Sunday, July 6, 2008

ANWAR, INDIRA GHANDI, SHAH IRAN SENASIB...

PM Indira Ghandi pernah memohon bantuan bank dunia sewaktu India mengalami kemelesetan ekonomi. Bank Dunia telah memberi kelulusan bersyarat, di mana India perlu menurunkan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi.

Kerajaan Indira Ghandi terdesak kerana kempen makan pil perancang tidak diendahkan oleh rakyatnya. Lantas beliau melalui kelulusan parlimen telah mewajibkan setiap wanita India memakan pil perancang dan jika didapati mengandung, kandungannya perlu digugurkan.

Apa yang cuba dikaitkan di sini adalah soal kifarah dunia atau hukum karma. Dalam Islam, ‘abortion’ amat dilarang dan ia dikira sebagai satu pelanggaran hukum alam dan menentang ketentuan/takdir secara jelas. Hukum karma akan berlaku kepada si pengamal sebelum mereka meninggalkan dunia ini. Hukum karma ini tidak terbatas hanya kepada penganut islam saja.

Secara kebetulan atau pun tidak, tidaklah dapat dipastikan. PM Indira Ghandi mati di bom. Anak sulongnya mati dalam nahas helikopter..PM Rajiv Ghandi juga mati di bom. Kita lihat kesemuanya mengalami kematian ‘ala abortion’.

Shah Iran juga telah menerima hukum karma apabila nasib yang diterima sama seperti mana isterinya Puteri Soraya yang mati dalam buangan. Shah Iran menceraikan isterinya hanya disebabkan puteri itu gagal melahirkan anak. Bukan saja dicerai, malahan turut dibuang negara. Shah Iran menentang hukum alam dan ketentuan secara jelas.

Berbalik kepada persoalan DS Anwar Ibrahim. Kita tidak harus memandang kepada persoalan liwat, tuduhan konspirasi atau pun soal penganiayaan semata. Tiada siapa yang mengetahui dengan jelas selain dari dia, pasangannya dan Allah SWT samada perkara tersebut berlaku atau pun tidak.

Sebagai seorang muslim, apa yang perlu dimuhasabah oleh DS Anwar adalah kenapa ‘keaiban’ ini terjadi kepada beliau? Apakah peristiwa in merupakan satu hukum karma? Kalau benar ia hukum karma, apa yang menyebabkan DS Anwar menerima ‘keaiban’ sehingga ke dalam rumahnya?

Kita memang tidak mahir quran dan hadis serta hukum hakam yang terkandung di dalamnya. Teringatkan mahfum ayat quran yang melarang hambanya menyebarkan ‘aib’ di antara mereka di hadapan khalayak. Jika kita lakukannya maka suatu hari nanti kita pula akan diaibkan dihadapan khalayak yang lebih besar. Malahan kita akan diaibkan sehingga ke dalam rumah sendiri.(kena rujuk mereka yang arif agar lebih jelas kefahaman).

Teringat kembali peristiwa bagaimana TS Rahim Thamby Chik mengalami dugaan hidup suatu ketika dulu. Benar atau tidaknya peristiwa itu hanya TS Rahim, pasangan yang dikaitkan dan Allah swt saja yang tahu.
Kalau mengikut para ilmuan yang cenderung menyokong DS Anwar, pihak penuduh perlu mengemukakan saksi yang cukup syarat-syaratnya dari segi syarak. Ada yang menyatakan saksi tersebut mesti benar-benar pasti berlakunya perkara tersebut seumpama ‘jarum masuk ke lubang’.

Kita tidak mempertikaikan hukum yang termaktub, tapi kita hairan persoalan perlunya berhukum dengan hukum syarak hanya kedengaran apabila ianya melibatkan DS Anwar. Walhal beribu-ribu kes jenayah termasuk yang melibatkan TS Rahim, tidak kedengaran pun suara para ilmuan menyarankan agar dikendalikan mengikut hukum syarak. Para ilmuan tak boleh pilih bulu dalam soal hukum!

Berbalik kepada peristiwa TS Rahim, kita masih teringat bagaimana media cetak dan elektronik digunakan untuk mengaibkan beliau. ‘Spin Doctor’ begitu bijak memainkan isu tersebut. Kita masih ingat bagaimana TV3 dan media cetak mengeluarkan semula foto-foto TS Rahim waktu muda-muda yang berambut sedikit ‘afro-look’. Media cuba memberi gambaran kepada rakyat bahawa TS Rahim berwajah seorang per-g-l…?

Pertanyaan yang patut difikirkan ialah siapa berniat dan berkonspirasi untuk mengaibkan TS Rahim? Siapa yang mengawal seantero media ketika itu? Takkan tak tau…

Pengkisahan ini jelas menampakkan kepada kita kenapa DS Anwar menerima musibah ‘aib’ini. DS Anwar tidak perlu memberi tahu dunia bahawa dia telah dianiaya. Apa yang perlu difikirkannya ialah kenapa Allah swt menurunkan musibah hukum karma ini kepada beliau.

Berdasarkan ‘kes mengaibkan’ yang dilakukan terhadap TS Rahim, bukan suatu yang menghairankan jika DS Anwar juga akhirnya terbelit dengan ‘kes yang lebih mengaibkan’ dengan jalan cerita yang tidak banyak berbeza seperti yang dialami oleh TS Rahim.

Dunia ini bukan ana yang punya tapi Allah swt yang punya…Kadang-kadang kita lupa. Kita merasa perancangan kita lebih baik dari ‘Dia’. Ayat ‘wamakaru’ yang sepatutnya diguna untuk pedoman diri turut dijadikan bahan propaganda politik. Jangan sampai macam tu…. nanti kalau tuhan tambah murka…dia tambahkan ‘aib’ lagi u…..!

Fikir sejenak lebih baik dari beribadat 1000 tahun….

AKUAN BERSUMPAH VS MUBAHALAH

Akuan Bersumpah yang menelan belanja RM6 sudah tiada kredibiliti. Ia sudah jadi barang mainan. Sesiapa saja boleh menggunakannya sebagai sebahagian dari kaedah untuk menjayakan apa juga rencana tersembunyi.

Pendek kata Akuan Bersumpah tidak boleh lagi disandarkan untuk mencari kebenaran. Akuan Bersumpah amat terdedah kepada manipulasi bagi sesiapa yang berhasrat untuk memanipulasikannya.

Jalan tengah yang masih tinggal dalam kekalutan masyarakat menilai antara kebenaran dan kebatilan hanyalah melakukan mubahalah kerana tiada siapa yang boleh mengajak Allah swt untuk berkonspirasi.

Maka jika DS Anwar benar-benar ingin membuktikan ada konspirasi untuk menjatuhkannya beliau boleh lakukan mubahalah. Anwar punya senjata ampuh untuk membuktikan kebenarannya! Jika dia sanggup lakukan mubahalah, maka rakyat akan 100% yakin terhadapnya!

Anwar tidak perlu bersusah payah ke hulu ke hilir menafikan perlakuannya. Tidak perlu susah payah menuduh orang itu dan orang ini berniat jahat. Lakukan mubahalah…!

Kalau ANDA dipihak yang benar, lakukan sekarang….! Jangan takut kerana Allah swt pasti bersama orang-orang yang benar….

Selepas ini rakyat boleh back to business as usual. Janganlah letakkan rakyat dan negara dalam kesulitan hanya kerana isu permainan alat sulit…

Keadaan bertambah sulit….

No comments:

Post a Comment