Apakah tanda-tanda yang menunjukkan pemikiran dan cara hidup seseorang pemimpin itu terpisah atau "detached" dari pemikiran dan cara hidup majoriti rakyat?
Sebagaimana lain-lain peristiwa, setiap yang berlaku atau yang akan berlaku mesti ada tanda-tanda awal mahupun tanda akhir. Tsunami yang berlaku ada tanda, nak kiamat pun ada tanda. Nak mati pun ada tanda.
Tanda-tanda jelas yang menunjukkan cara pemikiran atau apa yang difikirkan oleh PM Najib semakin terpisah dari pemikiran majoriti, antaranya ialah;
1. Tiada siapa kalangan rakyat yang tidak mempertikaikan peranan dan "kerjabuat" isterinya, tapi dengan selamba PM telah memuji dan menyebut-nyebut jasa besar isterinya kepada negara.
2. Tiada siapa kalangan rakyat yang mengiktiraf dan memberi tabik hormat terhadap barisan jemaah PEMANDU dan para penasihat PM kerana hingga kini tiada apa-apa outcome yang memberi kesan baik atau kesan berganda secara langsung terhadap keselesaan kehidupan rakyat melainkan kita menyaksikan kenaikan kos hidup yang semakin mendesak. Tetapi, PM Najib tetap terus percaya dan yakin "sorang-sorang" dengan kemampuan barisan jemaah PEMANDU dan para penasihatnya.
3. Hampir seluruh rakyat mengeluh dan mempertikaikan kenaikan kos hidup "yang prima dan ruji" seperti utiliti, barangan dapur, kos perjalanan harian "yang pasti" dibelanjakan setiap hari. Tapi PM Najib mempertikaikan pihak yang tidak memuji penurunan harga barangan sekunder dan "immaterial" yang berlaku pada sesetengah produk seperti kangkung.
Perbandingan "supply and demand" haruslah dilakukan terhadap barangan prima yang material sifatnya, dan bukan barangan keperluan "sesekali" yang "immaterial".
Jika rakyat mengeluh dengan kenaikan kadar tol, kerajaan jangan bercakap soal kos membeli "kad touch n go" sudah turun.
Jika rakyat mengeluh tentang kenaikan harga petrol, kerajaan jangan cakap akan kawal harga "minyak hitam". Kalau harga beras putih naik, janganlah pujuk rakyat dengan cara menurunkan harga beras pulut. Kalau mangsa banjir mengeluh kerana mengalami kerugian nilai harta dan kediaman yang banyak, kenapa pula bagi bantuan TV Plasma.
Kerap kali kerajaan salah address setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Kalau rakyat komplen "kos untuk melahirkan anak" semakin meningkat, janganlah umum penyelesaian kerajaan akan memberi jaminan bahawa harga puting susu tidak akan naik dan kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga puting susu sewenang-wenangnya.
Jurang expectation antara pemimpin dan rakyat sudah semakin melebar.
Kalau isunya "kentut busuk", penyelesaiannya bukan dengan cara menahan diri dari terkentut. Masalah-masalah yang membawa kepada busuknya kentut itu yang harus diselesaikan.
Kalau rakyat bising disebabkan pemimpin berkentut busuk, pemimpin pula hanya berusaha menahan diri dari terkentut sewaktu majlis berlangsung agar rakyat tidak terbau. Akhirnya rakyat akan dapt juga merasai kesannya apabila sukar mencari jamban yang bersih disebabkan berak pemimpin yang berselerak merata-rata.
LEPAS NI UMNO DAN B AKAN TERUS DIEJEK. ..DISEBABKAN DUNGUNYA PENASIHAT-PENASIHAT EKONOMI PM. KERANA KANGKUNG..KERAJAAN ADA PENASIHAT EKONOMI KANGKUNG, INNER CYCLE KANGKUNG, MENTERI KANGKUNG, KETUA SETIAUSAHA KANGKUNG, KETUA PENGARAH KANGKUNG, PENGARAH KANGKUNG,PENGUATKUASA , PEGAWAI KANGKUNG DAN KERANI KANGKUNG.
ReplyDelete