Sunday, October 12, 2008

KALAU MEDIA BAWAH KAWALAN SAYA...

Buat pertama kali media perdana melaporkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagai melepas batuk ditangga. Tidak seperti mana mereka melaporkan kejutan yang berlaku di Mesyuarat Pemuda Machang.

Cara mereka melapor mesyuarat Pemuda Machang seolah-olah Mukhriz sebegitu mudah diratah oleh KJ.

Kalaulah media perdana berada di bawah kawalan saya, di bawah ini adalah diantara tajuk-tajuk akhbar yang akan saya gunakan: (sebab saya akan bias kepada Mukhriz)

1. KUBU-KUBU KUAT KHAIRY DITAWAN
2. ADAKAH INI PETANDA BURUK BUAT KHAIRY?
3. PEMUDA NEGERI SEMBILAN TOLAK KHAIRY
4. PEMUDA AKAR UMBI BUKTIKAN KEBERANIAN UNTUK BERUBAH
5. NASIB KHAIRY DITENTUKAN AKAR UMBI
6. KHAIRY TERSUNGKUR DI KUBU KUAT SENDIRI – Kota Belud, Tuaran dan Kuantan dilanda Tsunami...
7. GELOMBANG MUKHRIZ SUDAH TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI
8. PERCATURAN MUKHRIZ MENJADI
9. MUKHRIZ SAPU BERSIH PENCALONAN NEGERI SEMBILAN - Rasah, Jelebu dan Jempol calonkan Muhkriz. Khairy hanya dapat 6 undi di Jempol dan 4 undi di Jelebu...

Sudah boleh kita bayangkan apa akan jadi pada mesyuarat pemuda seterusnya jika tajuk-tajuk akhbar direkayasa sebegitu rupa. Inilah kelebihan kalau kita kawal media.

Boleh gelapkan cerita yang merugikan kita dan dan ‘highlight’ kisah yang merugikan lawan.

TAPI PERLU DIINGAT…BELUM ADA TERCATAT DALAM SEJARAH NEGARA PEMIMPIN BERJAYA KERANA MEDIA. SESIAPA SAJA YANG CUBA MEMPERKUDAKAN MEDIA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA POLITIK AKHIRNYA AKAN MENJADI SENJATA MAKAN TUAN! ANWAR DAN RAMAI LAGI TELAH KECUNDANG AKIBAT DARI ‘BADI’ MENGGUNA MEDIA…

7 comments:

  1. Salam,

    Tahniah!! Tahniah!!

    saudara bakal menjadi ketua pengarang
    yang telus dan berani.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  2. salam bro.takpe la bro.zaman kegemilangan mereka akan berakhir tak lama lagi.umno kana cadangkan utk buang je kali dgn hishammudin aun.mereka 2 semua kurang ajar.byk yg di spin.kita pastikan pilihan akar umbi akan menang pemilihan umno nnt.bro x bertanding ape2 jawatan ke.?

    ReplyDelete
  3. Bro,

    dah lama tak baca tulisan yg bernas2. kebelakangan ni asik tulis ikut geram je nampak.

    aku pun geram juga pd bahagian yg undi KJ, adeke Raub blh buat cam tu siot betul buat malu org kampung je

    ReplyDelete
  4. Bro...den dongar Rasah, Jempol dan Jolobu tak calonkan kj...mugkin pilah pun akan buek cam tu...kok diorang ni pandai pikir lah....

    Tapi den goram gak Rasah yang gitu kuek ngan kj buek cam tu...wah...cam ado udang sebalik mee yoo atau menangguk di air yang keruh...

    Woi pemudo semuo jganlah macam lalang yo...ini nak menentukan maso dopan Agama, Bangsa dan Negara ni....dah tak ingat ko kesan PRU12 dan PRK Permatang Pauh...

    Pikir lah hai....

    ReplyDelete
  5. salam,
    utk makluman kwn2, kubu kuat kj di sabah Kota belud, Tuaran dan Sepanggar telah jatuh ke tangan Dato Mukhriz, kekuatan dan kuasa akar umbi tidak dapat dipertikaikan, contohnya di bhg Kota Belud Sabah, undi Dato Mukhriz 90, berbanding kj 18, sedangkan bhg Kota Belud diterajui oleh KP Sabah Datuk Japlin Hj Akim..di mana pengaruh beliau sebagai KP Sabah dan Kota Belud..dimana..dimana..sudah tentu zero..zero, utk itu jadi pengajaran kpd kita dimasa2 akan datang jangan mendabik dada mengatakan orang lain tiada pengaruh, cermin muka senditi dulu..
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam Bro,

    Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

    carcoon

    ReplyDelete