Mubahalah boleh tapi bersyarat. Itu jawapan Anwar. Patutnya kita yang bagi syarat untuk pastikan dia betul-betul bersumpah tanpa taqlid. Ini sudah terbalik. Ada cara paling mudah untuk nyatakan kebenaran, tapi Anwar pilih jalan berliku. Berliku kepada dia dan berliku kepada seluruh rakyat dan negara.
Sebagai pemimpin besar, Anwar perlu jujur dalam meleraikan kekeliruan rakyat.. Kalau benar dia difitnah, dia tidak perlu mempertahankan diri dengan menimbulkan fitnah terhadap orang lain. Cara ini bukan cara insan akademis bertakwa. Ini cara orang tidak berilmu dan tidak bertakwa.
Justifikasi perlaksanaan hudud adalah semata-mata di atas maksud ketakwaan dan ketaatan seseorag hamba kepada Allah. Ia tidak sama dengan undang-undang konvensional yang bermaksud semata-mata untuk menjatuhkan hukuman terhadap yang bersalah dan tiada kaitan dengan kehidupan selepas mati.
Kerana kasihkan umat, seorang penzina pun nabi tetap berharap dan mendoakan petunjuk dan hidayah untuk mereka. Seorang sahabat nabi telah dijatuhkan hukuman rejam sehingga mati. Ada dikalangan sahabat memandang jijik melihat darah pesalah tersebut kerana maksiat yang telah dilakukan. Bagaimana pun nabi telah mengingatkan mereka bahawa jika dikumpulkan nilai taubat seluruh sahabat yang ada tidak akan sama dengan nilai taubat sahabat yang telah dijatuh hukum.
Perlaksanaan hukum hudud ketika itu adalah di atas kerelaan si persalah yang minta dihukum di atas kesalahan yang telah dilakukan. Kerelaan ini berlaku kerana mereka lebih takutkan Allah dari takutkan manusia. Mereka lebih sanggup menerima ‘aib’ semasa di dunia dari menerima ‘aib’ di akhirat.
Jika pada masa itu perangai si pesalah sama dengan si pesalah hari ini yang tidak mahu mengaku dan tidak bersedia untuk dihukum secara sukarela, maka nabi juga akan mengalami masalah untuk memutuskan satu-satu kes yang timbul. Nabi juga akan mengalami masalah untuk mencari saksi yang benar-benar melihat akan kejadian itu. Saksi pula akan bermasalah untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar melihat kejadian itu seperti melihat ‘jarum masuk ke lubang’. Selalunya penzina akan melakukan aktiviti di dalam gelap dan sembunyi-sembunyi. Sudah tentu saksi berkenaan dengan satu-satu kes itu akan gugur kelayakannya sebagai saksi kerana tidak memenuhi syarat yang digariskan syarak.
Di sini dapat kita fahami bahawa maksud berhukum dengan hukum syarak amat berbeza sekali dengan berhukum mengikut undang-undang konvensional. Jelas, hudud mengambil kira faktor hubungan antara sesama manusia, hubungan di antara rakyat dan pemerintah dan juga hubungan di antara seseorang hamba dengan Allah. Tetapi undang-undang konvensional hanya berdiri semata-mata di atas maksud hubungan di antara sesama manusia dan hubungan di antara rakyat dan pemerintah di dalam sesebuah negara.
DS Anwar sepatutnya lebih ‘arif billah’ tentang perkara ini. Jika beliau benar-benar takut hubungannya dengan Allah terjejas, beliau tidak harus menambah burukkan lagi keadaan dan hubungan antara sesama manusia yang tidak kena-mengena dengan pertuduhan yang dihadapi hanya semata-mata untuk memperjelaskan bahawa beliau tidak bersalah.
Jika dia benar-benar tidak bersalah, adalah menjadi tanggungjawab beliau selaku insan akademis bertakwa untuk menghentikan fitnah dan porak peranda masyarakat disebabkan maslahat peribadi yang telah menjadi pertikaian umum. Cara terbaik untuk menghentikan fitnah ini adalah dengan melakukan mubahalah.
Jika dia berterusan meletakkan dirinya lebih tinggi dari institusi keadilan yang ada, maka masyarakat akan terus terjerumus ke lembah fitnah yang akan lebih merosakkan masyarakat terbanyak.
Dia tidak boleh lari dari tanggungjawab memperbetulkan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat yang berpunca dari masalah dirinya yang dipertikaikan.
Selaku pemimpin akademis bertakwa, beliau harus berani berhadapan dengan dugaan Allah terhadap dirinya. Samada benar atau salah, selesaikan dengan cara yang tidak merosakkan negara dan rakyat.
Samada benar atau salah lakukanlah mubahalah. Kalau dia sanggup bermubahalah, sudah pasti seluruh rakyat akan benar-benar yakin dia tidak bersalah. Seluruh ahli Pakatan Rakyat patut memujuk Anwar untuk bermubahalah kalau mereka benar-benar ingin membentuk kerajaan sebelum 16 September!
Kalau dia menerima musibah hasil dari mubahalah tersebut, bermakna terbukti keimanan dan ketakwaannya kepada Allah. Terbukti beliau sanggup di hukum semasa di dunia lagi terhadap ketelanjurannya. Terbukti dia lebih kasihkan Allah dari kasihkan kuasa, pangkat dan kemashuran. Beliau sanggup menerima ‘aib’ di dunia dari menerima ‘aib’ di mahkamah Ilahi kelak.
Selamat bermubahalah demi agama bangsa dan negara….
Salam,
ReplyDeleteSatu kenyataan yg sangat mudah difahami dan sepatutnya di ambil sebagai iktibar. Saya sangat menyokong penyataan saudara, Hudud ada kerana manusia rela dihukum di dunia untuk meringankan beban di akhirat. Hanya mereka yang betul2 bertakwa dan beriman sahaja yang sanggup berhadapan dengan hukum allah.
Jika ditangkkap berdua duan dgn wanita di bilik hotel, masih boleh mengaku tidak bersalah dan memberi seribu satu dalih dan pergi ke mahkamah syariah diwakili oleh bekas LP, dan hukuman tidak bersalah dijatuhkan tetapi adakah Allah mengatakan mereka itu telah bebas dari dosa 2 org bukah muhrim yg menghapiri zina. Jika mereka itu betul2 bertakwa maka mereka lebih sanggup dijatukkan hukum didunia ini.
Pesalah2 yg dihukum dizaman rasullullah adalah mereka yg pergi mengadap dan mengaku dosa mereka di hadapan rasullullah, mereka yg ditanya berkali2 oleh rasullulah adakah mereka benar2 telah melakukan dosa dan mengaku melakukannya. Sanggupkah kita.
anwar seorang individu yang memang akan menyahut cabaran sekiranya beliau rasa ada kebenaran...peliknya tidak untuk kali ini
ReplyDelete