10. Pemuda juga harus mencari seorang ketua yang mempunyai daya, kemampuan dan ciri-ciri kepimpinan yang mudah diterima akar umbi, generasi muda dan juga rakyat. Usaha ini mampu menghapus persepsi yang selama ini menganggap UMNO gagal menghayati aspirasi akar umbi dan generasi muda yang jelas mahukan suatu perubahan drastik dilakukan bagi menanam semula kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kebolehupayaan UMNO untuk terus memerintah.
11. Ketua Pemuda paska PRU 12 mesti mampu mengutamakan prinsip dan perjuangan parti dari mengutamakan individu pemimpin yang memimpin parti. Dia wajib tahu bahawa pemimpin datang pemimpin pergi tapi prinsip dan asas perjuangan parti tetap kekal berdiri. Selama ini, UMNO telah menguasai persepsi positif rakyat kerana kekuatan pemimpinnya berpegang kepada prinsip dan perjuangannya. Rakyat memikir UMNO boleh dibuat tempat bergantung harap bangsa melayu dan semua kaum dalam negara. Mereka berkehendak kepada UMNO bukan kerana pemimpin yang memimpin UMNO. Itu sebab ramai pemimpin yang hebat-hebat telah tenggelam apabila mereka tidak lagi memakai jenama UMNO. Tapi persepsi rakyat hari ini sudah berubah terhadap UMNO. Berubah bukan disebabkan prinsip dan perjuangan UMNO telah berubah, tapi disebabkan kegagalan pemimpinnya membawa prinsip perjuangan tersebut dengan cara yang betul.
12. Ketua Pemuda paska PRU 12 wajib mendapatkan jawatan itu secara halal. Secara halal membawa maksud, calon Ketua Pemuda itu mestilah mendapatkan jawatan tersebut dengan cara mendapatkan sokongan akar umbi melalui ruang demokrasi yang dibenarkan oleh perlembagaan parti. Seseorang penganut islam mestilah mengamal apa yang termaktub dalam al quran dan hadis. Kalau dia mengambil jalan selain dari quran dan hadis maka mereka boleh dikira terkeluar dari agama. Kalau untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO, dia mesti melalui cara dan kelaziman yang berlaku sepertimana yang digariskan oleh perlembagaan. Jika dia mengambil jalan selain dari yang digariskan oleh perlembagaan seperti membeli ketua pemuda bahagian dengan mas kahwin RM100,000 tunai atau secara kontrak hadapan, maka cara itu sudah dikira terkeluar dari garis yang ditetapkan perlembagaan. Itu sudah dikira tidak halal di sisi perlembagaan parti. Cara ugutan, tekanan atau melakukan sekatan ekonomi terhadap sesiapa yang tidak sehaluan juga dikira tidak halal.
13. Ketua Pemuda paska PRU 12 juga mestilah seorang yang berjiwa besar dan bukan seorang yang besar hati atau besar kepala atau pun seorang yang suka cakap besar, sombong dan angkuh. Berjiwa besar bermaksud seorang yang berjuang mengikut sebagaimana yang digariskan dan tidak terkeluar dari prinsip-prinsip asas sebagai seorang pemimpin. Tidak melanggar batas, etika dan moral dalam mencapai cita-cita atau hajat. Tidak menghalalkan cara dalam mencapai matlamat.
14. Ketua Pemuda paska PRU 12 mestilah membuktikan bahawa beliau dipilih dan diletakkan sebagai ketua pemuda disebabkan oleh kekuatan, keupayaan, karisma dan nilai-nilai kepimpinan yang dimiliki dan bukan disebabkan oleh sistem tumpangan atau naungan. Si Badang tidak mampu mencabut pokok jika dia hanya bergantung pada kekuatan sendiri. Badang jadi kuat disebabkan dia telah menggunakan atau menumpang kekuatan jin. Itu sebab dia boleh mencabut batang kelapa hanya menggunakan sebelah tangan…
15. ….Bersambung//
berapa banyak sambung daaa......
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesempena hari lembaran akan akan menjelang tiba, izinkan saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri , diharap kemaaafan yang dipohon akan mengeratkan lagi perpaduan supaya kita akan menjadi satu rumpun bangsa yang utuh dan harmoni kerana jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.
Keikhlasan yang dipohon ,keikhlasan jua diberi walaupun keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEKELUARGA DAN SAYA SEKALI LAGI
MEMOHOF SERIBU KEMAAAFAN
Carcoon
0126179717
Salam Tuan.
ReplyDeleteDiharap, diakhir entri ini Tuan nyatakan siapa yang menepati kriteria Pemuda Pasca PRU12.
Saya dah nyatakan kat laman blog saya, kriteria terpenting mesti ada pada Ketua Pemuda :-)
ReplyDeleteSelamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)
Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com