu dan sokong menyokong di antara satu sama lain untuk menyelamatkan jawatan "kawan-kawan masing-masing" atau pimpinan atasan masing-masing.

Perpaduan para-para pemimpin ini begitu mantap sekali dalam "bab" menyelamatkan jawatan masing-masing dari dipertandingkan.

Cuma pemegang jawatan Naib Presiden saja setakat ini tiada orang bawahan untuk bercakap bagi pihak mereka agar jangan dipertandingkan. Kalau ada pun Ku Nan sendiri pernah cuba membayangkan jawatan VP jangan ditandingi. 

Kalau MKT boleh membuat saranan agar kekalkan 3 Naib Presiden yang ada, maka bolehlah disimpulkan bahawa semua incumbent 5 jawatan tertinggi berserta dengan ketua sayap-sayap parti tidak perlu ditandingi. 

Beri saja mereka pegang terus jawatan masing-masing kerana mereka semua tiada cacat celanya sepanjang memegang jawatan tersebut dan tiada siapa yang lebih layak dari mereka-mereka yang telah sedia memegang jawatan ini.

"Comradeship" di kalangan para incumbent dalam "bab" mempertahankan kedudukan dan kepentingan maaing-masing cukup mantap! Mereka bersatu dan berpadu dan salibg sokong menyokong. Perpaduan mereka sangat-sangat mantap.

Tetapi pada hakikatnya, "pasukan yang punya comradeship yang begitu mantap" inilah yang secara keseluruhannya telah membawa prestasi BN keseluruhannya semakin merudum selepas PRU13 lalu. PRU12 dulu pasukan Pak Lah dapat juga 140 kerusi, tapi PRU13 ini, pasukan Najib hanya mendapat 133 kerusi! 

Inilah pasukan pimpinan zaman di mana BN/UMNO paling merudum. Macam mana tu?

Padanlah masing-masing pakat-pakat saling tolong-menolong pertahankan jawatan "teammates" masing-masing dari dilanggar. 

Dalam bab menyelamatkan diri masing-masing, mereka sungguh bijak bistari dan ada comradeship.

Tap sayang, "bijak bistari dan comradeship" para pemimpin incumbent ini hilang dan lenyap entah ke mana dalam bab mempertahankan kepentingan agama Islam, kepentingan melayu dan kepentingan tanah air.

Masing-masing telor termasuk ke dalam bila ada orang luar yang hina agama dan hina bangsa melayu. Semuanya "sonot dan kecut" menurut saiz, suhu badan serta jenis bahan pemakanan yang masing-masing makan.

Puaslah melayu dan NGO melayu di bawah ini mengingatkan, memberi semangat, "mengambung-ngambung" dan memanaskan hati mereka agar telor mereka terkeluar dan kembang bila melihat agama dan bangsa dihina oleh bangsa dan penganut agama lain 

Tapi tetap sonot dan kecut macam tu jugak...

13 comments:

  1. Jawatan Presiden UMNO - jika ada pertandingan , kita pakat ramai ramai undi diberi kepada bukan Niajib kerana dia tidak berpendirian tetap dalam soal menjaga hak orang melayu dan jika kita selami makna UMNO itu sendiri bermaksud tersira pemimpin Melayu wajib menolong bangsa Melayu walau apa cara sekali pun halangan nya.

    Jika ada pertandingan jawatan Timbalan , jika tidak ada calun yang lebih baik dari Muyiddin maka undilah dia

    Untuk naib Presiden , telah jelas terlihat gandingan ZAhid , Ali Rastam dan wakil Sabah (tidak kira siapa pun ) harus pertimbangkan dan jangan sesekali memberi undi kepad Hishamuddin yang dilihat terlalu lembik dan lembut untuk membela Melayu.

    Bagi MKT , pilih lah yang dilihat memihak kepada Melayu

    ReplyDelete
  2. Cuma sekadar mulut manis dan madah pujangga. Mereka akan saling backstab nnt. Sekarang tgh melobi akar umbi utk dapatkan undi.

    ReplyDelete
  3. Tidak rasa malu dan tidak ada maruah ke, pemimpin pemimpin tertinggi ini bila mencadangkan jawatan jawatan tertinggi tertentu tidak dipertandingkan? Nampak sangat penakutnya untuk menghadapi pemilihan daripada ahli!

    Maluuuulah! Kalau prestasi pada tahap TERBAIK bolehlah cadangkan! Ini semua lingkup!. Keadaan hubungan antara kaum amat meruncing, keamaan Negara mula tergugat akibat aksi ala cowboy dan prestasi pemimpin tertentu dipertikaikan!

    Adakah ini barisan kepimpinan terbaik yang hendak di ketengahkan. Shahrizat dan rakan rakan, mulalah cari cangkul dan tapak yang sesuai untuk menggali kubur UMNO sekiranya barisan kecintaan dan anda sendiri menang dalam PAU!

    Ahli ahli UMNO yang layak mengundi, pilihlah dan undilah dengan bijaksana kalau anda sayang dan cintakan UMNO untuk parti keramat ini terus hidup!

    ReplyDelete
  4. org xkn berhenti bercakap selagi xde sesapa yg tawar diri nk jadi calon.

    ReplyDelete
  5. Amaran!!!klu kekal Presiden,Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda yg ada sekrang UMNO blh lah mengucapkan selamat jalan pd PRU14.mana pergi 'winible candidates' yg d janji Najib.klu mereka sayang kan UMNO penjawat2 jawatan d atas dgn cara hormat undur diri krn mereka terbukti jd 'liablity'kpd UMNO klu tak puashati join Anuwar Ibrahim.maaf ckp klu kempen PRU13 lalu dah jd mainan modal.Najib kena'queen control',NP takde telor,Ketua Wanita 'lembu',Pemuda 'songsang politik wang'...

    ReplyDelete
  6. Sesuatu yang wajar umno perjuangkan ialah semua yang memegang jawatan dalam Majlis tertinggi UMNO, dari Prresiden sampailah ke budak pejabat terus dikekalkan seumur hidup. Jawatan mereka akan tertanggal hanya apabila nyawa mereka melayang. Sebagai penghormatan atas jasa2 mereka, jawatan itu boleh pula mereka warisi kepada anak beranak menantu cucu cicit.

    Secara berpura pura mulia dan demokrasi - ramai ahli umno tak setuju cara tersebut tetapi hakikatnnya itulah yang mereka amalkan seakrang.

    ReplyDelete
  7. NOK NOK
    Ini lah barisan terakhir pemimpim UMNO yang akan menjadi pembangkang selepas PRU ke 14 nanti...memang la UMNO menempah jln ke lauttttt!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. aq support kluangman supaya semua penjawat MT Umno dr Presiden sampai Ketua Bahagian yg ada skrg dikekalkan seumur hidup supaya perjuangan peribadi masing2 tercapai sepenuhnya.pedulikan Melayu khusus d luar bandar yg menyokong kuat UMNO bg BRIM cukup lah.Hidup PEMIMPIN2 UMNO...

    ReplyDelete
  9. Salam aidilfitri Sdr KNKB.

    Inilah TRANSFORMASI LONGKANG yg sebok dipekikkan Najib selama ini.

    ReplyDelete
  10. Inilah TRANSFORMASI LONGKANG yg sebok dilolongkan Najib.

    ReplyDelete
  11. kena ada pertandingan utk memilih yg terbaik...
    yg kalah kena akur pada yg menang...
    selalu cakap pembangkang agar terima kekalahan dgn hati terbuka...
    tapi tang diri sendiri...nak terima kemungkinan kalah pun xboleh...
    UMNO perlu pemimpin yg berani dan tidak diqueen kontrol..
    Islam dan bangsa Melayu la ni perlu pemimpin yg benar2 hebat..
    kalau nak kekal budaya xbertanding ni....menuju jahanam ler kita semua

    ReplyDelete
  12. Penyamun akan tolong pencuri dan sebaliknya..

    ReplyDelete
  13. Najib
    Nazri Aziz
    KJ
    Saifuddin Abdullah

    dan semua PENJILAT CAUCIBAI CINABENG mesti diTALKINkan pada PAU kali ini.

    ReplyDelete