Tiada siapa yang boleh menafikan harga barangan keperluan sudah meningkat. Peningkatan harga pula boleh dikatakan berlaku terhadap semua item barangan. Tahap peningkatan harga ini pula boleh dikatakan mendadak.
Dalam senario ini, semua tindakan dan setiap kenyataan khususnya dari pemimpin kerajaan menjadi sangat sensitif di sisi pengguna.
Hakikatnya tiada apa kenyataan pun dari pimpinan kerajaan yang boleh merawat dan mengendurkan ketidakpuasan hati pengguna dalam isu kenaikan kos hidup setiap isi rumah di negara ini.
Rawatan dari kerajaan dengan preskripsi painkiller BRIM dengan dos RM650 tidak mendatangkan apa-apa kesan. Kesakitan kos hidup yang dihidapi oleh pengguna terus membisa dan "menonoi". Penyakit yang "menonoi" ini semakin "bontan" bila pemimpin kerajaan memberi rawatan dalam bentuk jawaban dan penjelasan "ala sesi-kaunseling".
Yang diperlukan oleh pesakit adalah rawatan perubatan yang boleh sekurang-kurangnya, jika tidak sembuh, mengurangkan rasa kesakitan penyakit kos hidup meningkat yang sedang dihadapi oleh rakyat. Bukan sesi ala khidmat nasihat dan kaunseling rawatan pesakit psikiatri seperti yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini.
Meyakinkan seseorang untuk menerima realiti kenaikan harga barangan yang memeritkan perlu kepada fakta dan logik serta contoh yang lebih "convincing". Contoh kangkung hanya layak digunapakai oleh seorang ibu di rumah untuk memujuk anak yang tidak mahu memakan apa yang dimasak oleh ibu seadanya.
"makanlah nak.. goreng kangkung yang mak masak ni.. Kita susah sekarang. Ayah kau tak mampu nak beli makanan lain. Semua mahal-mahal nak... Harga kangkung saja yang turun sekarang ni. Nanti ayah ada duit mak suruh ayah beli KFC ya"
Isunya bukan isu kangkung, tapi, sesi nasihat seperti ini sepatutnya bukan keluar dari mulut seorang Perdana Menteri. Jika rakyat memperlekehkan dan menjadikan bahan mainan kenyataan seorang yang bertaraf Perdana Menteri, janganlah disalahkan pihak yang mempermainkan kenyataan Perdana Menteri. Perdana Menterilah sepatutnya yang rasa bersalah dan malu kerana tersilap mengambil contoh, fakta dan logik yang bertaraf kangkung.
Selepas berlaku kesilapan dari Perdana Menteri muncul pula seorang Menteri Besar yang kononnya telah berjaya memberi jawaban terhadap semua persoalan dan isu yang menghantui para pengguna.
"Perdana Menteri patutnya memberi fakta yang cukup meyakinkan seperti Montori Bosa kito"
Jika masalah rakyat hanya disebabkan berlakunya kenaikan harga gula semata-mata dan tidak langsung berkait dengan lain-lain kos hiliran, memang fakta Montori Bosa Nogori Sembilan itulah yang terbaik dan paling logik.
Tiada siapa pun yang "mentekedaghah" gula macam makan nasi dua kali sehari atau dalam keberatan kandungan 1/2 kg sekali makan wahai YAB Mohamad Hasan oii!! Gula bukan makan ruji manusia. Gula adalah makanan ruji sang semut Tok Mat oii!! Kalau berdasarkan fakta kenaikan gula semata-mata memanglah kos isi rumah hanya meningkat 20 sen sebulan. Ini fakta nak "mangangan" penjawat awam.
Kang tau pulak komplen "apo marah bona Kamarulzaman Kamdias tu kek den". Bukan marah Tok Mat. Cuma kesian melihat gaya dan lagak pemimpin yang beraja di mata bertuhan di hati, tapi pada hakikatnya tak "menugheh'... "Cakap dan kojo buek" YAB macam air dengan minyak..
Aden Poning......! Nak Selesai Kos sara Hidup Rakyat Malaysia, dicadangkan PM UMUM Janji DiTepati seperti yang diterkandung dalam manifesto BN semasa PRU13, TIADA HARGA BARANGAN AKAN DINAIKAN bermakna TIADA KENAIKAN TOL,TNB dan kembalikan Subsidi Minyak RM0.20/liter.
ReplyDeleteMansuhkan BRIM untuk bajet pembangunan yang semua rakyat dapat gunakan..kalau BRIM hanya yang berpendapatan RM3000 kebawah apa hal dengan yang dapat RM3500...? Dan adakah Kerajaan pasti yang terima BRIM semua memang pendapatan RM3000 kebawah...? Saya tengok yang datang guna BMW pun ada datang terima tapi parking kereta jauh.... Pemimpin UMNO oh Pemimpin UMNO....Baca Pandangan DS Mukhriz MB Kedah....Fikir-fikirkan lah....
Masaalahnyo, DS Mukhriz tiada kuasa nak arahkan DS Najib atau pemandu menuruti nasihat nya....
DeleteJangan sampai DS Mukhriz bersuara mcm dia buat kat paklah....