15. Ketua Pemuda Paska PRU 12 juga mesti mempunyai ciri-ciri asas sebagai bangsa melayu iaitu berbudaya dan beradap sopan melayu, berfikiran dan bermentaliti melayu, memahami jati diri dan asas-asas untuk menjadi pemimpin melayu UMNO. Dilatih dalam kehidupan dan suasana sosial dan kemasyarakatan melayu. Asas-asas ini penting kerana kita mahu orang yang menjadi pemimpin organisasi melayu itu mesti mempunyai roh dan semangat perjuangan sebagai bangsa melayu sebenar dan bukan melayu pada nama atau tempel-tempelan. (Kelayakan asas : mesti lulus kertas Bahasa Melayu dalam SPM sekurang-kurangnya kredit)
16. Ciri-ciri para 15 jika ada pada bakal Ketua Pemuda paska PRU 12, sudah pasti layak untuk menjadi Pengerusi Pemuda BN kerana sesiapa yang mempunyai ciri-ciri melayu sejati sudah tentu mempunyai sifat tolarensi dan berhemah tinggi. Ciri-ciri yang dimiliki ini amat disenangi oleh rakan-rakan komponen. Rakan-rakan komponen berasa selamat jika berketuakan seorang ketua pemuda melayu seperti yang digariskan.
17. Ketua Pemuda UMNO paska PRU 12 juga tidak boleh memindah atau mewariskan sifat dan kelakuannya kepada orang lain. Dia tidak boleh menuduh orang lain melakukan rasuah politik jika dia sendiri lebih hodoh perlakuannya. Dia tidak boleh menasihatkan orang lain jangan beretorik kalau dia sendiri lebih retorik akibat dari kegagalan memahami aspirasi sebenar akar umbi yang mahukan perubahan. Dia juga tidak boleh mengatakan dirinya dianiaya atau disekat dari berjumpa ahli kalau dia dan rangkaiannya lebih mahir melakukan permainan tersebut. Pendek kata dia tidak boleh jadi paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Sifat-sifat bohong, fitnah dan dusta ini tidak harus ada pada seseorang yang dinaikkan sebagai ketua. Kalau dinaikkan juga, jangan salahkan ibu mengandung.
18. Ketua Pemuda paska PRU 12 mesti faham tugas dan fungsi sebagai sayap parti. Kalau pemuda jadi pembela, pemikir, pencadang dan pemudah cara atau agen perlaksana dalam satu-satu masa, maka UMNO induk sudah boleh dikira tiada fungsi lagi kerana semua tugas dan fungsi sudah diambil alih oleh pemuda. Pemuda harus tahu lopak, batas, permatang dan relong atau jenjang. Kalau main ‘pugal’ dan ‘lunggah’ semacam, nanti sawah disangka lalang, lalang disangka sawah.
19. Ketua pemuda paska PRU 12 tidak boleh berlagak macam ‘bagus-bagus’. Mesti sedar tinggi rendahnya langit. Naik berjenjang, turun bertangga. Masuk rumah tidak boleh ikut tingkap atau ikut loteng. Apalah rupanya nanti kalau orang yang masuk ikut tingkap atau loteng didudukkan ‘diserambi’ dengan baju yang terkoyak rabak dek paku dan tengkolok yang penuh dek ‘sawang’. Ia hanya akan mencemar ‘tilam pandak serambi’ yang mulia.
20. Mutakhir sekali (walaupun masih banyak), Ketua Pemuda bukan saja perlu dipilih berasaskan isu dan fakta paska PRU12, malah mestilah dipilih berasaskan isu dan fakta paska Pemerintahan atau Dinasti Pak Lah kerana Pak Lah akan mengakhiri pemerintahannya pada Mac 2009 akan datang.
Kesimpulannya, pelayar buatlah sendiri. Nanti orang cakap ‘sudah gaharu cendana pula’. Penulis pun tak berani nak cakap. Nanti orang kata ‘paku dulang paku serpih pulak..’
Salam…
Kalau ikut kriteria teraats itu, ada sorang fail. Tak ambik SPM.
ReplyDeleteMacam kami dari sabah ini, bukan berbangsa melayu, dan tidak berjuang berlandaskan kaum, tetapi berjuang kerana rakyat. KENAPA KAMI DI SABAH MASIH JADI PENGIKUT UMNO SEDANGKAN KAMI JADI KETUA PEMUDA UMNO PUN TIDAK LAYAK DAN tidak masuk akal?
ReplyDeleteSEBAB KAMI B _ _ _ H !!! hahahaha