Sunday, October 5, 2008

SALAM EIDULFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat menyambut kedatangan eidul al mubaraq kepada seluruh umat islam muslimin dan muslimat khususnya kepada pengunjung blog Kepal Nasi Kepal Beras. Penulis juga memohon ampun dan maaf di atas sebarang kesilapan dan ketelanjuran sepanjang penulisan di Kepal Nasi Kepal Beras.

Apa pun, penulis memikirkan bahawa Eid Mubaraq hanyalah satu dari hari raya umat Islam. Ada 6 lagi hari raya bagi umat islam yang berjaya.

1. Hari Raya Eiduladha. Diraikan sempena kejayaan menunaikan haji di Baitullah.
2. Hari Raya Sakratulmaut. Apabila setiap hamba Allah dapat mengucap Lailahaillallah di akhir kalam.
3. Hari Raya Pengadilan di Yaumilmasyar. Apabila manusia menerima buku catatan dari sebelah kanan.
4. Hari Raya Titian Siratalmutaqim. Apabila hambaNya berjaya melepasi titian tersebut.
5. Hari Raya di syurga. Apabila hambaNya diterima memasuki syurga Allah.
6. Hari Raya Allah. Apabila ahli syurga dapat melihat wajah Allah. Itulah nikmat tertinggi yang dikurniakan Allah kepada hamba-hambanya yang berjaya.

Di atas rahmat dan rahimNya jua yang akan membolehkan hamba-hambanya beroleh semua kejayaan itu….

Salam Eidulfitri…..

No comments:

Post a Comment