Friday, September 26, 2008

BILA NAK TAMAT SILIBUS PERALIHAN KUASA...?

Apa kena mengena proses peralihan kuasa dengan menunda tarikh Perhimpunan Agong UMNO ni…? Kalau nak cepatkan peralihan kuasa pun kenapa mesti tunda PAU? Susahlah macam ni. Kalau tunda PAU tapi umumkan serentak bila nak main alih-alih ni nampaklah rasional disebalik penundaan tarikh PAU ni.

Buat keputusan tunda persidangan tapi masih berteka-teki tentang tarikh peralihan kuasa. Jadi apa guna ketetapan Mesyuarat Khas MKT untuk tangguh persidangan kalau status kisah peralihan kuasa tu sama saja dengan status sebelum mesyuarat….masih juga sama-samar. Malulah kita kat ahli UMNO. Malu dengan rakyat dah tak boleh nak cakap macam mana dah….tak tau nak letak muka kat mana…Buat pertama kali saya endorse, memang sahlah orang cakap flip-flop.

Sampai bila kisah ni nak dihidangkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kalau nak cover silibus bab peralihan kuasa pun mengambil masa berbulan-bulan tak selesai-selesai, agaknya macam manalah untuk kita harapkan mereka-mereka ni untuk kemuka pelan ekonomi, pelan mengatasi kemelesetan dunia, pelan memperkasa semula hubungan antara parti komponen BN, pelan untuk menangkis serangan pembangkang dan macam-macam pelan lain yang lebih penting?

Cakap orang-orang tuo Negori Nan Sembilan ‘abih waktu dek panjang eh azan’. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan al-kisah peralihan kuasa yang meleret-leret dan berjela-jela panjangnya tapi tak juga selesai!

Rakyat nak tengok credibility mereka untuk selesaikan masalah negara tapi mereka lebih focus macam mana dari segi teknikalnya kuasa dapat terus dipertahankan. Rakyat harap mereka cekap untuk buat keputusan-keputusan penting untuk tamatkan cepat segala silibus yang tidak kena mengena dengan mereka mengenai masalah alih kuasa yang meleret-leret tapi mereka asyik bersilat kuntau dan bersilat pulut sesama mereka menunjukkan kemahiran mereka mengatur politik dalam menyelamatkan survival politik masing-masing.

Takut nanti bila rakyat tengok mereka asyik mengalun azan dari waktu ke waktu tapi tak juga sembahyang-sembahyang, akhirnya rakyat cari imam, cari jemaah dan masjid lain baru dia orang tahu tinggi rendahnya langit….sedar-sedar masjid dah kosong. Hanya tinggal bilal dan tok siak. ..

Salam terakhir…

3 comments:

  1. mana sambungan no 15 da....
    kalau susah2 baik kito buko 'plan' baru kek pokok gotah.lagi banyak susu yang kito dapek...
    ('plan' ni orang motong gotah tau la apo makno eh..yang tak ponah menoreh tu biar den koba kan ha..plan ni ialah torehan pertama yang dilakukan pada pokok getah untuk dijadikan panduan supaya aliran cecair getah menuju ke dalam mangkuk yang disediakan dan tidak bersepah-sepah.dengan adanya panduan ini maka hasil getah tadi dapat dikumpulkan dan di jual hasilnya untuk menyara hidup penorah getah sekeluarga.selalunya apabila di buka plan baru hasilnya akan bertambah). Agak-agak eh la man diorang nak kito buek macam tu ko.bukak plan baru?

    ReplyDelete
  2. BJ
    Kalau bukak plan baru tu 1 pilihan baik dgn syarat pisau gotah perlu 'dilampeh'oleh org yg ahli. Kalau tak ahli susu gotah tak kelua. Lg 1 bukak plan jgn maso daun 'tarok mudo'. Nanti kojo 2 kali lg susah n poko gotah copek punah. Tp akal manusia ni panjang. susu takdo jual kayu gotah pun lumayan. bueklah yg mana paling patut..Dtglah rayo di Sg Jelutong..

    ReplyDelete
  3. Tulah pasal..
    Boring 'giler' rasanya :-)

    Kalau baca buku memang dah habis 1000 m/s :-)


    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete