Hampir 2 minggu saya tidak menulis. Setelah bergelut dengan kesakitan yang amat, Ibunda tersayang akhirnya kembali menemui Rabbuljalil pada 26 Rejab yang baru lalu. Pengkebumian jenazah dan bacaan talkin berakhir pada kira-kira jam 6.30 petang, seolah-olah menyambut kedatangan malam 27 Rejab yang telah menemukan Rasullullah S.AW dengan yang Maha Pencipta di Sidratulmuntaha.
Ibunda tersayang menamatkan perjalanan yang sementara untuk ke alam kekal abadi dengan penuh kejayaan. Ibunda berjaya menamatkan perjalanannya dengan lafaz kalam terakhir ‘Lailahaillallah’. Hakikatnya menggambarkan, Ibunda berjaya memenuhi maksud sebenar kenapa manusia dihantar ke mukabumi!
Lepas segala kepiluan dan kesedihan melihat kejayaan tak terhingga ibunda. Kita tidak mengetahui apa kelebihan pada seseorang yang menyebabkan mereka dipandang tinggi disisi Allah SWT. Kita juga tidak mengetahui amalan apa yang menyebabkan Allah SWT memandang hambanya dengan pandangan Rahmat….
Begitu kasihnya ibu kepada kita, tapi kasihnya Allah kepada setiap hambanya 70 kali ganda melebihi kasih ibu kepada kita..
Ya Allah ya tuhanku, aku hadiahkan berkat, hikmah, khasiat dan pahala Al Fatihah yang ku baca kepada ibuku. Dengan berkat, hikmah, khasiat serta pahala Al Fatihah yang ku baca, kau berikanlah ibuku sebaik-baik kehidupan di alam barzah dan kehidupan seterusnya sehingga ke syurgamu Ya Allah….
Al Fatihah….
Semoga tabah menghadapi hari mendatang....Alfatihah
ReplyDeleteInnalillah wa innaillah hirojioon
ReplyDeleteSemoga bersabar dan tapah menghadapi dugaan ini
Alfatihah
Assalamualaikum sheeikkhh..
ReplyDeleteAna yaqinn bunda tercinta tergolong dalam kumpulan solihaahh..Dia tabah dan amat cekal dalam membesarkan keluarga anta..Jumpooo deh omak den tu..!Seperkara harus diamalkan..tahlil setiap selepas subuh kepada kedua ibubapa dan junjungan besar saw..Insyaallah hidup kita aman dan tenteram.Alfatihah dan Yasin..
Rakan seperjuangan SKSJ 1973-1978
semoga arwah bonda tersayang bersemadi bersama-sama dgn orang yang solihah dan di cintai oleh ALLAH.....amin
ReplyDelete