Setiakawan….! Itu asas penawaran diri KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ramai juga kawan-kawan yang terkejut badak kerana buat pertama kali telah mendapat jemputan untuk hadir ke majlis-majlis yang dihadiri oleh sdr KJ. Mungkin atas dasar setiakawan agaknya.
Beliau mengingatkan pemuda, melakukan perubahan bukan sekadar retorik. Pendek kata, beliau lebih cenderung supaya tiada apa-apa perubahan berlaku. Beliau juga menyanggah pendirian pemimpin-pemimpin yang mewakili akar umbi yang rata-rata tidak bersetuju dengan pelan peralihan 2010.
Tetapi dalam masa yang sama, beliau juga menyifatkan tawarannya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah sesuai dengan harapan pimpinan pemuda di peringkat akar umbi!
Beliau mahu memperkasakan hubungan Pemuda UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian, mengeratkan hubungan di antara Pemuda UMNO dengan Pemuda Barisan Nasional (BN) dan menjalin hubungan dengan generasi muda yang berada di luar parti politik melalui konsep setiakawan.
Apa yang ingin dilakukannya hanyalah suatu sebutan semula kepada fungsi dan tanggungjawab asas seorang penjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Selama ini di atas fungsi dan tanggungjawab itulah yang telah menyebabkan UMNO sentiasa diterima baik dan menepati aspirasi generasi muda sesuai pada masa dan ketikanya.
Cuma kebelakangan ini, cenerasi muda telah beransur-ansur hilang minat kepada UMNO. Hilang minat ini bukan khusus disebabkan oleh Ketua Pemuda tidak berfungsi, tapi adalah atas faktor imej UMNO, kepimpinan parti dan kerajaan keseluruhannya. Samalah seperti wanita. Semua orang maklum bahawa wanita telah menjadi asset setiap kali BN menghadapi pilihanraya. Tapi wanita tetap bersama UMNO bukan kerana faktor kehebatan seorang Ketua Wanita. Wanita sejak dari dulu hingga kini memang merupakan pendokong setia parti, tidak kira siapa yang menjadi Ketua wanita atau siapa menjadi Presiden parti.
Mereka-mereka yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO termasuk DS Hishammuddin tentu sekali bersetuju dengan apa yang saya katakan ini.
Jadi, fungsi dan asas perjuangan seperti yang disebut semula oleh KJ ini, adalah sesuatu yang lazim dilakukan oleh setiap mereka yang menjadi ketua pemuda. Itu tidak boleh dimasuk kira sebagai sebahagian dari agenda memperkasa pemuda. Asas perjuangan ini samalah seperti kelaziman seorang manusia yang sudah pasti memerlukan makanan, pakaian dan tempat tinggal sebagai keperluan asas.
Proses memperkasa pemuda mesti memerlukan elemen-elemen lain sebagai daya penarik dan pemangkin kepada proses pemerkasaan itu, apatah lagi paska PRU 12 telah menuntut agar pemuda UMNO supaya lebih berani, ikhlas dan jujur dalam melakukan proses pemerkasaan. Kalau perjuangan pemuda hanya berbekalkan keperluan asas seperti mana manusia yang memerlukan makanan, pakaian dan tempat tinggal, bagaimana orang lain mahu dekat dan tertarik dengan perjuangan pemuda?
Setiakawan, memperkasa hubungan cawangan dan bahagian, hubungan UMNO dan rakan komponen, juga hubungan UMNO dan rangkaian luar politik adalah keperluan asas yang perlu bagi menjalankan fungsi sebagai Ketua Pemuda.
Walau bagaimana pun, ciri-ciri itu tidak mencukupi bagi seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia paska PRU 12. Paska PRU 12, UMNO pada hakikatnya memerlukan seorang ketua pemuda yang mampu bertindak umpama burung pemikat yang mendorong seluruh masyarakat burung untuk turut mendiami habitatnya.
Untuk itu, ciri-ciri penting seorang ketua pemuda paska PRU 12 yang perlu dipertimbangkan oleh perwakilan yang berani, ikhlas dan jujur, antaranya adalah :
1.Dia harus menjadi asset dan bukan liability kepada parti.
2.Dia harus memenangi persepsi positif dari pandangan rakyat terutama generasi muda dan bukan seorang pembawa ‘baggage’ yang menjadi penyebabkepada kebencian orang luar parti kepada UMNO.
3.Ketua Pemuda paska PRU 12 juga mesti seorang yang dihormati kawan, disegani lawan dan bukan ditakuti kawan atau digeruni lawan.
4.Ketua Pemuda paska PRU 12 juga mesti menjadi benteng pertahanan parti yang sukar ditembusi musuh luar dan bukan sebagai benteng yang menjadi ‘punching bag’ musuh untuk menyerang parti secara ‘bola tanggung’.
5.Ketua Pemuda paska PRU 12 seharusnya tidak mempunyai kepentingan lain selain dari hanya menjadi Ketua Pemuda. Ketua Pemuda tidak boleh lagi memegang jawatan kabinet kerana peranan dan tumpuan khusus harus diberi bagi memperkasa semula pemuda, khusus bagi menghadapi PRU 13.
6.Ketua Pemuda paska PRU 12 harus berani berkata benar walau pun pahit untuk didengari dan bukan ‘yes man’ atau ‘rubber stamp’ kepada kepimpinan induk parti asalkan ianya memberi kebaikan kepada parti.
7.Ketua Pemuda Paska PRU 12 juga mestilah seorang yang tidak dipertikaikan kredibiliti, moral dan peribadinya. Beliau bukan sahaja perlu credible, bermoral dan berkeperibadian unggul, tetapi beliau juga perlu dilihat credible, bermoral dan berperibadi unggul.
8.Ketua Pemuda paska PRU 12 juga mestilah seorang yang benar-benar bebas dari sebarang unsur yang boleh membawa kepada rasa curiga ahli dan rakyat terhadap factor kepentingan bersama di antara seorang Ketua Pemuda dan Presiden Parti. Jika Pak Lah masih menjadi Presiden parti, maka adalah teramat janggal jika akar umbi meletakkan Khairy Jamaludin sebagai ketua Pemuda.
9.Pemuda harus memikirkan bahawa walau pun mereka mahu Khairy untuk memimpin mereka atas sebab-sebab tersendiri, tapi mereka harus mendahului kepentingan parti dari lain-lain kepentingan. Pemuda jangan bertindak atau melakukan sesuatu yang boleh menyuburkan lagi pandangan serong sebahagian besar ahli dan rakyat terhadap UMNO….
10. …….bersambung//
Berani dan tulus.
ReplyDeleteItulah Barisan Pemuda yang ahli harapkan, bukan yang diragui (walaupun ada karisma), bukan yang bacul (walaupun berani berteriak), bukan yang "bergantung" (walaupun sudah baligh!).
Wujudkan kembali era Pemuda Halia!
Always say No to KJ.Period!
Salam Saudara,
ReplyDeleteSurvey yang dianjurkan KL POS mecerminkan senario semasa mengenai tanggapan ramai terhadap Khairy. Saya asyik dok tengok dah dua tiga hari, Khairy dok kekal 12% while Mukhriz maintains 80%.
Khairy patutnya akur dengan hakikat bahawa beliaulah bersama Pak Dol yang telah menambahkan beban kepada baggage yang dibawa UMNO.
Jadi secara logik akal Khairy telahpun meramal perlawanan yang susang untung dimenangi. Namun mainan politik tidak mengikut logik akal, penentu segalanya ialah duit duit duit during last minute. Harapnya perwakilan UMNO sedar bahawa maruah bangsa bukan untuk dijual beli.
Kalau Pak Dol dan Khairy tersungkur nanti, saya nak humban depa ni kat Tasik Chini.
Wassalam.
Salam.
ReplyDeleteTambahan kpd faktor generasi muda lari dr UMNO:
- Generasi muda meluat dgn perangai pemimpin Umno tmsuk pmimpin pmuda, cth ada kp cwgn yg mnawarkn diri btdg kp, tp dihalang dgn pelbagai cara dan tipu daya, seolah2 bdepan dgn pembangkang. Soalnya, di mana anak2 muda melampiaskn semangat pjuangan yg bkobar2, tp x diterima pimpinan pmuda bhg. Jawaban: Tepuk dada tanya generasi muda....
-Setiakawan ? ya untuk grup sendiri, tp tidak utk grup lain. wpun dlm PEMUDA sendiri. Betul?
kali ni den sotuju amek2 dongan kau man, tapi den nak tanyolah ado ko lai pemudo yang mcm kriteria yang kau hondakkan tu..kalau ado bortuah amek parti usang umno ni..ado jugak yang cubo nak monyolamatkan dari asyik nak melingkupkan jo sampai orang naik moluat....
ReplyDeletePeranan pemuda harus menjadi golongan pendesak kepada parti.Itulah sepatutnya menjadi keberanian pemuda.Nak jadi apa kalau Pak Lah presiden dan menantu jadi ketua pemuda?Alamat ALKULLIHAL la jawabnya.Saya suka merujuk kepada peranan pemuda pas.Setiap tahun dalam muktamarnya pemuda Pas begitu lantang mengkritik kepimpinan parti sejak dari presidennya almarhum Ustaz Fadzil Noor sehinggalah ke Ustaz Hadi.Tetapi respon Fadzil Noor terhadap kritikan ini amat menghiburkan saya.Beliau berkata "Pemuda Pas ibarat anak yang ramai didalam rumah.Semasa ada didalam rumah mereka begitu nakal.Ibu bapa begitu rimas dngan perangai mereka tetapi apabila mereka tiada,rumah menjadi sunyi sepi dan ibu bapa pula menjadi rindu pada anak anaknya"
ReplyDeleteWalaupun saya ahli Pas secara peribadi saya begitu rindu pada pemuda UMNO zaman Suhaimi Kamaruddin.Begitu lantang mengkritik kepimpinan parti tetapi itu semua sudah berlalu begitu lama.Era selepas itu pemuda UMNO begitu lesu dan layu sehinggalah sekarang.Itulah sebabnya UMNO ini sudah kehilangan jati diri kerana tidak sanggup menerima kritikan terbuka dari pemuda.Ayuh pemuda UMNO.Kembalikan zaman itu.Kembalikan zaman itu.kembalikanlah zaman itu.Walaupun kami Pas ,kita serumpun bangsa.Ayuh lakukannya.
Wallahu'alam bissawab.
kita ambil jln yang senang dan ringkas saja utk menentukan kepimpinan pemuda umno msia akan dtg...KITA PILIH YG BOTAK KITA TOLAK YANG KERINTING....
ReplyDeleteSaya ingatkan saya je yang buat 'loya buruk' ;-)
ReplyDeleteKira oklah tu.. Saya pun suka semangat setiakawan ni :-)
Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com