Tuesday, October 21, 2008

KOLEKSI TAJUK BERITA AKHBAR NYAMOK....

Koleksi mingguan tajuk media nyamok oleh Agensi Kepal Nasi Kepal Beras;

1. Agensi Takjadi Berani melapurkan - SAINGAN SENGIT OLEH KHAIRY DAN KHIR SUDAH DIJANGKA. Telahan mengatakan Mukhriz akan menerima tentangan hebat dalam pencalonan minggu ke 2 tepat seperti mana dijangka. Kuala Krau dan Jerantut yang dijangka akan mencalonkan Mukhriz telah berjaya dirampas oleh Khir dan Khairy. Tiba-tiba sokongan akar umbi di kedua-dua bahagian telah beralih kepada Khir dan Khairy. Berani berubah sudah jadi was-was untuk berubah…

2. Buletin Baling Batu – PEMUDA BALING CALON MUKHRIZ. Pemuda bahagian yang dipimpin oleh Dato Azeez Putera telah mencalonkan Dato Mukhriz. Keputusan Pemuda Baling ini membingungkan ramai pihak kerana Azeez Putera merupakan sekutu paling kuat Khairy…..

3. Mingguan Setiakawang – MM, KJ dan KT dapat 1 pencalonan di Terengganu….

4. Mudah Lupa Online – SIAPA MAHATHIR? – PAK LAH. Pak Lah bertanya siapa Tun Dr. Mahathir. Ramai berpendapat mungkin beliau baru tahu mengenai wujudnya orang yang bernama Mahathir dan beliau ingin mengenalinya secara lebih dekat….

5. Majalah Tiang Seri Jelebu – JANGAN NAFI HAK TUN MAHATHIR UNTUK BERCAKAP SOAL UMNO –DR RAIS YATIM. Beliau kesal ada orang cuba beri ubat pelupa kepada ahli UMNO supaya Tun Mahathir dilupakan terus oleh ahli ….

6. Rencana Awang Kali – Mahathir jadi punca kepada wujudnya keresahan dan perpecahan serta kebencian sesama ahli UMNO….

7. Tarik Duit Online – BENARKAH DUIT TURUN MENCURAH MINGGU KE 2 PENCALONAN? Cakap dengar rata-rata memaklumkan terdapat duit turun mencurah sebelum mesyuarat pemuda bahagian minggu ke 2 yang lepas. Dikatakan duit tersebut diturunkan melalui agen-agen calon desperado bagi tujuan memburu pencalonan. Sekurang-kurangnya dapat merapatkan sedikit jurang pencalonan antara calon popular Dato Mukhriz dengan lain-lain calon yang menawarkan diri….

8. Pelepah Tua Express – Ramai dikalangan orang lama dan yang sudah pencen politik tersenyum sinis melihat Khairy mengalih diri ke posisi ‘underdog’. Mereka berkata, kalau pelepah tua jatuh ke bawah, pelepah muda jangan tertawa kerana giliran untuk menerima nasib seperti mereka akan sampai. Banyak juga putik buah kelapa yang jatuh lebih awal dan tak sempat menjadi buah. Mereka menambah, ada juga pelepah yang tak sempat besar kerana dimakan ulat dan akhirnya terpaksa dipotong bagi mengelakkan penyakit dimakan ulat tidak merebak ke pelepah lain……

Koleksi tajuk berita ini tiada hubung kait dengan mana-mana akhbar yang berlesen mahu pun yang tidak berlesen…..

No comments:

Post a Comment