"Nazri mengingatkan Namewee supaya menghormati sensitiviti sebuah negara yang berbilang kaum dan mengelarkan Namewee seorang budak bodoh yang tidak tahu tentang sejarah serta tidak akan pertahankannya lagi selepas ini.."
Inilah antara pemimpin UMNO yang wajib "ditiadakan" dalam hairaki kepimpinan UMNO dalam pemilihan parti oleh perwakilan cawangan ke bahagian kali ini.
Tapi, masalahnya kalau si Nazri ni kalah pun nanti, Presiden UMNO pulak bawak juga dia duduk MKT dilantik. Inilah masalah masalah besar DS Najib. Lemah tak bertempat, berani tak bertempat, takut pun tak bertempat.
Lihatlah perlantikan barisan kabinet.
Perlantikan yang dibuat bukan berdasarkan kebolehan yang ada pada individu yang dilantik, dan bukan juga disebabkan individu tersebut sangat diperlukan bagi membantu menaikkan imej atau prestasi kerajaan yang memerintah dalam menghadapi cabaran dalaman atau kekangan luaran, samada dari sudut politik, ekonomi, hubungan dua hala, hubungan antara kaum mahupun keharmonian antara penganut agama.
Tiada ahli kabinet yang dibawa khusus untuk tujuan tertentu atau yang mempunyai kepakaran tertentu, untuk menyelesaikan krisis tertentu ataupun ancaman tertentu yang sedang dihadapi oleh negara.
Dulu Tun Dr Ismail diminta secara khusus untuk kembali berkhidmat untuk negara bagi menyelesaikan krisis tertentu. Tun Ghafar Baba juga dibawa masuk ke kabinet selaku TPM atas tujuan tertentu. Tun Daim juga dibawa kembali untuk tujuan khusus.
Pendek kata, apabila berlaku sesuatu krisis yang kronik pasti akan dijemput personaliti tertentu untuk duduk di kabinet di atas maksud khusus berdasarkan merit dan keupayaan tertentu yang ada pada pemimpin tersebut.
Tapi, di zaman DS Najib ini seolah-olah tiada apa-apa masalah atau krisis yang terjadi. Seolah-olah hubungan antara kaum dan agama berada di kedudukan terbaik. Kekuatan dan kestabilan politik dalaman BN berada di kedudukan paling kuat dan UMNO atau parti-parti komponen BN semua dalam keadaan sifar masalah atau sifar baggage.
Seolah-olah UMNO, BN dan kepimpiinannya sedang menikmati sokongan rakyat yang sangat kuat. Semua baik belaka-laka sehingga tidak perlu kepada apa-apa pembaharuan atau kepakaran mahupun keupayaan tertentu kalangan ahli kabinet. Kabinet boleh "main tangkap muat" dan pilih siapa saja asal syaratnya, rapat dengan Perdana Menteri dan tidak menimbulkan apa-apa masalah terhadap kedudukan Perdana Menteri.
Jika ahli kabinet ini menimbulkan masalah atau merosakkan imej kerajaan tidak mengapa. Asal jangan ada masalah dengan PM sudah. Kebodohan dalam bertindak atau bertindak tidak pakai otak atau pun berotak kosong bukanlah halangan kepada seseorang itu untuk duduk di kabinet Najib. Malah mungkin kriteria ini juga yang menyebabkan mereka ini dibawa masuk ke kabinet kerana personaliti begini selalunya tidak akan menimbulkan masalah kepada PM. Samiqna wa'ataqna.
Kabinet sulong Najib kali ini adalah kabinet yang dibentuk bagi tujuan untuk mengimbangi kekuatan dan survival politik individu Perdana Menteri itu sendiri. Ini keutamaannya dan lain-lain faktor adalah secondary.
Hanya seorang saja menteri yang dimasukkan ke dalam barisan kabinet bagi "maksud khusus dan tertentu". Di dalam apa keadaan pun beliau mesti dikekalkan dan diberi tanggungjawab khusus kerana beliau dikatakanbmempunyai kepakaran hampir dalam semua bidang, baik bidang ekonomi, politik mahu pun jenayah berat.
Tanpa beliau, mungkin sudah lama kerajaan Barisan Nasional lenyap dari persada kuasa dan negara ini mungkin sudah lama bangkrap.
Orangnya IALAH IDRIS JALA, seorang anak kampong dari suku kaum kelabit yang sudah melalui keperitan dan pengalaman kehidupan di bahagian pendalaman Sarawak. Beliau telah berjaya memulihkan "Financial Statement" MAS dengan cemerlang melalui perakaunan kreatif.
Hasil dari kebijaksanaan beliau menyediakan penyata kewangan MAS dari penyata kewangan tahunan yang menunjukkan kerugian, menjadi penyata kewangan tahunan yang dilihat sudah hilang kerugian, beliau telah dijemput oleh Pak Lah menganggotai kabinetnya.
Apabila DS Najib mengambil-alih pentadbiran dari Pak Lah, DS Najib telah melihat potensi besar yang "tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun" yang ada pada anak Jala ini. DS Najib telah memberi tanggungjawab yang begitu besar kepada anak yang "berpengalaman luas dalam kehidupan susah di pendalaman ini" untuk memperbaiki segala kelemahan pentadbiran kerajaan.
Beliau telah berjaya memperkenalkan Dasar Akronim Negara yang mampu menyelesaikan dan mentransformasi setiap proses atau SOP BUNTUT pentadbiran kerajaan hanya dengan memperkenalkan pelbagai Akronim yang begitu kreatif hingga semua orang pening dan darah tinggi.
GTP, NKRA, NKEA, BRIM, BROOM BROOM, BLIM, BLOOM BLOOM, KRIM, KEREMOT, 1PRIMA, 2MUFLIS dan lain-lain akronim lagi yang menyayat hati.
Akhirnya hampir 1Malaysia rakyat tak faham. Hasilnya 1BN hampir-hampir tumbang dibuatnya.
Walau bagaimana pun tiada siapa yang berhak menyalahkan ahli-ahli kabinet DS Najib. Mereka semua dilantik atas prerogatif PM.
Kalau nak salahkan, salahkanlah orang yang melantik...
kahkah..idris jala berjaya menelamatkan MAS.aku pon blh setakat jual aset MAS ada lelong semua byk wang masuk akaun dr rugi jd untung.psl ape tak check dr segi operasi?untung ke tidak?.jgn salah mana2 menteri yg patut d salahkan org yg melantik menteri krn melantik org2 yg hanya pandai bercakap (untuk kempen PAU) tp tak cekap berkerja,berfikir.inilah jdnya...
ReplyDeleteDSN ada idris jala yg 'Jack Of All Trades' which mean ialah Jack of All Trades is Master of No trades.
ReplyDeleteAh Jib Gor tak sedar ramai melayu kecewa terhadapnya.
ReplyDeletepenyakit bimbang kalau dilantik orang pandai2 maka dia nanti bakal dilihat bodoh. maka lebih baik jangan ada yg lebih cerdik dari dia supaya kedudukan selamat biar pun bergelumang tahi.
ReplyDeletepenyakit bimbang kalau dilantik orang pandai2 maka dia nanti bakal dilihat bodoh. maka lebih baik jangan ada yg lebih cerdik dari dia supaya kedudukan selamat biar pun bergelumang tahi.
ReplyDeleteTadi muka ah jib gor kelur tv..taukey kedai tempat kami makan cepat2 tukar channel sukan, ingatkan kita org aja benci, rupanya ramai..
ReplyDelete