Disisipkan sebahagian koleksi pepatah minang untuk rujukan orang-orang politik pada musim pemilihan parti. Mungkin boleh dijadikan bahan untuk kajian ragam orang politik;
1. Ilmu bagai ilmu katak, bila ingin terus meloncat
Ramai orang politik gopoh dan tak berfikir panjang samada dalam membuat keputusan politik, dalam melancarkan gerakerja mahu pun dalam bertindakbalas menepis asakan musuh.
Keadaan ini selalu terjadi kepada orang politik yang ‘belum duduk sudah mahu berlunjur’. Maka ada yang terkehel kaki dan terhentak pinggang. Akhirnya tidak boleh bangun.
2. Harap akan melonjak kopiah pesuk
Boleh juga diumpamakan ‘tak terbawa dek badan’. Ramai orang politik tak tau ukur baju di badan sendiri. Patut tak layak jadi Ketua Bahagian tapi dengan bantuan kekuatan dan kebolehan selain dari kebolehan kepemimpinan maka dapat juga jadi Ketua Bahagian.
Ada juga tak layak jadi Ketua Pemuda disebabkan ‘liability’ dan ‘baggage’ yang terlalu berat tapi disebabkan kemahuan yang menggunung dibantu pula oleh wahyu dan wajah Almarhum Tuanku Abd Rahman yang tercetak maka patah sayap bertongkatkan paroh, namun didaki jua.
Ada juga yang tidak layak memegang jawatan melewati MKT, nak juga bertanding Naib Presiden. Begitu juga kelayakan menduduki kerusi Timbalan Presiden memang jauh panggang dari api pun masih kata dia layak. Sikap-sikap inilah yang akan menyebabkan UMNO tergadai kerana kemahuan nafsu yang diluar kemampuan.
3. Masuk tak genap keluar tak ganjil
Ini pun ada kaitan dengan para 2. Bila seseorang yang tidak ada lebihnya atau tidak ada nilai tambah duduk di satu-satu jawatan hanya bertindak sebagai pemanas kerusi. Ada serupa taada. Ada tak menokok taada tak mengurangkan. Tapi bila nafsu terlalu besar, dengan pelbagai helah dan kemahiran maka diterima pula oleh perwakilan, maka terpilihlah mereka-mereka yang berada dalam kategori ini menduduki jawatan-jawatan penting, siapa pulak kita nak salahkan.
Akhirnya benarlah kata Husin Lempoyang jual orang lagi bagus dari meniaga onta…..
4. Masuk tiga keluar empat
Bila perwakilan pilih juga orang yang tidak sepatutnya duduk di jawatan-jawatan strategic, maka akan berlakulah penghasilan yang tidak seimbang dengan pengeluaran. Kebolehan dan kepimpinan mereka taada yang ‘special’ tapi berjawatan penting. Bila kepimpinan diperlukan dalam krisis-krisis yang wujud mereka gagal menguruskannya. Akhirnya UMNO juga yang nazak.
5. Panjang hendak melindis, besar hendak melanda
Bila penghasilan tidak seimbang dengan pengeluaran, maka selalunya pemimpin jenis ini akan tunjuk kuasa. Maka mereka akan bertindak semahunya untuk mengekalkan kuasa yang ada. Akhirnya, ramailah orang-orang kecil yang jadi mangsa dan terpaksa mengabdikan diri kepada pemimpin dengan cara membutakan mata serta hati terhadap segala apa yang berlaku disekeliling. Asal hidup sendiri senang dan selamat maka diturutkan jua. Akhirnya, apabila golongan pemimpin dan pengikut jenis ini menjadi majority di dalam parti maka berkembang suburlah budaya dan terbinalah rangkaian yang kuat dan tersisihlah mereka yang berkebolehan dan yang selayaknya memimpin dari kepimpinan perdana.
Jadi untuk peringatan kepada mereka-mereka yang masih memegang etika dan moral tapi masih berhajat untuk menawarkan khidmat kepada parti, bersedialah untuk kalah dalam pertandingan ini.
Salam
Tuan,
ReplyDeleteSaya telah memasukkan blog tuan dalam blogroll saya (25 posting terkini). Sekiranya difikirkan sesuai, bolehlah tuan memasukkan blog saya ke dalam blogroll tuan. Terima kasih atas jasa baik.
http://nobisha.blogspot.com
den pun nak link kan blog tuan ke blog den.. seperti tuan speaker nobisha juga.. andai blog den,tuan rasa sampai tarafnya dengan blog tuan di jemput la link kan juga hik hik hik
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteKawan Datuk si Zuraidi tu kirim salam.. dio nak bertanding EXCO tolong2 lah yer....
Den Bukan apo nak tolong dio lah kawan den jugak la katakan...
Sonangnya ekau telepon dio lah...
Tak do no... meh sini email ekau tu...
Nobisha & tepet
ReplyDeleteNobisha dah masuk blogroll tp tepet ni blog yg mana satu...
Wanbaki,
ReplyDeleteZuraidi dah lupo no tel den. Tp dia pakar buat chai, patut boleh menang. kata ke dia jgn jd tukang rumah sudahlah. Buat rumah org cantik2 tp rumah sendiri tak siap..
Wanbaki,
ReplyDeleteZuraidi dah lupo no tel den. Tp dia pakar buat chai, patut boleh menang. kata ke dia jgn jd tukang rumah sudahlah. Buat rumah org cantik2 tp rumah sendiri tak siap..
Wanbaki,
ReplyDeleteZuraidi dah lupo no tel den. Tp dia pakar buat chai, patut boleh menang. kata ke dia jgn jd tukang rumah sudahlah. Buat rumah org cantik2 tp rumah sendiri tak siap..
Wanbaki,
ReplyDeleteZuraidi dah lupo no tel den. Tp dia pakar buat chai, patut boleh menang. kata ke dia jgn jd tukang rumah sudahlah. Buat rumah org cantik2 tp rumah sendiri tak siap..
betoi la dia pakar chai..
ReplyDeleteden yang buat chai kali ni. Perwakilan pun poning....
tapi kalah pasai lain bukan pasai chai...Rempit lagi laju bang... ha hahaha...raso den nak bertanding EXCO lagi sonang dari bahagian ni..
ada masuk paper METRO utara..
tengok la kat blog den tu haa....
Den pun jumpo sekali yo ngna dato' kek umah dato' mukhriz titi gajah dulu...