Saturday, July 12, 2008

PERALIHAN KUASA DALAM UMNO MIRIP PERALIHAN KUASA DALAM ISTANA...

Menjadi presiden UMNO bukan sekadar menjadi presiden parti kerana selama ini sesiapa yang menjadi presiden UMNO secara otomatis akan menjadi Perdana Menteri.

Presiden UMNO pula ditentukan oleh hanya kira-kira 2500 perwakilan yang mewakili 3.5 juta ahli.

Sejak penggal kebelakangan pula, presiden parti hanya ditentukan melalui ketetapan MKT agar tidak dipertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ketetapan ini pula secara tradisinya belum pernah diengkari oleh bahagian-bahagian UMNO. Semua akan akur. Kalau ada yang engkar pun, mustahil bilangannya melepasi 30% kuota kelayakan bertanding.

Dari hujah ini, dapatlah difahami bahawa jawatan presiden parti pemerintah hanya ditentukan oleh tidak lebih dari 50 orang dari keseluruhan 3.5 juta ahli UMNO. Jawatan Perdana Menteri juga ditentukan oleh 50 orang dari keseluruhan 27 juta rakyat Malaysia.

Kesimpulan dari arithmetic ini, UMNO telah mencipta sejarah dalam sistem demokrasi yang berdasarkan majoriti, di mana presidennya hanya ditentukan oleh sebilangan minoriti yang paling kecil di dunia. Dengan itu, negara Malaysia turut mencipta sejarah di mana secara tidak langsung Perdana Menterinya juga ditentukan hanya oleh sebilangan rakyat yang boleh dibilang dengan jari.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau baik, bertanggungjawab dan amanah 50 orang ahli dan rakyat ini, maka beroleh seribu rahmatlah rakyat dan negara ini. Jika ada kesedaran dan keinsafan 50 ahli dan rakyat ini bahawa dibahu mereka terpikul bebanan paling besar 3.5 juta ahli dan 27 juta rakyat, maka tidak mungkin mereka akan mengkhianati ahli dan rakyat di dalam menentukan siapa yang selayaknya memimpin negara.

Kesilapan mereka dalam menentukan kepimpinan dan hala tuju negara pasti akan mengundang padah.

Oleh itu, ingat dan insaflah wahai 50 pemegang amanah, jika kamu tidak mampu lagi memikul bebanan yang diberi oleh 3.5 juta ahli, maka lepaskanlah kembali bebanan itu kepada akar umbi. Ikutlah seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan. Jika perlembagaan parti membenarkan sistem pemilihan secara demokratik janganlah diwujudkan pelbagai halangan.

Jika sistem kuota menjadi penghalang besar kepada sistem demokrasi untuk berjalan lancar, berjiwa besarlah kamu semua….Hapuskan sistem kuota. Beranilah menjunjung demokrasi sebenar. Berdirilah di alam nyata dan akuilah kelemahan yang ada.

Ahli dan rakyat akan kembali meletakkan kepercayaan kepada parti UMNO, jika kamu bersedia merobah sikap.

Tiada istilah peralihan kuasa di dalam sistem demokrasi yang sama dijunjung. Peralihan kuasa hanya berlaku di dalam istana apabila raja yang memerintah mangkat, maka Tengku Mahkota secara tradisinya akan mengganti….

Sekian….

1 comment:

  1. Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

    Petikan itu seperti di bawah:

    From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

    Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

    Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

    Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

    Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

    Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

    Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

    Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

    Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

    Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

    Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

    Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

    Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

    Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

    Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

    Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

    Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

    Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

    Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

    Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

    Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

    Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

    Berani lakukan perubahan!

    Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.

    ReplyDelete