Posting ini hanya boleh dibaca oleh mereka yang telah membaca posting sebelumnya…
Hantu dan puaka terus-terusan mengganggu bukan sahaja keharmonian sesama pemimpin BN, malahan sesama UMNO dan sesama barisan kabinet.
Suhu panas miang dalam UMNO terus meningkat. Puaka peralihan kuasa semakin menampakkan musibah kepada kepimpinan UMNO. Sebahagian penghuni rumah UMNO dirasuk supaya terus mempertahankan pelan peralihan kuasa. Sebahagian lagi pula dirasuk supaya menentang pelan tersebut.
Barisan kabinet juga turut menerima bahana rasukan berpuaka. Zaid Ibrahim tiba-tiba hysteria dan melolong supaya TSMY letak jawatan gara-gara menunjukkan pendirian bertentangan dengan MKT dan kabinet. Belum pun sempat disemah, Zaid pula terkena puaka TSMY. Tiba-tiba berkelakuan seperti TSMY. Dia pulak tak ikut semangat keputusan bersama kabinet dalam kes ISA.
Histeria menentang ISA juga turut berjangkit hingga ke rakan komponen. Ong Ka Ting, Ong Ka Chuan, Fong Chan Onn, Liow Tiong Lai, Subramaniam dan ramai lagi turut hysteria, terpekik dan terlolong.
Kerajaan dan BN sudah hingar bingar bunyi pekikan dan adakalanya menakutkan.
Inilah gambaran kalau manusia sudah tiada pegangan hidup. Amat mudah terkesan dengan keadaan sekeliling. Kalau pemimpin BN sudah tidak tahu pertanggungjawaban, tidak lagi memegang semangat permuafakatan BN, menteri sudah tidak faham etika sebagai menteri, ahli dan pemimpin parti tidak lagi tahu hala tuju parti, maka mudahlah dirasuk oleh polong, hantu dan pelesit.
Bila sudah dirasuk isteri yang sudah tidur berpuluh tahun dengan kita pun disangka hantu raya. Anak sendiri disangka toyol. Jiran sebelah yang cuba membantu pun dianggap cuba membunuhnya.
Nampaknya pemimpin BN dan kerajaan perlu berubat. BN perlukan dukun besar atau pawang negeri untuk melakukan upacara menyemah dan menghalau hantu-hantu yang menjadi punca atau pembawa kepada masalah ini.
Tanda-tanda seseorang itu dihinggapi hysteria atau dirasuk ialah dia susah untuk di bawa berubat kerana dia merasakan dia tidak mengidap apa-apa penyakit. Sebenarnya, hantu atau polong yang wujud dalam tubuh badan mereka yang takut untuk berubat.
Jika tidak dijumpai dukun dan pawang negeri yang berkemampuan untuk merawat semua penyakit dan kepincangan ini, ramai khuatir Rumah Gadang BN ini akan ditinggalkan begitu saja, hinggakan untuk dibuat muzium pun tiada yang mahu.
SOS ..Botol diperlukan untuk menangkap segala macam jenis hantu..
BN tak perlu berubat.Mana-mana kerajaan dalam dunia akan mengalami 3 peringkat:-
ReplyDelete1)permulaan
2)kemuncak
3)kejatuhan.
Kejatuhan UMNO-BN itu adalah wajib.Tak payah poning kepalo nak pikir kenapa orang meninggalkan rumah Gadang BN.Tak ada hantu tak ada polong.Ini hukum alam.Rakyat tak payah pikir apa akan jadi jika kita pilih Pakatan Rakyat.Formula UMNO sudah lusuh,sudah luput tarikh.UMNO sama UMNO pun tak boleh disatukan.Inikan pula nak satukan komponen dalam BN.Apalagilah nak satukan masyarakat majmuk.Kirim salam jelah...Nasi sudah hangus.Buang je.Kito cari beras lain,masak sodap-sodap,ala-ala resepi dari Permatang Pauh.Tak elok deh sok kito buang.Kito cari parti lain.Ii negara demokrasi.Apa susah.Mati hidup semulo.Tulangkering sangat tegas mengatakan bahawasanya UMNO itu sudah tidak RELEVAN.Siap-siaplah kain kapan dan untuk ditalkinkan.Didalam kubur nanti akan ditanya soalan "Wahai UMNO,semasa kamu hidup,apa yang kamu buat untuk agama,bangsa,dan tanah air.bila rakyat dah bagi kuasa,yang melimpah ruah pada tahun 2004,kenapa kamu berlagak seolah-olah beraja dimata dan bersultan dihati.Membujur lalu melintang sapu dari peringkat atas sampai ke peringkat cawanagan"
Sekian dahulu...Wallahu'alam bissawab.wailaihi marji'u wal ma'ab.
http://pkrpasdap.blogspot.com
ReplyDeletesyaitan bulan puasa nie kena tambat. tapi kenapa terlepas kat seekor yahudi nie. PM-Pakar menipu. ramai juga percaya dan kena tipu. baik dok rumah sembahyang terawih daripda dengar benda menipu. PAS pun tak layan dah dengan Barua Anwar Bin Ibrahim -BABI.
itu semua propaganda. jom ke website abe MIE macamana anwar boleh jadikan media sebagai propaganda.
Game Over : Pulihkan Ekonomi Negara
ReplyDeletesahabat blogers : www.mart0619.blogspot.com
1. Saya jarang mengulas mengenai isu politik negara tapi keadaan yang berlaku sekarang amat menarik untuk diulas dari pandangan seorang muda.
2. Sebelum PRU 12 BN begitu selesa dan yakin bahawa mereka akan terus berkuasa berdasarkan pencapaian mereka sepanjang memerintah negara.
3.Keadaan selesa ini menyebabkan pemimpin2 BN leka termasuklah pemimpin2 UMNO (ingat bukan parti UMNO seluruhnya).Mereka berangapan segala noda (rasuah & salah guna kuasa) dapat ditutup dgn pembangunan negara (hasil pemimpin terdahulu) dan janji2 manis.
4. Sebelum pilihanraya juga pembangkang memalu gendang dengan penuh semangat atas misi untuk menjadi pembangkang yang kuat dan efektif.
5. Selepas PRU12 ramai yang terkejut. BN terkejut sebab kalah banyak kerusi (termasuklah jeneral2) dan pembangkang terkejut kerana menang banyak kerusi.
6. Dalam BN maka bermulalah blame game. Masing2 ckp mereka tak salah. Semua tuding orang lain.
7. Parti pembangkang pulak macam tak bersyukur.Cita2 diubah. Daripada jadi pembangkang yang kuat tukar pulak nak bentuk kerajaan baru. Usaha pertama tubuhkan pakatan rakyat(walaupun berbeza ideologi).
8.Muncul pulak Anwar Ibrahim dgn penuh yakin memalu gendang 16 september. Katanya ade ahli parlimaen BN yang nak lompat parti.
9. Bn pulak makin rancak menari(syok sangat dengan gendang pakatan rakyat). Tanpa sengaja timbul pulak isu perkauman(ke dah plan). Semua nak jadi hero bangsa.Pemimpin yang buat hal rakyat dapat bala.Celake punya pemimpin..
10. 16 sept pun berlalu macam biasa..(ingat kan boleh tambah cuti). Tak der pun pemimpin melompat. Tak der pun tukar kerajaan.Tak der pun turun harga minyak.
Sudah la tu...
11. Jangan cerite pasal nak tukar kerajaan, jangan cite pasal gaduh2 antara kaum. rakyat dah melarat dah ni. Semua barang naik. Tapi pemimpin gaduh2 lagi..
12. Sebagai wakil kepada rakyat MALAYSIA aku tuntut janji BN selamat aman makmur.. Kat PR pulak aku tuntu jadi pembangkang yang kuat..
13.Kepada anwar ibrahim.Hang kan pakar ekonomi (ikut yang hang habaq la..),ape lagi tolong - tolong lah kerajaan yang ade. Ni bukan cite BN atau PR. Ni cite pasal MALAYSIA YANG TERCINTA..
14. Panggil kawan hang pak arab - pak arab tu labur kat Malaysia, Daripada habis duit kat UK beli machester city baik buat Universiti untuk orang islam.
15. Kalau prestasi ok karang PRU13 pandailah rakyat nak balas jasa.
16. Kepada kerajaan yang ada, aku mintak tolong sangat - sangat pulihkanlah kestabilan negara. Jangan utamakan kepentingan sebdiri tapi utamakan kepentingan rakyat.
17. Kepada orang2 UMNO, bersihkanlah UMNO daripada pengkhianat2 bangsa. kan sekarang tengah rancak pemilihan pelbagai peringkat. Gunakanlah hak anda..
OKLah. Banyak sangat merapu ni. Aku nak study. Belajar Terus Belajar..
Assalamualaikum...
Jangan terpengaruh dengan apa2 gimik lagi :-)
ReplyDeleteKetua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com