Tuesday, December 30, 2008

ISLAM, KRISTIAN, HINDU, BUDDHA ATAU MELAYU + PRIBUMI, CINA INDIA...?

Isu terbaru, ada NGO nak cetak Bible dalam Bahasa Melayu. Kenapa NGO ni tiba-tiba saja mencintai Bahasa Kebangsaan? Lantas, terus mahu perkasakan bahasa kebangsaan dengan cara mencetak Bible dalam bahasa Melayu. Apakah isu ini isu agama atau isu bahasa?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perak lain pulak ceritanya. Nak ‘bubuh’ semua bahasa pada papan tanda. Semua bahasa tu maksudnya mesti ada bahasa Melayu, mandarin, tamil dan jawi. Bahasa Kadazan, Bajau, Iban tak ada pulak disebut. Apakah isu ini isu bahasa atau isu kaum atau isu egoistik sebagai kerajaan?

Majikan syarikat kapitan cina pulak, kalau nak ambil pekerja mesti mahir berbahasa mandarin. Bahasa kebangsaan tidak pulak mereka ambil kira. Apakah isu ini isu bahasa atau isu kaum?

Persatuan pendidikan cina berkeras mahu pendidikan vernakular yang menekankan bukan saja penggunaan bahasa ibunda dikekalkan , malahan kerajaan perlu tambah peruntukan. Dalam masa yang sama buat ugutan supaya mata pelajaran Sains dan matematik mesti diajar dalam bahasa ibunda. Hairannya, tidak pulak diugut supaya diajar dalam bahasa kebangsaan. Apakah isu ini isu kaum atau isu bahasa atau pun isu pembangunan pendidikan?

Dalam masa yang sama, saranan supaya peguam mesti mahir bahasa kebangsaan dan dijadikan syarat asas untuk melayakkan mereka mengendalikan kes di mahkamah, habis begitu saja. Tak ada pulak NGO yang perjuangkan perkara ni. Malahan peguam-peguam yang tidak mahir berbahasa kebangsaan (kebanyakan ahli Majlis Peguam) telah tolak awal-awal lagi saranan ini. Apakah isu ini kena-mengena dengan isu bahasa kebangsaan atau kena-mengena dengan isu keadilan perundangan?

Anwar Ibrahim pulak baru saja dapat idea baru. Suruh rakyat Malaysia pelbagai agama ambil contoh kehidupan ‘masyarakat convivencia’ pelbagai agama zaman pemerintahan di Andalusia, yang mana akhirnya umat islam telah ditipu dan dibakar hidup-hidup. Model kehidupan pelbagai agama di Madinah Al-Munawarah zaman Nabi saw dan para sahabat sudah jatuh no.2 pulak. Apakah ini isu agama, isu politik, isu perpaduan atau pun isu pengeliruan berterusan oleh Raja Istilah Tersohor?

PAS kembali kepada hudud. DAP terus menentang. PKR pula tiada kepastian pendirian. MCA cabar DAP & MIC pulak cabar Anwar. Apakah ini isu agama atau isu politik atau isu prinsip?

Terbaru, timbul pulak kes hina Nabi Muhammad saw. Dulu kita dengar berlaku di negara lain. Sekarang di Malaysia pun rakyat sudah tiada batasan dalam menuntut budaya kebebasan mutlak. Apakah ini isu persengketaan agama atau isu politik atau perkauman?

Nampaknya, mentafsir undang-undang, peraturan dan mengamalkan kehidupan mengikut kaca mata dan selera sendiri sudah hampir menjadi budaya masyarakat Malaysia.

Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang tidak kena pada selera dan kepentingan mereka semuanya dikira mengongkong dan mengekang kebebasan rakyat.

Asalkan ia tidak kena dengan selera dan kaca mata serta kepentingan sendiri, semuanya dikira tidak relevan dan kerajaan harus bertanggungjawab. Undang-undang negara sudah beransur-ansur menjadi undang-undang rimba di mana semua penduduk rimba bebas mencatur kehidupan masing-masing tanpa apa-apa obligasi terhadap kepentingan keseluruhan komuniti rimba.

Siapa yang boleh memperbetulkan masalah-masalah ini? Kepada sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai formula penyelesaian kepada semua permasalahan di atas, silalah tampil ke hadapan. Jurublog akan beri anugerah khas, iaitu mencadangkan nama-nama mereka untuk jadi Perdana Menteri dan duduk di barisan kabinet Malaysia akan datang.

Sila berikan formula sebelum terlambat….

6 comments:

  1. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang BERUSAHA untuk mengubahnya"

    Nasib melayu begantung kepada orang melayu sendiri!!!

    ReplyDelete
  2. Minta beri peluang berucap sepatah dua kata:

    1. Semua rakyat Malaysia (coklat, hitam, putih, kuning dll) kena melangkau kongkongan minda yang tertutup, iaitu, kena 'open mindset'.

    2. Semua orang pakai open mindset bila berhadapan dengan isu sekian-sekian tanpa batasan kaum, agama, bahasa dsbnya.

    3. Hasilnya semua orang happy, tiada yang rasa kecik hati kerna terasa diperkecilkan, diketepikan atau dianaktirikan.

    Mungkin saudara sipemilik blog ini boleh menunjukkan kelakuan di atas sebagai contoh kepada UMNO Pemuda di alaf politik ala Obama ini.

    OPEN MIND

    ReplyDelete
  3. A Voice,
    Ijazah Oxford tu jgn2 Oxford Brooke University tak? Itu 3rd division Univ. Sama dgn general degree pengajian melayu University Malaya...yelah sama std dgn punahsiat PKR

    ReplyDelete
  4. Peta minda yang masih tertutup yang berpunca daripada tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik. Itulah sebab masing-masing kaum berfikir dan berjiwa dalam konteks masing-masing.

    hanya yang arif bahasa dalam erti kata sebenarnya yang memahami keadaan ini. Itu sebab pentingnya memahami makna 'merentasi'. Bahasa Melayu merentasi bahasa kaum. Kebudayaan kebangsaan merentasi budaya kaum.

    ReplyDelete