Bila Najib bentang Budget 2012, mungkin baru Anwar terasa kebodohan dirinya. "Apalah bodoh sangat aku dok pi bentang awal sangat".
Konon nak pintas Budget Najib dengan bertindak terlebih dulu menawan, konon fikiran rakyat terbanyak dengan memberi fokus konon kepada penyelesaian masalah kos hidup rakyat terbanyak, konon, nak tunjuk kepada rakyat, konon dialah yang paling prihatin dan paling insaf akan nasib rakyat terbanyak, konon.
Konon, BN hanya memusatkan segala harta kekayaan negara kepada kononnya hanya kepada keluarga, kroni dan berlegar di kalangan elitis-elitis yang tamak, zalim dan rrrrrrakus, konon.
Konon, surah Al Hasyhar yang menyebut bahagian harta yang berlegar dikalangan orang-orang kaya itu hanya khas ditujukan kepada pemimpin BN. Konon, PM Najib dan isteri ini tersangatlah rakus orangnya dan langsung tak peduli masalah rakyat terbanyak. Konon dalam kepala otak Najib dan Rosmah siang dan malam hanya memikir bagaimana semua khazanah dan hasil mahsyul negara ini dapat dibolot dan tidak tumpah kepada rakyat. Konon rakyat hanyalah mangsa kerakusan Najib dan Rosmah.
Konon cincin, emas dan permata itu sajalah yang dibelek-belek oleh Najib dan Isteri pagi dan petang.
Ilusi dan gambaran kehidupan, kemewahan, kezaliman dan kerrrrrakusan firaun yang digambarkan dalam kitab-kitab itu, konon cuba mahu digambarkan bersamaan dengan kehidupan Najib dan Rosmah. Konon, jika ilusi rakyat yang sebegini terhadap Najib dan Rosmah dapat digambarkan, akan menyebabkan rakyat terbanyak tidak akan menerima apa juga sebarang bentuk kebaikan dan keprihatinan kerajaan kepada rakyat.
Konon jika rakyat terbanyak dapat dicuci pemikiran mereka sampai ke tahap itu, maka akan hodoh sangatlah nampaknya Najib dan Rosmah pada mata rakyat terbanyak. Maka, konon akan mansuhlah apa juga perancangan, walau sehebat mana pun budget yang dibentang oleh Najib.
Konon, Anwar memikir segala ayat power yang keluar dari mulutnya akan kononnya memukau semua yang mendengar.
Konon, dengan ayat power saja sudah cukup untuk merosakkan personaliti dan karakter Najib dan Rosmah pada pandangan mata rakyat terbanyak.
Konon, rakyat terbanyak akan lupa pada masalah personaliti dan karakter dialah yang sebenarnya mirip dan 99.9% tulin menyerupai seakan-akan firaun seperti yang dilapurkan oleh pakar dari US.
Konon, Anwar punya kebolehan untuk menukar gambar dari superimposed kepada tulin dan dari video tulin akan menjadi palsu, pada pandangan rakyat terbanyak.
Pssttt... Anwar punya asas yang kukuh untuk menolak cadangan kenaikan elaun Ahli Parlimen, walaupun kalangan AP pembangkang yang lain rata-rata bersetuju.. Asasnya, dia hampir pasti tidak akan mendapat benafaat hasil dari kenaikan elaun, kerana kononnya dia mungkin gugur hak mempertahankan kerusi Permatang Pauh jika mahkamah memutuskan kononya, dia bersalah.
No comments:
Post a Comment