Tuesday, November 4, 2008

MCA + GERAKAN + MIC LEBIH SERASI DENGAN PERJUANGAN PR DARI BN

Antara perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai kesamarataan rakyat menurut perspektif MCA, GERAKAN, MIC, DAP dan PKR;

1. Perkasakan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil dengan menambah peruntukan ke sekolah berkaitan dan tidak lagi hanya setakat bantuan modal. Sekolah aliran melayu sudah dihapuskan tapi SRJK mahu diperkasa.

2. Papan tanda perlu ada tulisan melayu, cina dan tamil. Tulisan jawi orang melayu tak payah.

3. Hapuskan equiti 30% bumiputera dalam syarikat senaraian awam atas nama daya saing. Bila ekuiti bumiputera hapus, secara otomatik terpindah kepada kaum cina dan India. Bila bab ekonomi pakai alasan daya saing. Tak pakai hak kesamarataan pula. Maklumlah ekonomi depa dah control semua.

4. Tambah biasiswa untuk cina dan India dengan cara mengurangkan peruntukan untuk bumiputera.

5. Wujudkan jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional untuk parti komponen yang mewakili kaum cina dan India. Iban, kadazan, bajau, murut tak payah.

6. Hapuskan DEB dengan semangatnya sekali. Secara otomatik segala pegangan kek ekonomi akan jatuh kepada kaum cina dan India.

7. Hapuskan hak istimewa orang melayu. Secara otomatik keistimewaan yang hapus dari orang melayu akan berpindah kepada kaum cina dan India.

8. Berikan jawatan penting PKEN-PKEN kepada kaum cina dan India walau pun ia ditubuhkan untuk bumiputera. Secara otomatik orang melayu hilang jawatan. Sekali lagi atas alas an daya saing.

Hukum persamaan dalam perakaunan:

MODAL = ASET + LIABILITI

Contohnya : Modal = 20, Aset = 12, Liabiliti = 8
Maka 20 = 12 + 8

Kalau hapuskan liability, modal akan susut kepada 12.
Kalau hapuskan asset yang 12, modal akan susut kepada 8
Mana boleh jadi macam ni. Dalam perakaunan tak betul. Modal mesti kekal 20.
Maka, kalau liability yang 8 dah hapus, maksudnya asset mesti jadi 20. Hapus tidak bermakna hilang begitu saja.

Oleh itu, pemimpin kaum cina dan India dalam komponen BN jangan cuba nak bodohkan orang melayu. Desak hapus itu dan ini atas nama persamaan hak sebagai rakyat Malaysia dan juga atas nama dayasaing dalam ekonomi!

Kalau hak melayu dihapuskan, itu bermakna hak yang terhapus itu akan berpindah kepada kaum cina dan India. Kalau tidak kepada kaum cina dan India, sudah tentu akan jatuh kepada tangan asing.

Kesimpulan kepada hukum persamaan;

MCA + GERAKAN + MIC = Tunduk kepada kehendak kaum mereka = untuk kembali meraih sokongan.= boleh bersaing dengan DAP dan PKR.

UMNO = Tunduk kepada MCA + GERAKAN + MIC = Untuk selamatkan BN yang hari-hari diugut.

Ahli UMNO pula = Tunduk kepada kehendak pemimpin.

Akhirnya, melayu lari dari UMNO kerana tak pertahankan hak mereka.
Cina tetap lari dari MCA dan GERAKAN sebagai kaedah ugutan untuk tekan MCA dan GERAKAN supaya MCA dan GERAKAN tekan pula UMNO
India tetap lari dari MIC = PKR untung
BN = telor dihujung tanduk.
PAS = Tak tahu nak ‘adjust’ macam mana nak berhukum dalam situasi begini. Islam pun nak, kesamarataan ala barat pun mahu, hak istimewa melayu 50:50 dan kuasa pun mahu. Mana satu perjuangan yang nak dikorbankan pun masih was-was. Tak boleh buat keputusan lagi.

UMNO + PAS = Melayu Islam = Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran = ANWAR mana-mana pun boleh asal disitu terbit peluang untuk jadi PM

Selamat memahami...

5 comments:

  1. bungaraya MENYAMPOK,
    umno + pas + PBS + PBB + UPKO + PBRS + iBRAHIM aLI + SEMANGAT KEBUMIPUTERAAN YANG KUAT DAN JITU +
    pINDAAN KEPADA HAK-HAK KAUM LAIN LAIN YANG DIJAMIN KEPADA DIKOSONGKAN STATEMENT TERSEBUT MAKA NEGARA INI akan ditadbirkan oleh oarang asal Malaysia sahaja.

    ReplyDelete
  2. salam dato',
    selagi orang melayu dok pijak orang melayu jagak tak mustahil kita akan melukut di tepi gantang. letih la nak cakap pasal ni... 3 tahun saya bawa usul ke Mensyuarat bahagian tapi harammmmmmm tak pernah dengar pun tindakan usul ni di peringkat pusat pun tak kedengaran ....
    saya bagi contoh la skit:
    1. orang melayu kluar Universiti beribu orang tp sayang boss depa ni kebanyakannya cina yang hanya ada SPR tak pun SPM.
    2. Gaji Engineer melayu 2k tapi cina 2.5k walau fresh.
    3. Engineer melayu dah keja 6 taun tak neaik pangkat lagi cina yang 2 taun bleh jadi senior engieer.
    4. Nak cari keja susah gila....percaya la buka STAR tak pun jobstreet cari keja kena pandai bahasa Manderin...berapa kerat orang melayu pandai manderin..alang alang tulis kat situ nak cina ja...
    5. walaupun 30% orang melayu tapi jadi tunggui ja dalam compeny tu. Dia sorang ja yang senang... 100 lagi high lavel dalam kilang tu cina.. dan operator melayu gaji 350...

    Itu satu bab.. ni bab len plak...
    1. usahawan melayu nak naik kena buat projek dulu skit 10% baru nak tolong... yang nak mula skit tu sapa nak tolong...
    2. Saya dah mintak TEKUN 3 bulan haram tak lulus lagi..projek yang tengah jalan pakai mati tak naik naik..
    3. Orang melayu yang kaya akan terus kaya kerana banyak projek yang boleh buat pasal ada modal. Yang susan dan marhain akan teruih nak jadi papa pasal modal tak dak. Kalau ada modal pemula..nak modal tambah tunggu berjanggut.. elok lingkop dulu..
    4. Agensi kerajaan yang ada lembab. bukan niat nak tolong orang Melayu bagi maju. Birokrasi nak mampuih...
    5. Bila orang melayu ni nak start projek hanya cuba2. Pi Kursus sekali dua ja. Tak da pemantauan dari agensi kerajaan untuk meningkatkan productiviti. Kalau pegawai pertanian tu dok office tunggu pukul 5... balik.
    6. Orang cina tolong bangsa cina dengan berbagai cara... Modal, kepakaran, pengalaman dikongsi...kalau orang Melayu haram tak kongsi dah.. tobat tak bagi tau orang len kalau ada peluang..
    7. orang melayu juga kurang jaringan perniagaan. Kalau ada jaringan politik boleh la tolong.. ni lah penyakit orang melayu...jaga ketua cawangan ja.. tu pun kalau jumpa huluq 50. pasal ketua cawangan nak undi dia bila lawan ketua bahagian...

    Dah la tu..malasa lah nak tulis... nak taip cai kat zuraidi lawan G-7. Pemuda Baling mungkin buat lain..

    ReplyDelete
  3. ntah apo eh org cino ni. kata ke' kita kwn, tapi blkg lain plak jadinyo.

    ReplyDelete
  4. Tuan yang dimuliakan Allah swt,

    Beginilah akan jadinya apabila DUNIA berada dalam HATI dan AKHIRAT di TANGAN...Sepatutnya DUNIA di tangan dan AKHIRAT dalam HATI maka akan SELAMAT, AMAN dan SEJAHTERA...

    Insyaallah.

    IMAN + AMAL = SELAMAT + AMAN + SEJAHTERA

    Iaman dan amal adalah modal ke arah itu bro...mungkin agak ideal tapi ingin berpesan kepada diri sendiri dan ahli UMNO seluruh negara.

    ReplyDelete
  5. hai toh lah.. apa nak jadi ngan sumo org ni..

    berjuang memang berjuang dah.. tapi perjuangan haram jadah..

    tertindas tetap tertindas.. tapi tak mau duq ingat..

    sapa juga golongan pemimpin, depan cakp lain, blakang buat lain.. inilah jadinya.. hanya tingal cakap..

    sudah biasa dengan ragam birokrasi ni.. mengemis di negara sendiri.. 2 biasa.. malas nak fikir.. ditakdirkan itu rezeki, atas segala kepayahan rezeki itu tetap akan diperolehi juga..

    jangan berhenti berjuang dengan telus dan mulus..

    Insya Allah.. rezeki dan keamanan tetap tiba.

    amalan birokrasi di malaysia memang gini.. jangan ada manusia yang mempunyai pandangan lemah.. sampai bila2 pun xkan berubah..
    mahu kejayaan, kalu duk fikir kerajaan buat macam2 tapi perangai gitu2 masih ada.. perkara tak selesai.

    yang lemah akan cicir.. yang kuat semangat akan terus bekerja.. pasal bangsa asing nak kesamarataan dan kelebihan itu.. kita sendiri kena fikir. yang melaksanakan itu KAMU. yang membubal juga KAMU. kita ada pandangan yang tersendiri.. kamu tetap melakukan yang terbaik untuk bangsa asing.

    Usaha untuk pembagunan ekonomi, pembangunan insan, pembangunan sahsiah tanggungjawab pribadi apabila tidak berlaku lagi hak keistimewaan orang melayu.

    perkara birokrasi sudah tidak penting lagi, apabila bangsa melayu terpaksa melepaskan diri dengan berusaha gigih mendapatkan sesuatu dari pekerjaan untuk mencari rezeki.

    lupakan birokrasi yang tidak pasti bila kesudahannya. bekerja sahajalah.. sekiranya mahu hak Melayu diperkukuhkan.

    untuk maju.. berfikiran liberalnya kita semua.

    Maklum.

    ReplyDelete