Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
Akhirnya pinang pulang ke tampuk, sireh pulang ke ganggang. Datok Undang Yang Empat sangat bijaksana dalam keputusan yang julung kalinya mereka lakukan. Pengistiharan Yang Dipertuan sebelum-sebelumnya, mereka tidak terlibat kerana masih belum bergelar Undang.
Sekalung penghargaan buat Datok Undang Yang Empat kerana mereka memahami, inilah keputusan terpenting yang dilakukan oleh sebuah institusi adat terulung di negeri nan beradat Negeri Sembilan Darul-Khusus, mungkin dalam sepanjang tempoh mereka menjadi Datok Undang.
Sekalung lagi tahniah buat Datok-Datok Undang Yang Empat kerana berdiri sendiri di dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Keputusan yang tak terjilat dek api dan yang tak terhanyut dek bah.
Kami, seluruh rakyat jelata menjunjung dan merafak sembah ketaatan yang tidak berbelah bagi ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku…
Satau tahniah kepada sistem pepatih dan dato undang dalam sistem feudal Melayu.
ReplyDeleteBagaimana pula dengan Perak?
Adakah keadilan juga akan berlaku dengan persaingan 4 keluarga yang layak bergilir menjadi raja?
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
ReplyDeleteSemoga Allah melindungi Tuanku Muhriz dan rakyat jelata dan semoga pentadbiran negeri bertambah makmur dibawah naungan Tuanku
Untuk pengetahuan semua aruah Datuk saya iaitu Y.M Tengku Syed Abdullah adalah salah seorang kerabat dan juga pembantu peribadi khas kepada Al-Marhum Tuanku Munawir sehinggalah beliau mangkat.
Marilah kita berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa semoga roh Al-Marhum Tuanku Jaafar diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin
Syed Mukhriz bin Y.M Tengku Syed Alwi
DAULAT TUANKU..!!!!!
ReplyDeletekenapa tuanku mukhriz tidak dipilih menjadi Yamtuan selepas kemangkatan Tuanku Munawir? adakah kerana berusia 19 tahun?
ReplyDeleteKawan N9 saya kata kerana ketika itu personaliti Tuanku mukhriz tidak bersesuaian... menembak sekawan lembu hanya kerana seekor merayau masuk ke laman istana... Harap tuanku sudah berubah.. kalau belum, wallahualam....
sembah taat setia kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mukhriz.. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!~
ReplyDelete