Apa pertolongan lagi yang boleh dilakukan untuk selamatkan UMNO?
1. Semakin kuat desakan untuk hapuskan politik wang, semakin menjadi-jadi perlakuan tersebut berlaku.
2. Semakin ramai kononnya BPR berkeliaran, semakin berani calon-calon menghulur imbuhan.
3. Semakin berani akar umbi bersuara, semakin meningkat kos untuk mendapatkan pencalonan agar akar umbi mencadangkan nama-nama tertentu untuk dicalon.
4. Semakin banyak lapuran dan bukti yang diterima oleh lembaga disiplin parti, anehnya semakin kurang pula tindakan dikenakan.
Keberanian akar umbi menyuarakan pandangan kesan dari PRU 12 telah menyebabkan pemimpin-pemimpin yang berhasrat untuk bertanding terpaksa mengubah strategi dalam meraih pencalonan.
Dalam persidangan bahagian pada penggal-penggal yang lepas, calon-calon Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden hanya perlu ‘kowtow’ dengan Ketua Pemuda atau Ketua Bahagian berkaitan. Pencalonan akan dibereskan oleh ketua pemuda atau ketua bahagian, manakala perwakilan ramai-ramai akan kata sokong.
Sekarang keadaan sudah berbeza. Ketua bahagian atau ketua pemuda sudah tidak berkuasa lagi.Akar umbi yang lebih berkuasa. Ramai ketua bahagian atau ketua pemuda telah menerima malu kerana perwakilan telah menolak calon pilihan mereka.
‘Trend’ pencalonan ini cepat disedari oleh calon-calon yang ingin bertanding. Kini, selain dari ufti untuk ketua pemuda atau ketua bahagian, calon-calon juga terpaksa menyediakan wang pencalonan akar umbi untuk habuan perwakilan cawangan.
Maka mencurahlah wang hantaran dari pelbagai calon sampai ke tangan perwakilan cawangan. Tiada masalah langsung bagi calon-calon dalam soal pelaburan pencalonan ini walau pun kos telah meningkat berkali ganda berbanding dengan penggal-penggal lalu.
Kebangkitan suara akar umbi akhirnya berjaya juga dimanipulasi oleh mereka-mereka yang berhasrat merebut tempat dalam barisan kepimpinan pasca Pak Lah. Kebangkitan secara ‘natural’ suara akar umbi telah mengalami kesengjangan (contraction) akibat pengaruh virus pembunuh parti bernama ‘wang’. Virus wang ini sekali lagi menyerang ahli-ahli dan perwakilan UMNO yang baru menunjukkan tanda-tanda keinsafan selepas BN dan UMNO mengidap penyakit alahan PRU 12.
Bagaimana UMNO mahu pulih kalau pembawa virus ini diterima dan akhirnya ditabalkan oleh perwakilan untuk memimpin parti dalam perhimpunan agong nanti? Semua virus seperti virus nipah, virus JE dan lain-lain yang boleh membunuh secara logiknya pasti akan diperangi habis-habisan sehingga lenyap.
Kalau virus pembunuh parti ini tidak diperangi habis-habisan pasti padahnya akan lebih merbahaya dari virus JE. Perlu diingat virus JE hanya dapat dihapuskan dengan cara dibunuh babi-babinya sekali. Jika tidak ada keberanian atau tidak sanggup untuk membunuh babi pembawa virus ini sudah pastilah virus ini akan mengancam nyawa penternak dan kandangnya pun tidak akan dihampiri lagi.
Jika secara purata 200 perwakilan setiap bahagian mendapat RM100 untuk pencalonan maka kos untuk seorang calon akan menjangkau RM20,000. Jika 2 calon yang melakukannya maka jumlah wang untuk 1 bahagian menjadi RM40,000. Dicampur habuan kepada ketua bahagian secara purata RM30,000 untuk 1 calon, maka jumlah besar 1 bahagian adalah sebanyak RMRM100,000. Jika perkara ini berlaku di 150 bahagian, angkanya akan berjumlah RM150juta. Ini belum lagi diambil kira calon-caon Naib Presiden dan Ketua Pemuda. Jika diambil kira sudah pasti angka ini akan menjangkau RM200 – RM300 juta untuk kos berkaitan pencalonan. Belum lagi dimasuk kira kos kempen selama 5 bulan sehingga Mac 2009 yang akan melibatkan jumlah perwakilan ke perhimpunan agong UMNO, pemuda, wanita dan Puteri seramai lebih kurang 5000 orang.
Jumlahkanlah sendiri berapalah agaknya jumlah keseluruhan aliran virus wang tunai yang menyerang seluruh perwakilan gara-gara pemilihan parti.
Kita takut suatu hari nanti kandang UMNO ini akan ditinggalkan ramai ahli yang kecewa melihat perlakuan yang membunuh ini terus subur disebalik gesaan dan saranan ianya dihapuskan. Ini belum dimasuk kira rakyat yang muak dan benci melihat kerja orang UMNO yang bertindak sebagai anasir pembiak virus wang.
Bila sudah muak dan benci, akhirnya orang ramai akan tanam 2 pokok. ‘Pokok dek kau’ dan ‘pokok dek den’.
Abihlah….
Salam Pilah,
ReplyDeleteAsal den Kualo Kopih, dok di baling...test takut lupa asal usul... pasal ni den dah tulih dalam blog den...
Kalian,
Istilah "sepak"(yang guna tangan) sudah polular dan akan muncul setiap kali pemilihan.
Macam-macam jenis "sepak" yang boleh di di jadikan mangsa...
1. Perwakilan... siap ada pantun kepada calon " buah nyok buah kelapa, tak huloq tak dak pa" "ulaq kapak ulaq lidi, tak "sepak" takdak undi"(untung jugak ahli = kena kluaq banyak )
2. Ketua Cawangan (sorang ketua ja yang untung = kurang sikit modal)
3. Pengandar iaitu orang yang jadi pak sanggup untuk menjaga "kebajikan" perwakilan dan ketua cawangan berdekatan. (1 orang ja untung di sesuatu kawasan= kurang modal)
4. Kempen manager (orang yang ada pengaruh yang boleh mempengaruhi perwakilan di setiap kawasan= modal kurang)
5. Ejen pengira undi (wakil calon yang di pengaruhi oleh pihak lawan)
6. Wakil perhubungan negeri (wakil dari bahagian lain yang menjadi pemerhati dan mengira undi.... modal besar = hasil memang berbaloiiiii....tanya orang baling mesti tauuu)
Akhir hujah... " sepak salah, tak "sepak" kalah"
4. Semakin banyak lapuran dan bukti yang diterima oleh lembaga disiplin parti, anehnya semakin kurang pula tindakan dikenakan.
ReplyDeleteKenapa?
Adakah mereka disekat kerana laporan dan bukti tersebut melibatkan bahagian orang yang popular dan ada kepentingan dalam parti?
Adakah melakukan tindakan terhadap yang ikan-ikan kecil yang tiada membawa erti dan ikan JAWS dibiarkan dahulu dan buat-buat lupa?
Adakah laporan yang dihantar tapi ditapis?
Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran.hanya tuhan sahaja yang mengetahui.
Fikir-fikirkan.
AYAH
11.40am
7 November 2008
masalah ni sonang yo nak buek..upah oghang siam na..boghi rm10,000, pistol satu..tembak kek kepalo er tu...sapo2 yang banyak na huluq tu..tembak kek palo er..abiihhh..ampuiihh..yang paling banyak duit ngulur tu kj lah tu..mulo2 dulu lambek yo jumlah pencalonan er..lopeh tu lajuuu yo,,jumlah er..kan gampang tu..memang boto tu man..kesudahan aner..pokok dek kau...bia nak di gasak ehh..
ReplyDeleteANONY,
ReplyDeleteBIASA LA, "SEPAK" SEKALI PERHUBUNGAN NEGERI NGAN LEMBAGA DISIPLIN, KALAU RAWI LANGKAWI, DATO' BADSHA, DATO' BAD PUN BOLEH GOYANG DENGAN AZEEZ NI BEB....MAIN DENGAN 2 BENDA NI TAK LEPAIH P OOOOOO... ***IT & **IT.
Saudara KKamdias ni bercakap hebat macam Maksum tak pernah berbuat dosa, tak pernah beri rasuah dalam politik UMNO. Dengarnya untuk dapat pencalunan pun sanggup keluar RM1000 di salah satu cawangan di Kuala Pilah(Air Lerek). Bila dah kalah pandai pulak bercakap macam ahli syurga. Saya yakin lepas ni beliau akan masuk PKR kerana kecewa tak dapat jadi naib ketua bahagian.PRU 12, kecewa kerana tak dapat jadi calun parlimen Kuala Pilah, budak-budak Kuala Pilah cakap beliau sudah siap poster dan baju T.Kalau hendak tahu lebih lanjut tanya Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, En Napis Johari.
ReplyDeleteAnselmo...Komen mu ni semua berdasarkan dengarnya...bunyi ckp2 org ...dan berdasarkan telahan yg mu buat sendiri org akan masuk PKRlah..Mu ni mcm ada penyakit fobia jo dgn si KK tu.Kalau si KK tu maksum, mesti hati org 'kohok' pun dia boleh bau..
ReplyDelete