Penulis sudah 4 hari berfikir dan mengkaji kenyataan setiap pemimpin tentang penangguhan PAU kepada Mac 2009. Kenapa dan apa rasional ianya ditunda? Apa kaitan dengan pelan peralihan kuasa yang ikut ceritanya akan dipercepatkan? Sampai sekarang penulis masih tak nampak…
Keputusan yang bijaksana, tindakan terbaik oleh MKT, benar-benar mewakili suara akar umbi, amat melegakan, harus diterima demi kebaikan parti dan macam-macam lagi kenyataan. Kita pun naik pening apa sebenarnya yang disokong. Sampaikan MCA dan Gerakan pun sokong. Apa yang dia sokong? Sokong tunda tarikh PAU ke atau sokong percepat peralihan kuasa.
Setahu penulis, MKT hanya membuat keputusan tunda PAU. Mana ada umum pasal peralihan kuasa. Pak Lah pun mana ada cakap yang betul-betul jelas. Masih bermain dengan kata-kata. Yang depa dok heboh kata lega, bagus, bijak ni pasal apa? Betul ke tak betul ni. Orang lain pun puasa jugak, bukan MKT je puasa tapi takkanlah sampai tak sedar apa yang diputuskan dalam mesyuarat MKT tu.
Pak Lah hanya cakap terpulang pada saya memutuskannya. Apa-apa pun akan saya bincangkan dengan Najib dan macam-macam lagi ayat gantung tak bertali yang dinyatakan.
Akibat dari PPK (Pelan Peralihan Kuasa) yang tak menentu ni, tak pasal-pasal Perhimpunan Agong UMNO ditangguhkan. Ramai kalangan pemuda yang lahir tahun 1968 dan Puteri yang lahir tahun1973 terbantut kerjaya politik gara-gara keputusan menunda Perhimpunan Agong. ke Mac 2008. Mereka akan terlepas peluang untuk menawarkan diri bertanding jawatan tertentu di peringkat pusat.
Bagi penulis, komen YBM Tengku Razaleigh Hamzah saja yang benar-benar menepati seperti mana yang digariskan oleh perlembagaan. Nabi SAW menyarankan kalau timbul perbalahan dan kekeliruan kembalilah kepada al quran dan hadis. Kalau dalam berparti, jika timbul satu-satu kemusykilan sepatutnya rujuklah kembali kepada perlembagaan parti. Hanya dengan cara merujuk dan mentaati sepenuhnya apa yang termaktub dalam perlembagaan saja yang akan membolehkan semua pihak akan akur dan berpuas hati.
Tapi kalau di kalangan pemimpin (atas maksud apa pun) mencipta dan memperkenalkan peraturan dan persefahaman dengan membelakangkan perlembagaan sudah pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati. Mana mungkin suatu perkara penting untuk masa depan parti, agama, bangsa dan negara hanya diputuskan oleh 2 orang menentukannya. Ahli dan rakyat diminta akur dengan pelan peralihan kuasa yang belum bertarikh.
Tindakan ini hanyalah percubaan untuk merendah-rendahkan pemikiran ahli dan rakyat. Seolah-olah tugas ahli hanya perlu akur dengan apa juga keputusan peringkat atasan. Ahli diyakinkan bahawa keputusan peringkat atasan itu adalah semata-mata demi kepentingan parti, agama, bangsa dan negara. Tiada langsung kepentingan diri.
Pihak yang berkuasa ini sehingga kini belum ada yang berani menyanggah kritikan yang dilemparkan oleh Ku Li. Mereka belum ada ruang untuk memperlekehkan hujah Ku Li. Ini membuktikan bahawa Ku Li sedang bercakap tentang perkara yang benar dan seharusnya difikirkan oleh seluruh ahli UMNO.
Ini juga adalah bukti jelas bahawa jika semua peringkat pemimpin atasan UMNO bertindak berlandaskan peruntukan perlembagaan yang ada sudah pasti penyelesaian akan mudah dicari.
Masalah sebenar yang dihadapi hari ini adalah ada terdapat sekelompok pimpinan atasan yang cuba lari dari masalah. Mereka mencari jalan yang selain dari apa yang ditunjuk ajarkan oleh perlembagaan. Mereka sangat ‘fobia’ dengan peraturan dan peruntukan perlembagaan parti yang mereka sendiri pimpin.
Jika penganut Islam berbuat seperti mereka dengan mencari selain dari al quran dan hadis, sudah pasti mereka dianggap terkeluar dari agama. Jadi apa hukum yang boleh dijatuhkan kepada pemimpin UMNO yang mencari selain dari apa yang ditunjuk ajar oleh perlembagaan?
Salam Eid al Mubaraq…
Salam,
ReplyDeleteBerpura-pura dalam kehidupan adalah manusia yang bertopengkan syaitan..dalam UMNO ni ramai yang berpura-pura, kononnya akur, patuh,bertanggungjawap..,ini semua kerana takut kehilangan kuasa dan jawatan, mereka sanggup bertopengkan syaitan yang dilaknati Allah, contohi lah Tan Sri Muhyuddin Yassin, bercakap dgn fakta, tak takut hilang kuasa dan jawatan, akhirnya beliau wira kita..perlembagan parti adalah kitab UMNO, tapi berapa ramai yang berpandukan kpd perlembagan UMNO, kononnya pemimpin UMNO akan mendengar suara dari akar umbi bila saja analisa PRU 12 di laung-laungkan, tapi apa jadi sekarang ini, MKT yang membuat arahan dari atas ke bawah, dunia sudah terbalik...penundaan PAU mac 2008, lebih baik jgn adakan PAU biarlah pemimpin atasan UMNO yang rakus kuasa dan tamak haloba berpoya-poya dan sifat angkuhnya...kita jumpa saja PRU 13 nanti...