Tuesday, July 15, 2008

RALAT....

Saya memohon maaf kerana telah memberi fakta yang tidak tepat dalam posting yang lepas. Dalam posting tersebut saya nyatakan, Malaysia telah mencipta rekod tersendiri sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, apabila hanya 50 orang(minoriti paling kecil) yang terlibat menentukan presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Fakta tersebut sebenarnya kurang tepat.

Fakta sebenar adalah hanya seorang yang menentukan siapa patut jadi presiden UMNO dan Perdana Menteri iaitu DS Abdullah Ahmad Badawi.

Pak lah telah mengumumkan pelan peralihan kuasa yang sama sekali bertentangan dengan semangat demokrasi, perlembagaan parti dan juga perlembagaan negara.

Mengikut perlembagaan, presiden dan barisan MKT parti sepatutnya dipilih melalui PAU Disember 2008 dan sekali lagi pada 2011@12@13 akan datang. Tetapi Pak Lah telah bertindak mengenepikan ke dua-dua PAU ini dengan mengumumkan beliau akan menyerahkan jawatan presiden parti kepada DS Najib pada pertengahan 2010. Semangat perlembagaan yang memberi mandat kepada akar umbi dan perwakilan untuk menentukan siapa harus memimpin parti tidak diguna pakai lagi.

Jawatan Perdana Menteri yang sepatutnya terletak di bawah bidang kuasa Yang Di Pertuan Agung dan dipilih dikalangan Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti dewan turut diputuskan sendiri oleh beliau untuk diberi kepada DS Najib.

Jadi fakta yang menyebut hanya 50 orang yang menentukan pimpinan tertinggi parti dan Perdana Menteri tidak tepat kerana rekod ini telah dipecahkan sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa tanpa merujuk kepada perlembagaan parti.

Segala kesilapan fakta amatlah dikesali dan saya mohon maaf…..

No comments:

Post a Comment