PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia menyimpulkan di dalam rencananya, antaranya berbunyi;
1. PRU Ke-13 bukan sebagaimana mana-mana PRU yang lain tetapi ia juga menguji 'kepercayaan' kepada dasar kepartian dalam negara ini supaya rakyat kembali yakin kepada sistem politik tanah air.
2. Kedudukan dan pangkat bukan satu anugerah untuk persaingan tetapi adalah tanggungjawab yang andainya dipikul dengan penuh kesyukuran dan rendah diri, maka kepercayaan akan datang dengan sendirinya.
3. Jika tidak merasakan mempunyai integriti, akhlak untuk berjuang kepada rakyat, maka seelok-eloknya beri peluang kepada mereka yang berani mengharungi cabaran PRU Ke-13 demi memenangkan parti.
Kesimpulan ini sangat menarik untuk dikupas lebih lanjut. Perkataan 'kepercayaan', 'tanggungjawab', 'kesyukuran dan rendah diri', 'integriti', 'akhlak untuk berjuang kepada rakyat' adalah faktor yang boleh menjamin kemenangan.
Nampak mudah tapi itulah yang paling sukar untuk diterjemahkan oleh setiap individu pemimpin.
Pertamanya, budaya memberi peluang kepada orang lain adalah budaya yang paling tidak digemari oleh pemimpin yang sedang berkuasa. Bagi kebanyakan pemimpin UMNO, ia adalah pilihan terakhir.
Keduanya, nilai kesyukuran dan rendah diri dalam perjuangan seolah-olah sudah terlalu asing bagi seseorang pemimpin. 1 dalam 100 pun sudah dikira baik.
Integriti dan tanggungjawab pula, jika wujud, hanya wujud di peringkat penggubal dasar. Apabila turun ke lapisan pimpinan pertengahan dan bawahan, ia beransur hilang dan yang tinggal hanya bahasa retorik dan buku dasar.
Didengar tapi tidak pernah dilihat. Rakyat tidak nampak atau tidak kenal rupabentuk integriti dan tanggungjawab yang dimaksudkan. Itu persepsi rakyat. Apa yang mereka lihat, Ketua Bahagian atau wakil-wakil rakyat lebih cenderung untuk mengamalkan sistem kasta dan kelompok dalam mengagihkan peluang yang wujud di kawasan masing-masing.
Akhlak untuk berjuang kepada rakyat boleh juga kita sebut penghormatan dan tertib kepimpinan yang dibawa kepada rakyat. Jika dinilai dari sudut ini, maka jawabannya, majoriti kepimpinan masih gagal menterjemahkannya.
Semua faktor ini akhirnya akan berpusat kepada soal 'kepercayaan' kepada parti dan kepimpinan.
Selama ini kata kunci 'kepercayaan' inilah yang menyebabkan BN/UMNO terus diterima dan diberi mandat oleh rakyat.
Buktinya, isu rasuah bukan isu baru. Isu sabotaj pilihanraya tetap berlaku pada setiap PRU. Masalah moral pemimpin juga wujud. Isu masalah dalaman parti adalah liabiliti tetap yang sentiasa wujud dalam UMNO. Tetapi semua masalah ini tidak pernah sekali-kali mampu menggugat kekuatan BN/UMNO pada setiap PRU.
Persoalannya, kenapa isu ini mampu meresap ke persepsi dan minda rakyat pada PRU12 yang lalu?
Jawabannya, semua ini kerana 'kepercayaan' rakyat terhadap parti dan kepimpinan UMNO/BN sudah dapat dihakis oleh pasukan pembangkang.
Kenapa pada PRU-PRU sebelumnya, rakyat tidak percaya kepada hujah pasukan pembangkang dan kenapa hari ini, hujah dangkal dan bohong yang diberi oleh pasukan pembangkang pun boleh dipercayai oleh rakyat?
Semua pemimpin mengakui 'politik adalah permainan angka dan persepsi'.
Siapa yang berjaya memenangi persepsi rakyat, golongan itulah yang akan mendapat angka majoriti.
Kegagalan kepimpinan UMNO/BN menguasai persepsi dan kepercayaan rakyat, membuktikan masih ada yang tidak kena terhadap pendekatan yang dilakukan oleh BN.
BN atau UMNO khususnya gagal membuktikan kepada rakyat kejantanan kepimpinannya. Tidak mahu berkorban dan memberi laluan kepada orang lain. Hanya Tengku Azlan saja yang cukup jantan melakukannya. Tiada siapa yang menyahut kejantanan Ku Lan menawarkan untuk tidak bertanding lagi.
Rakyat masih belum melihat kesungguhan pimpinan BN/UMNO memerangi rasuah. Pengistiharan perang terhadap rasuah hanya wujud dalam NKRA. Tetapi sehingga hari ini tiada seorang pun kalangan pemimpin UMNO yang dijatuh hukum disebabkan rasuah, seolah-olah selama ini UMNO parti 'sifar rasuah'. Jika ada ketegasan kerajaan dalam membenteras rasuah hanya dapat dilihat tangkapan terhadap pegawai kastam dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Mana mungkin rakyat percaya tiada langsung pemimpin UMNO yang rasuah!
Rakyat dan ahli UMNO juga belum melihat keberanian pucuk pimpinan untuk melakukan transformasi politik dalaman UMNO atau BN. Ia hanya berada pada tahap 'janji dan harapan'.
Pemimpin UMNO boleh berhujah, parti UMNO telah merobah perlembagaan dan pemimpin akan dipilih oleh lebih ramai wakil dari hanya 3 ribu perwakilan yang memilih selama ini.
Tetapi, masalahnya UMNO takut untuk menterjemahkan perlembagaan yang digubalnya sendiri dengan bertindak menangguhkan pemilihan parti atas alasan PRU13.
Sepatutnya UMNO perlu berani dan buktikan bahawa UMNO benar-benar serious untuk melakukan transformasi politik dalaman melalui kaedah baru ini dan gunakanya sebagai strategi paling ampuh untuk meyakinkan kembali rakyat sebelum PRU13 bahawa UMNO benar-benar mahu memperbetulkan diri.
Bukannya main cara lama melalui 'sistem penangguhan' dan 'sistem menyapu sampah ke bawah karpet'.
Kaedah rawatan-rawatan penting seperti membedah, potong kaki dan membuat 'bypass' dalam memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO ini gagal dilaksanakan oleh UMNO, sejak kepimpinan UMNO diserahkan kepada kepimpinan 'bukan doktor'.
Semasa kita sihat, mungkin cukup untuk meminta nasihat dari pakar pemakanan untuk menjaga kesihatan. Tetapi jika kita sudah sakit kronik, pakar pemakanan sudah tidak relevan lagi. Ia memerlukan doktor pakar untuk melakukan rawatan atau 'major operation'.
Sakit UMNO yang agak kronik tidak akan dapat dipulihkan jika pemimpin hanya memberi janji dan harapan bahawa sakit ini akan dirawat sepenuhnya.
Tiada sesiapa atau mana-mana ahli keluarga yang akan menghantar keluarganya yang mengidap sakit kronik ke pusat perubatan yang hanya menawarkan khidmat konsultansi atau 'leap service'.
Tiada siapa yang akan percaya.... Wahai UMNO, tolonglah faham. Beranilah sikit!
KK , PP dapat rasakan KK bijak tetapi berakal cetek , mengetahui tetapi berpura-pura tidak mahu mengaku dan merasakan betul walaupun sadar ianya salah .
ReplyDeleteKK PP kenal siapa lu bro. PP respek lu tetapi sekadar kerana lu adik Aspan , that all , kita pernah bertanding sama-sama dalam umngok kopilah walaupun lu dan gue kalah pada masa itu tetapi sebenarnya lu memang dah kalah sejak lu gagal menjadi naib ketua dulu . Sejak itu lu ibarat biawak hidup . Pesa gue , kalau nak berjaya , tukar lah baju tu atau setidak-tidaknya brain tu dicuci , jika tidak hiduplah lu dalam hayalan .
Umngok tak diterima rakyat bukan kerana pembangkang saperti kata lu tetapi kerana umngok itu tahi , busuk dan membusukkan , tak cayo , tanyalah mantan presiden lu ..
UMNgOk dah jadi cancer yang dah sampai tahap 4. Tunggu ajal jerlah. Tiada ubat dan pakar yang boleh ubati lagi...
ReplyDelete