Saturday, August 3, 2013

TS MUHYIDDIN BUAT KENYATAAN SIA-SIA!!

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa anggota Umno memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pemilihan kali ini merupakan satu sistem atau saluran untuk menentukan siapa sebenarnya yang ikhlas mahu bekerja dan memperjuangkan parti.

“Mereka itulah yang kita perlu beri kesempatan dan ruang untuk memimpin dan memajukan parti,” katanya.


Maklumbalas para pemimpin UMNO dari kenyataan ini - "sejuk dan tiada siapa yang berminat untuk menyambutnya".

Itulah keadaannya dengan UMNO akhir zaman.

Tapi bila ada kenyataan yang menyarankan "jangan pertandingkan jawatan tertinggi parti demi perpaduan dan pengukuhan parti", Keesokan harinya tidak cukup ruanglah dada akhbar untuk mengeluarkan kenyataan demi kenyataan dari para pemimpin picisan UMNO untuk "menyokong sepenuhnya" saranan jangan bertanding,

Itulah keadaannya dengan mentaliti pimpinan UMNO akhir zaman di segenap peringkat.

Bila ada suara atau tawaran dari pimpinan luar dari MKT yang cuba menyarankan atau cuba untuk menawarkan diri, maka sekali lagi dada akhbar tidak cukup ruang untuk mengeluarkan kenyataan menyindir atau menentang hasrat atau cadangan tersebut.

Itulah keadaannya dengan budaya "ikan lompat-lompat" yang telah tertanam dalam benak para pemimpin UMNO. Sekali tepuk, sederap ikan  lompat-lompat ini akan melompat mengikut alunan pimpinan establishment UMNO.

Para pemimpin ikan lompat-lompat ini memang sedar bahawa UMNO itu mesti diperkuatkan, mesti diperbaiki ataupun diperkasakan, tetapi mereka mahu UMNO itu kembali kuat, pulih atau perkasa di dalam tangan mereka. Bukan di tangan orang lain yang dikira lebih layak dan berkemampuan. 

Mereka mahu UMNO itu dipulihkan menurut cara rawatan dan preskripsi mereka dan bukan mengikut rawatan dan preskripsi orang lain, walaupun rawatan dan preskripsi yang mereka berikan sudah terbukti gagal mengembalikan sokongan dan kekuatan UMBO/BN sepertimana jangkaan yang sepatutnya.

Inilah yang menyebabkan UMNO tidak pulih-pulih. Pulih pun sekejap-sekejap. Lepas tu penyakit datang balik.

Mana ada dalam dunia ini pesakit sendiri yang menentukan preskripsi dan cara mana rawatan pemulihan harus dilakukan terhadap mereka.

Hanya UMNO saja yang minta dirawat dan disembuhkan penyakit, tapi rawatan itu haruslah menurut citarasa dan spesifikasi rawatan selaras dengan syarat dan kehendak mereka yang berkuasa.

Jika tak percaya cuba la try test, sarankan Tengku Razaleigh Hamzah atau beliau sendiri umumkan untuk menawarkan diri dan khidmat untuk memulihkan parti dengan menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO.

Boleh potong jari, pada keesokan harinya ajan berjujai-jujailah para parasit, pengampu dan pemimpin picisan UMNO berebut-rebut mengeluarkan kenyataan di dada-dada akhbar memperlekehkan Tengku Razaleigh.

Ku Li sudah lanjut usia. Patut hanya menjadi penasihat parti dan beri ruang para pemimpin muda. Lihatlah Ku Li. Tak padam-padam cita-cita untuk jadi Perdana Menteri. Dan bla-bla-bla.... 

Masing-masing akan berlawan sama sendiri menunjuk siapa paling keras buat kenyataan dan siapa paling kuat balun Ku Li dan siapa paling kuat "menjobot" pemimpin yang ada.

Itulah resam para pemimpin UMNO yang mahu melihat UMNO kembali kuat tapi mesti kuat di bawah tangan mereka.

3 comments:

  1. umno baru dah tk relevan

    ReplyDelete
  2. Artikel terbaik dan bernas mengenai kepimpinan UMNO.

    Sekiranya cara ini berterusan alamat pemimpin pilahan ala UMNO akan menjadi Ketua Pembangkang selepas PRU 14

    Atau mungkin perlu pemilihan Ketua Pembangkang yang lain supaya lebih berkesan?

    ReplyDelete
  3. Put together all the existing UMNO leaders now ..not even half of the calibre that Ku Li has. Tengok golongan pelapis pun cukup dah. KJ, Azeez Penyamun, Reezal Bangsat dan golongan2 yang sekutu dengannya ...tak mungkin UMNO akan survive ...

    ReplyDelete