Di samping faktor winnable candidate, BN juga harus menimbang soal winnable component party untuk diketengahkan di satu-satu kawasan yang ditandingi pada PRU13 akan datang.
Faktor ini perlu diberi perhatian serious, terutama di kawasan yang mempunyai kadar mix-voters yang tinggi.
Sebagai contoh, kawasan pengundi bercampur 45:40:15, yang terdiri dari melayu:cina:india atau cina:melayu:india.
Parti komponen BN manakah yang mempunyai faktor winnable yang tinggi di kawasan yang sewaktu dengannya?
BN perlu membuat keputusan, mana yang lebih penting, samada untuk mendahulukan formula perkongsian kuasa mengikut status quo atau pun mengikut faktor winnable party.
Jika diambil kira berdasarkan majoriti, ada lebih 15 kerusi parlimen yang mempunyai majoriti melayu lebih 50% telah diserahkan kepada MCA, Gerakan dan MIC dalam PRU2 sebelum ini.
Jika berdasarkan sentimen perkauman dan senario yang berlaku sejak PRU12 yang lalu, agak mustahil MCA, MIC dan Gerakan boleh memenangi kawasan-kawasan yang dimaksudkan pada PRU kali ini.
Pada PRU yang lalu, pengundi melayu yang menyokong BN masih memberikan kemenangan kepada mereka di atas nama BN. Perlu diingat, waktu itu pengundi melayu belum dapat membaca pola sokongan pengundi cina terhadap BN.
Kali ini, pengundi melayu yang menyokong BN besar kemungkinan tidak akan menyokong lagi calon-calon dari MCA, Gerakan dan MIC kerana mereka merasakan tidak ada lagi win-win faktor di antara sesama komponen. Sifat 'aku tolong kau dan kau tolong aku' sudah tidak wujud lagi.
Jika pengundi melayu BN memberi undi kepada calon komponen ini, adakah pengundi cina akan menyokong BN di kawasan yang ditandingi oleh UMNO?
Jika diambil dari senario PRK Hulu Selangor, BN tidak mendapat lebih dari 20% sokongan undi cina.
Jika trend pengundi cina ini diambil serious oleh pengundi melayu, maka hampir pasti kawasan majoriti melayu yang bakal ditandingi oleh komponen bukan UMNO, akan jatuh ke tangan pembangkang.
Jika itu yang berlaku, maka BN bolehlah buang awal-awal lagi 15 kerusi parlimen ini dari senarai kawasan yang boleh menang.
Bukan saja 15 kawasan majoriti melayu, malah ada lebih kurang 30 lagi kawasan kadar mix voters seimbang antara melayu dan cina yang BN boleh tolak awal-awal dari senarai kawasan boleh menang.
Semua ini akan berlaku, jika;
1. Semangat perkongsian kuasa tidak lagi wujud secara nyata dan ikhlas di antara sesama komponen.
2. Jika pola sokongan pengundi cina berterusan condong kepada pembangkang dan pada masa yang sama UMNO pula gagal menguasai lebih 70% sokongan undi melayu di setiap kawasan mix voters.
3. MCA, Gerakan dan MIC tetap tidak mahu sedar diri dan masih tamak serta mengharapkan kawasan subsidi dari UMNO dengan meminta laluan bertanding di kawasan majoriti melayu.
Tiada faktor lain yang boleh menyelamatkan keadaan ini, melainkan masing-masing MCA, Gerakan dan MIC wajib mendapat kembali sokongan besar dari kaum mereka sendiri.
Jika mereka gagal mendapatkan kembali sokongan fixed deposit dari kaum mereka, maka alamatnya, hampir pasti 45 kawasan yang dimaksudkan ini akan dimenangi oleh pembangkang.
Ini tidak termasuk lebih kurang 18 kawasan parlimen di Sabah dan Sarawak yang majoritinya pengundi cina.
Mampukah BN mengekalkan kuasa jika UMNO diandaikan mampu mempertahankan 66 kawasan di semenanjung yang dimenangi pada PRU 12 yang lalu dengan komponen Sabah dan Sarawak menyumbang hanya 38 kerusi?
Jawabannya, BN akan kekurangan 8 kerusi untuk membentuk kerajaan yang perlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi.
Dalam senario ini, UMNO di semenanjung perlu menambah sekurang-kurangnya menang di 75 kerusi dari >< 100 kerusi yang ditandingi. BN akan membentuk kerajaan dengan jumlah 113 kerusi.
Statistik ini mungkin tidak berapa tepat kerana saya hanya fokus kepada senario dan ramalan pola pengundian. Tetapi ia tidak jauh tersasar.
Saya ingin membuktikan betapa status quo pembahagian kerusi di antara komponen BN sudah tidak relevan lagi. Mungkin strategi ini akan makan tuan.
BN perlu lebih bimbang dengan kemungkinan kehilangan 15 kawasan majoriti melayu yang disubsidised kepada rakan komponen dan kalah di 30 lagi kawasan kadar mix voters yang tinggi, jika BN terlepas pandang akan faktor dan senario ini.
Soalan yang wajib ditanya kepada Chua Soi Lek, Koh Tsu Koon dan Palanivel ialah "Kamu nak main-main politik ka atau mahu BN terus perintah ini negara?"
No comments:
Post a Comment