Friday, July 11, 2008

SUSPEK PILIH KAEDAH PENDAKWAAN IKUT SUKA HATI...

Buat pertama kali dalam sejarah perjuangannya, Anwar enggan menyahut cabaran. Mencabar dan dicabar memang menjadi kegemaran dan tabiat semulajadinya. Beliau sanggup berdebat bukan saja dengan Ahmad Shabery Chek, malahan dengan PM,TPM dan separuh dari anggota kabinet, serentak.

Walau sebesar mana pun cabaran, akan disahutnya bagi membuktikan kepada rakyat dia mampu dan benar dalam segala hal.

Ibarat cerita orang kebal. Semua musuh dikalahkan dan tiada siapa yang dapat membunuhnya. Rupa-rupanya disebalik kekebalan ada kelemahan. Si kebal rupanya takut dengan buluh runcing...Baru diachah-achah sudah lari lintang pukang mencari perlindungan.

Hebat-hebat Anwar rupanya takut dengan budak umur 23 tahun. Bila budak ni sanggup bersumpah dan mencabar Anwar supaya tentukan tempat dan masa, Anwar cepat-cepat mencari perlindungan di bawah hukum kazab kerana dia fikir buluh runcing tak boleh masuk dalam rumah al-kazab. Maklumlah rumah kazab ni kena bawa 4 saksi lelaki sebagai bukti. Manalah budak ni nak cari 4 penonton serentak yang menyaksikan aksi mereka berdua! Kalau ikut hukum kazab, dah tentu budak ni kalah..

Suami isteri yang sah dan punya anak ½ dozen pun tak pernah kita dengar ada 4 penonton yang lihat aksi mereka serentak. Bahkan kalau ditanya pada si anak pun dia akan kata tak pernah tengok kecuali bagi ibubapa yang lalai dan alpa. Inikan pula sindiket rahsia dalam rahsia.

Anwar akan mengambil rujukan dari pandangan para ulamak yang bersesuaian dengan selera dan kesesuaiannya. Ulamak tersebut akan dianggap berwibawa jika bersesuaian dengan keperluannya (nafsunya). Mufti perlis sudah barang pasti tidak termasuk dalam golongan ini kerana pandangan dan cadangannya akan menyebabkan Anwar jadi susah. Tok Guru Nik Aziz pun mungkin sudah tidak berwibawa pada pandangan Anwar kerana dia menyokong cadangan Mufti Perlis.

Sekarang ni Anwar sedang cari jalan bagaimana nak pertikaikan si penuduh pulak. Kalau berjaya pertikaikan kredibiliti penuduh, maka lengkap dan siaplah pagar-pagar yang memagari dirinya dari terkena serangan. Step 1, pertikai AG, IGP dan Doktor perubatan. Step 2, Tembak DS Najib. Step 3, pertikai si penuduh.

Anwar telah tempah sticker untuk dilekatkan pada sasaran-sasaran berkaitan. Tujuannya adalah untuk memudahkan rakyat mengenali mereka melalui sticker / pelekat ‘RAGU’’ yang dilekatkan di dahi mereka.

Setyakat ini kalau berhadapan dengan manusia, tidak nampak banyak masalah bagi Anwar. Semua boleh di atasi. Semua boleh diyakinkan.

Cuma yang belum tahu lagi kemampuannya untuk berhadapan dengan Allah swt…


ANTARA NIAT DAN PERBUATAN...

Niat betul tapi amal perbuatan salah, samalah seperti membelanjakan harta pencarian yang halal dengan cara berjoli.

Niat salah, tapi amal perbuatan betul, samalah seperti membelanjakan hasil rompakan dengan melakukan amal jariah.

Pendek kata, hukum tidak boleh diamal ikut suka hati. Perlaksanaan hukum tidak boleh berpilih-pilih. Amalan sebegini termasuk dalam amalan yang menurut hawa nafsu. ‘Mengkambing hitamkan’ hukum tuhan untuk menyelamatkan ‘aib dunia’ boleh dianggap mempersendakan hukum tuhan.

Bukan soal untuk menerima atau menolak hukum hudud. Bukan juga untuk menyatakan hukum kazab sudah tidak sesuai dijalankan sekarang. Tetapi pengamal atau penganut islam ( bukan saja saksi, bahkan sipenuduh dan tertuduh) sudah tidak cukup syarat kelayakan untuk mengamalkan hudud disebabkan hudud itu terlalu tinggi nilainya disisi Allah. Ia hanya layak diamalkan oleh sebuah masyarakat yang beriman dan beramal soleh seperti umat pada zaman kegemilangan islam.

Kalau kita ambil ‘sekerat ular sekerat belut’ seperti kata DS Rais Yatim maka akan rosak binasalah agama suci ini. Walhal perosak sebenar adalah penganutnya kerana penganutnya hanya mengguna pakai hukum apabila dilihatnya hukum itu boleh menyelamatkan mereka dari ‘aib’ dunia. Keaiban akhirat sudah tidak menjadi pertimbangan lagi.

Jadi fikir-fikirlah..kalau nak bincang untuk mencari kebenaran, mesti keluarkan diri dari alam kefanatikan kepada parti, kelompok atau individu. Barulah sampai ke alam rasional. Bila sudah sampai ke alam rasional barulah kita akan dipertontonkan oleh Allah swt antara kebenaran dan kebatilan tanpa bias.

Kita tidak boleh memaksa tuhan supaya sentiasa berbuat mengikut kemahuan dan kecenderungan kita. Jangan letakkan tuhan setaraf dengan Balasubramaniam...tolonglah.

Sekian saja sebab dah lewat malam...

No comments:

Post a Comment