Saturday, October 18, 2008

SIAPA KUASAI PENCALONAN PEMUDA MINGGU KE 2...?

Laluan Mukhriz minggu ini tidak semudah minggu lepas. Ke dua-dua calon yang belum melepasi kelayakan bertanding sudah tentu akan membuat pelbagai pendekatan lebih kreatif dan inovatif dalam usaha memburu pencalonan.

Jika Khairy berjaya menambah pencalonan ketara, adakah itu petanda akar umbi kembali menerima Khairy? Kalau itu yang berlaku kenapa dalam tempoh seminggu keyakinan akar umbi terhadap Khairy boleh pulih?

Jika minggu lalu ‘trend’akar umbi berubah kepada Mukhriz dan jika minggu ini berubah pula kepada Khairy, apa faktor yang menyebabkan perubahan terhadap trend akar umbi menjadi sebegitu rupa?

Adakah peningkatan mendadak pencalonan tersebut memang menggambarkan kehendak akar umbi yang telah berubah atau disebabkan perubahan strategi meraih pencalonan?

Adakah perubahan ini menandakan Khairy telah berjaya melenyapkan persepsi negatif akar umbi terhadap beliau? Jika dalam tempoh seminggu saja Khairy berjaya melenyapkan persepsi negatif ini, sudah tentu ianya merupakan pencapaian luar biasa seorang pemimpin.

Adakah perubahan ini disebabkan perubahan sebenar atau perubahan teknikal di peringkat mesyuarat pemuda bahagian?

Perubahan teknikal mungkin berlaku dalam pelbagai bentuk jelmaan. Ada yang menjelma dengan wajah simpati, ada yang menjelma dengan wajah garang dan ada juga yang menjelma dengan wajah orang kaya.

Ketiga-tiga jelmaan ini jika akar umbi tidak berhati-hati akan wujud juga kesannya di bawah sana.

Orang melayu mudah cair bila wajah simpati menjelma. Orang melayu cepat takut dan terkesan bila wajah garang menjelma dan orang melayu juga cepat terpaut bila menjelma wajah orang kaya.

Pendekatan jelmaan ini memang berkesan untuk digunakan dalam keadaan genting. Tanda-tanda penggunaan ke tiga-tiga faktor ini akan dapat dilihat kesannya jika banyak mesyuarat pemuda bahagian yang akan kecoh dan tegang. Semakin banyak kekecohan maka itu tandanya semakin banyak wujudnya jelmaan-jelmaan ini di peringkat mesyuarat pemuda bahagian.

Jadi, sama-samalah kita saksikan perubahan mood akar umbi secara teknikal ini…

2 comments:

  1. baca cerpen wahyu buat yb k di blog saya.

    hmmm ... mcm cerita betul aja ye?

    ReplyDelete
  2. salam bro..kesian dgn kj.tp kite kna berhati-hati.pastikan Dato'Mukhriz di dpn sehingga mencapai kemenangan pemilihn nnt.kj n jentera akan lakukan ape saje utk mencari kemenangan.kemungkinan berlaku hujan RM.saya juga berharap bro dpt bagi satu undi bro pada calon exco kami dri Lembah Pantai iaitu Sdr M Sazali Kamilan.beliau menang tanpa bertanding jawatan KP Lembah Pantai.dan harap bro dptkan pencalonan sekali utk beliau.skrg bru dapat 18 pencalonan.sahabat bro Sdr ikhsan bertanding Tim Ketua Bahagian.Kite org akan pastikan beliau berjaya.cuma die kena kerja keras sikit.pasal 1 lwn 1.calon yg sorg lagi tu di sukai wanita bhgn.beliau sblm nie adalah Naib Ketua Bhgn.
    salam suaraperubahan.

    ReplyDelete