‘Contohi semangat kepimpinan Tun Dr Ismail’ dalam ruangan forum Utusan 6 Okt, menarik perhatian penulis untuk menyambung perbincangan tersebut.
Tugas ahli UMNO bukan sahaja bertanggungjawab untuk memilih Presiden atau Timbalan Presiden UMNO tetapi juga Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN. Naib-Naib Presiden pula sudah pasti akan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.
Kebolehan dan keupayaan pemimpin yang memimpin negara di zaman serba mencabar ini sepatutnya mestilah berkali ganda melebihi kemampuan pemimpin dekad 70an dan 80an. Pendek kata, kalau kemampuan pemimpin hari ini di bawah par, atau lebih tepat lagi tidak mampu mengatasi ketokohan Tunku Abd Rahman, Tun Razak , Tun Ismail, Tun Hussein dan Tun Mahathir mereka sebenarnya tidak layak memimpin Malaysia ke era akan datang.
Masalah ekonomi global, keruntuhan sistem kewangan kapitalis, masalah ekonomi mikro, perpaduan sesama komponen BN yang sedang melalui zaman getir, masalah hubungan kaum, masalah inflasi, masalah jurang pendapatan antara rakyat yang melebar, semuanya sudah pasti lebih mencabar dari dulu. Cabaran ini memerlukan kita kepada kebolehan dan kemampuan pemimpin melebihi par iaitu mestilah lebih baik dan lebih berkemampuan dari pemimpin yang pernah dilahirkan oleh negara ini.
Hari ini kita bukan saja perlu criteria kepimpinan seperti Tun Dr Ismail yang mendahului negara dari dirinya, malahan kita memerlukan ‘sikap jiwa besar’ pemimpin yang ada. Pemimpin yang ada pada hari ini perlu mengukur kemampuan mereka samada mereka mempunyai kemampuan ‘extra-ordinary’ untuk memandu negara ini. Tun Dr Ismail pun tidak akan berkorban seperti itu jika tidak diminta oleh Tunku atau Tun Razak. Tunku dan Tun Razaklah yang berjiwa besar dan tahu membezakan antara kaca dan permata. Tunku dan Tun Razaklah yang terlebih dahulu mendahulukan negara dari diri sendiri. Mereka berdua tidak memikir soal persaingan dalam kepimpinan. Mereka memikir bagaimana negara beroleh kejayaan. Kalau mereka memikirkan Tun Dr Ismail ada sesuatu yang boleh disumbangkan kepada negara, mereka tidak berasa tergugat atau tidak berasa malu untuk menjemput Tun Dr Ismail untuk turut sama berbakti kepada negara.
Kalau pimpinan hari ini benar-benar jujur dan ikhlas dalam mendahulukan negara dari diri sendiri, sudah pasti mereka tidak akan membuatkan Tun Mahathir atau Tengku Razaleigh seperti quran buruk. Sudah pasti mereka akan menjemput negarawan negarawan ini menyumbang kembali sepertimana Tunku atau Tun Razak telah menjemput Tun Dr Ismail.
Kenapa pimpinan hari ini tidak boleh mengorbankan perasaan ego dan besar diri demi negara? Kenapa mereka sudah tidak dapat membezakan antara kaca dan permata? Kenapa mereka masih memikir dan berbalah tentang soal siapa yang harus mengemudi kapal walau pun mereka tahu kapal tersebut telah bocor di sana sini? Adakah mereka memikir kebocoran yang berlaku akan tertampal dengan sendiri jika kemudi sudah bertukar tangan?
Apa yang terbaik harus dilakukan ialah berusaha agar kapal jangan tenggelam, anak kapal berada dalam keadaan selamat dan kapal mesti dikemudi dengan cara yang betul dan menuju destinasi yang tepat.
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tiada siapa yang akan menghina pemimpin hari ini jika mereka sanggup merendahkan diri, meminta nasihat dan mengajak negarawan-negarawan yang banyak berjasa untuk turut bersama membantu negara keluar dari ketidaktentuan politik dan ekonomi. Malahan mereka akan lebih dihormati dan turut layak digelar negarawan.
Berjiwa besar dan besar hati dua perkara berbeza…
INFO TERKINI:
ReplyDeleteFAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD
RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Salam Bro,
ReplyDeletekepimpinan sekarang umpama "menang sorak kampung tergadai"....
Entiti perjuangan peribadi menguasai diri sehingga melebihi perjuangan yang sepatutnya....
Semakin ramai YANG BERHORMAT dari YANG BERKHIDMAT
salam
carcoon