Tuesday, October 11, 2011

BISHOP TAN SELAR TITAH SULTAN SELANGOR...

Baca dinturtle.blogspot.com

Apa kata kalau kita hasut orang islam benci Bishop Tan ni pulak? Apa KDN akan lakukan pada kita agaknya? Saya rasa KDN pasti akan bertindak pantas membendung atas alasan keselamatan dan menjaga sensitiviti agama.

Bishop Tan yang juga Presiden Persidangan Bishop-Bishop Katholik Malaysia berkata,

“Begging the Tuanku’s pardon, how is it possible to assert that there were attempts to deviate the faith of Muslim attendees at the dinner function at the DUMC but there is, then, not sufficient evidence to prefer charges. If there is not enough evidence, there ought to be no imputation of wrongdoing – it’s as simple as that!”

Inilah agaknya nasib melayu dan Islam di negara yang menjadikan Islam agama rasminya.

Pihak yang menyimbah minyak merata-rata terlebih dahulu, terus bebas menyimbah merata-rata tanpa tindakan dari KDN, tetapi jika ada pihak yang menyalakan lighter dan melempar api ke limpahan minyak tersebut, merekalah yang selalunya akan ditangkap dan dikenakan tindakan yang tegas.

Pihak yang proaktif menyuburkan ketegangan kaum dan agama dibiar terus proaktif, tetapi pihak yang reaktif terhadap perbuatan puak-puak proaktif harus sentiasa akur dengan ketegasan KDN.

Nasib Melayu dan Islam di negara ini sama seperti nasib orang semenda. Bini buat salah, suami yang keluar kampong bawak gendong. Kalau suami yang buat salah lebih-lebih lagilah.

Laki lempang isteri kerana kesalahanberat yang dilakukannya, tetapi isu yang dibangkitkan bukan kesalahan yang dilakukan oleh si isteri. Isu yang di bangkitkan dalam mahkamah ialah, 'kenapa laki main kasar dan guna kekerasan terhadap isteri'.

Akhirnya laki juga yang masuk penjara dan di hukum fasakh. Nasib melayu dan Islam di tanah melayu hati ni macam ni lah...

No comments:

Post a Comment