Bersalah-salahan pendapat antara ulamak, cendikiawan dan pemimpin di kalangan masyarakat adalah suatu kelaziman. Dalam agama pun memang dibolehkan.
Walau pun dibolehkan tetapi itu bukanlah tiket untuk kita bebas berbalah tanpa sempadan. Tidak mungkin agama membolehkan kita bersalah-salahan dalam memberi pendapat hingga fitnah umum bermaharajalela dalam masyarakat.
Jika diselak buku-buku sejarah keagungan islam, mungkin kita boleh mendapat sedikit panduan. Di zaman tabiin, para sahabat nabi yang masih hidup sering menjadi rujukan mereka kerana pengetahuan dan hubungan langsung para sahabat ini dengan Nabi Muhammad Saw.
Setiap kali kekeliruan timbul atau gagal diputuskan, para tabiin sering merujuk kepada sahabat-sahabat nabi yang masih hidup.
Manakala apabila dirujuk, kerap kali para sahabat nabi akan mengelak dan enggan memberikan pandangan. Sahabat yang dirujuk selalunya akan meminta mereka merujuk pula kepada sahabat nabi yang lain.
Kenapa para sahabat lebih cenderung memilih untuk tidak memberikan pendapat walau pun mereka sebenarnya ada pengetahuan tentang sesuatu permasalahan? Apakah mereka bersalah kerana tidak mahu memberi pendapat? Bukankah nabi ada memberi tahu “sampaikanlah oleh mu walaupun satu ayat”?
Di sini dapat kita mengerti betapa para sahabat yang begitu arif selok belok beragama pun amat takut dan berhati-hati kalau-kalau pandangan mereka tersilap. Mereka maklum setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka sudah pasti akan menjadi rujukan dan ikutan para tabiin.
Mereka sedar betapa besar beban dan dosa yang bakal dipikul jika pandangan mereka tersilap dan memudaratkan masyarakat terbanyak. Itu sebab mereka sering mengelak dan meminta tabiin menanyakan pandangan pada sahabat yang lain.
Sekarang mari kita lihat kecenderungan para ulamak, cendikiawan dan para pemimpin hari ini berbanding dengan kecenderungan para sahabat nabi. Hari ini mereka berlumba-lumba memberi pendapat tanpa mengambil kira ‘accountability’ seperti yang difikir oleh para sahabat.
Jika sahabat dulu takut memberikan pandangan, hari ini mereka takut jika tidak diminta pandangan. Sahabat nabi begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat, tapi mereka hari ini begitu ‘ringan mulut’. Sahabat dulu takut kalau-kalau pandangan mereka akan menimbulkan fitnah lebih besar dalam masyarakat. Hari ini mereka merasa pandangan merekalah paling benar dan menepati al quran dan hadis.
Masyarakat dulu, kini dan selamanya akan menghormati pandangan dan menjadikan para ulamak, cendikiawan dan pemimpin sebagai sumber rujukan dalam mereka membentuk persepsi dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Tetapi kalau punca sumber rujukan ini sudah diancam virus, sudah pasti ‘operating sistem’ akan tunggang langgang seperti yang berlaku pada komputer. Sistem komputer tidak akan berjalan lancar dan tidak kenal lagi arahan-arahan yang diberi selagi virus tidak dinyahkan dari sistem. Mungkin keseluruhan sistem tidak akan berfungsi lagi jika serangan virus sudah terlalu teruk.
Maka virus-virus yang mengganggu seperti nafsu sombong, riak, ananiah, ujub, takabbur dan cinta dunia yang menyelubungi hati para ulamak, cendikiawan dan pemimpin akhir zaman haruslah dinyahkan terlebih dahulu. Jika semua penyakit hati ini telah dinyahkan barulah punca sumber rujukan ini akan berfungsi sepertimana ia telah berfungsi kepada para-para sahabat nabi…
Tepuk dada tanya iman….

salam..dlm kita sibuk2 mengalih pandangan kita ke permatang pauh atau kes2 liwat..kita sudah lupa yg kita sedang d serang secara terbuka dari belakang..lihat saja tajuk utama d blog PEMBELA MELAYU SEJATI..(Teresa Kok makin kurang ajar pada Islam - Laungan Azan nak dihapuskan) apa sudah jadi niiii kenapa azan nak d pertikaikan..mana ulama PAS yg mejulang tinggi agama islam..yg konon islam teras perjungan parti..kalau mcm tu yg kat TV tu azan pun akan d hapuskan juga kah? kalau mereka memerintah..ya allah laknat lah mereka yg pertikaikan AZAN tu..memandangkan blog ini adalah blg terbuka dan sering menjadi tumpuan plss bg pandangan tetang hal ini..atau ulas sikit dlm blog ini..
ReplyDelete