Khairy sudah cadangkan supaya diadakan siri debat terbuka di antara calon-calon Ketua Pemuda bagi membolehkan semua calon-calon menjelaskan wawasan, pendirian dan pelan masing-masing jika memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ini merupakan suatu cadangan yang bernafsu dari seorang yang akhirnya terpaksa menuggu hingga minggu ke tiga untuk cukup kuota pencalonan!
Orang kampong semua sudah tahu kalau bab berpidato sudah tentu Khairy lebih baik dari Mukhriz dan Khir. Kalau seorang ketua pemuda itu hanya perlu bergantung kepada pidato yang hebat ala Anwar Ibrahim atau ala Sukarno dan tak perlu kriteria lain, maka Anuar Musa lebih layak dari semua calon-calon yang ada!
Tapi kita nak tanya, adakah selama ini UMNO kuat dan gagah disebabkan oleh kebolehan berpidato para pemimpinnya? Hebat sungguh pidato Anuar Musa tapi kekuatan UMNO Kelantan terus merudum. Dalam PRK Permatang Pasir, saat-saat akhir terpaksa sorokkan Anuar Musa kerana takut jadi punca kekalahan disebabkan persepsi pengundi yang begitu negatif terhadap beliau. Bila timbul keadaan seperti ini, hebat macam mana pun berdebat, satu sen pun tidak akan mampu menarik orang lain supaya dekat kepada parti.
Ghani Othman kalau bercakap atau bersyarah rasa kita nak tolong sudahkan, pasal lambat sangat sampai maksud, tapi UMNO Johor masih tetap kukuh berkubu sampaikan pembangkang cakap UMNO boleh buat muzium di Johor.
Ada juga maklumat memberi tahu, sewaktu PRK Permatang Pauh, Khairy hanya dibenarkan menguruskan soal-soal operasi dan gerakerja pemuda kerana dikhuatiri jika dia berpidato di sana sini akan menjejaskan peluang BN dan pembangkang akan memanipulasi ‘baggage’ yang ada pada dia. Ini akan menjejaskan peluang BN untuk menang.
Janganlah pasal kita tahu pidato kita lebih hebat dari orang lain, lantas terus cabar orang lain berdebat. Walau macam mana hebat pun berpidato tapi jika rakyat punya pandangan serong terhadap kita, siapa yang nak datang dengar ceramah kita. Tengoklah PRK Permatang Pauh. Macam tu punya hebat pemimpin UMNO berucap tapi sayang kerusi lebih banyak dari hadirin.
Jadi tak usahlah terikut-ikut dengan rentak pembangkang sangat untuk dapat mileage politik. Kita orang UMNO ikutlah budaya dan kelaziman UMNO. Nak jadi pemimpin UMNO kena berbangga dengan budaya yang sekian lama ditanam dan dipupuk oleh para pemimpin yang bertanggungjawab dan ikhlas kepada parti, agama, bangsa dan negara. Mereka yang selama ini berjaya mengemudi bahtera UMNO tidak pernah ajar ahli ikut budaya orang lain atau parti lain. Malahan parti lain yang selalu terikut-ikut dengan budaya dan pendekatan UMNO dalam mendekati masyarakat.
Itu sebab kita kena cari pemimpin yang benar-benar berjiwa dan pemikiran melayu, berbudaya dan beradat resam melayu. Kita ahli UMNO tak boleh benarkan orang yang tidak punya semua kriteria ini untuk memimpin kita. Kalau kita ambil juga, nanti kita tak mahu antara akar umbi dan pemimpin akan timbul masalah seperti itik bercakap dengan ayam.
Apakah gambaran yang akan berlaku jika setiap kali pilihanraya kecil atau PRU, UMNO terpaksa sorokkan ketua pemudanya dari orang ramai dan pengundi disebabkan ketua pemuda itu terlalu banyak ‘baggage’ yang boleh menyumbang kepada kekalahan BN?
Kita mempertikaikan apa niat Khairy. Bila sudah cukup pencalonan terus cuba wujudkan budaya baru dalam UMNO. Pemimpin hebat dulu-dulu pun berpendidikan dari barat juga tapi mereka tidak pernah mengajar ahli UMNO meniru budaya politik orang barat berparti.
Kalau setakat nak bentangkan wawasan dan perancangan, semua orang akan buat yang terbaik. Samalah seperti kita buat kertas kerja dan kajian penyelidikan. Semua calon akan bentangkan yang terbaik. Khairy sebelum ini asyik mengingatkan pemuda jangan berrrretorik tapi bila dia bertindak mencabar supaya berdebat, maka budaya retoriklah yang akan wujud. Semua pendebat akan bentangkan manifesto dan menggunakan kemahiran lidah untuk meyakinkan agar ahli kata dia paling layak.
Penulis pun kalau berdebat akan pastikan penulis keluarkan semua buah fikiran luar kotak. Penulis akan asah lidah tajam-tajam dan lembutkan gigi dari lidah agar pendengar terpukau dengan kepetahan dan kebijaksanaan bermain kata-kata.
Tapi orang UMNO kena betul-betul ingat, UMNO tidak akan pulih dan golongan muda tidak akan tertarik kepada pemuda hanya dengan kepandaian berdebat. Budaya berkhidmat dan sentuhan UMNO yang ‘dirasai’ dari para pemimpinnya hingga ke akar umbi adalah di antara kunci rahsia yang selama ini UMNO diterima oleh pelbagai generasi.
Penulis ada cara untuk menangkis hujah semua calon, kalau penulis bertanding ketua pemuda. Penulis akan berhujah; “Kalau saya terpilih jadi ketua pemuda, saya akan pastikan pemuda-pemuda akan berjaya bukan sahaja di dunia malahan akan turut berjaya di akhirat”.
Macam mana ok ke? Mana ada kecemerlangan dalam perjuangan yang lebih tinggi dari ayat ni. Calon lain jadi ketua pemuda berjanji dan membentang pelan macam mana nak bawa kecemerlangan setakat dalam UMNO je. Penulis nak bawa kecemerlangan bukan setakat di dunia malahan sampai akhirat sekali. Lagi hebat. Jadi patutnya penulislah yang lebih layak jadi ketua pemuda….
Cakap senanglah….
Saya Mukhriz bin Mahathir, calon Ketua Pemuda mencadangkan marilah kita bekerja untuk ugama dan bangsa seperti tujuan asal penubuhan dan perjuangan UMNO, kuat kerja, kurang bercakap..
ReplyDelete..............
Kebiasaannya yang banyak pandai bercakap seperti Musa Hitam. Shahrir Samad, Paklah, Anuar Musa, Anuar Ibrahim, Hishammudin, KJ, Zam dari segi kerja ..hancus. Orang tua tua kata...banyak cakap,banyak salah.
Saya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, calon Ketua Pemuda UMNO msia, dengan ini menyatakan bahawa tujuan sebenar saya untuk berdebat kerana ini lah ruang saya untuk berhujah dgn calon2 KPUM yang lain sebab saya tahu yang saya akan menerima kekalahan teruk dalam pertandingan nanti, jadi saya gunakan ruang debat ini untuk bersua dengan mereka, saya sedar bahawa saya tidak akan dicalonkan dlm PRU 13 nanti, saya ucapkan good bye dengan politik msia dan rakan2 semua, nangis darah pun saya tak akan dapat diterima oleh ahli umno...bye..bye
ReplyDeleteblog den penyapulidi.blogspot.com... macam den cakap sebelum ni.. kiro blog den mencapai taraf blog tua.. silakan la.. kalau tak capai taraf.. den redha je... hik hik hik
ReplyDelete